Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Terbaru, Kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang berasal dari negara itu, Jocelyn Chia.
Tidak Mencerminkan Pandangan Singapura
Menurut Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, beliau sangat terkejut dengan komen-komen menyinggung yang dibuat oleh Jocelyn dalam sebuah pementasan komedi berdiri baru-baru ini.
“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Jocelyn, yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.
“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon
Lawak Melampau Memperlekeh & Menghina Malaysia
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan pelawak yang berasal dari Singapura, Jocelyn yang memperlekeh dan menghina negara menerusi persembahan komedi berdirinya disifatkan sebagai melampau oleh netizen.
Ads
Lebih mengejutkan, wanita berkenaan turut menggunakan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai modal jenaka sehingga menimbulkan kemarahan warganet.
Menerusi video tular berdurasi satu minit 29 saat yang dimuat naik di laman sosial TikTok, pelawak itu menyifatkan pembangunan Malaysia jauh ketinggalan berbanding Singapura yang bergelar negara maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.
Ads
Rosakkan Keharmonian 2 Negara
Dalam masa sama, Vanu Gopal berkata, sebagai jiran terdekat, Singapura dan Malaysia menikmati hubungan yang kukuh dan di pelbagai peringkat, dengan ikatan yang cukup mendalam.
“Kita juga mempunyai hubungan sejarah yang unik dan hubungan yang erat antara rakyat dengan rakyat.
“Komen-komen seperti yang dibuat oleh Chia tidak membantu dan merosakkan kepercayaan dan persahabatan rapat yang dinikmati oleh kedua-dua negara dan rakyatnya,” tegas Vanu Gopal lagi.
Mingguan Wanita: Terlajak kata memang buruk padahnya. Sebelum nak berkongsi pandangan di depan khalayak ramai, fikir dulu kesan baik dan buruknya. Bukan semua perkara boleh dijadikan lawak. Perlu ada batasannya.
Ain Edruce hamil luar rahim. Salam takziah diucapkan buat pelakon Ain Edruce yang baru saja keguguran.
Hasrat Ain untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila mengalami keguguran.
Sebelum itu Ain mengetahui dirinya hamil anak kedua namun doktor sahkan kehamilan kali ini berisiko tinggi. Malah doktor juga menasihati Ain agar menjalani prosedur menggugurkan kandungan pada minggu lalu.
“Tahun ini saya tiada rezeki tambah anak lagi. Saya dapat tahu hamil sewaktu menjalani penggambaran di Dubai pada pertengahan Februari lalu.
“Kami buat pemeriksaan dan nampak kantung di kawasan tiub fallopio. Doktor cakap mungkin cyst (ketumbuhan) tetapi sebenarnya saya mengandung luar rahim selama lapan minggu.
“Kami kena cepat selesaikan masalah kerana boleh bawa maut. Jumaat lepas sekitar pukul 8 malam pendarahan saya tidak berhenti selepas doktor cucuk untuk hancurkan tanda-tanda bentuk bayi dalam kandungan,” ujar Ain seperti mana dipetuk menerusi KOSMO! Online.
Traumi Alami Pendarahan Teruk
Ain turut menjelaskan dirinya berasa trauma apabila mengalami pendarahan yang teruk.
“Sebenarnya mental saya sudah sedia untuk kehilangan zuriat kedua kami dan hanya menunggu masa untuk datang bulan seperti biasa.
“Namun, mental saya belum mampu untuk berdepan pendarahan yang teruk kerana sakit sangat.
“Apa yang saya lalui pada Jumaat lepas sememangnya meninggalkan kesan sehingga trauma kerana terlalu sakit. Walaupun sudah ambil ubat painkiller, tetap tak mampu tahan kesakitan,” kongsinya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terserlah keayuan Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin apabila memakai tudung sepanjang bulan Ramadan ini. Apa yang lebih menarik, bukan netizen sahaja yang teruja dengan penampilan Fazura kali ini, suaminya Fattah Amin pun siap mengusik tak nak bagi isterinya keluar rumah.
Doa Dari Netizen
Kalau dilihat di laman Instagram Fazura, rata-rata peminat doakan yang baik-baik, malah ada yang berharap moga Fazura terus istiqamah memakai tudung walau pun selepas bulan Ramadan nanti.
Doa Daripada Fazura
“Assalamualaikum wb. Dengan rasa penuh rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata atau perbuatan yang telah melukakan hati anda. Saya juga berdoa semoga Ramadhan ini akan membawa seribu kemaafan, ketenangan, kasih-sayang di antara kita, kesabaran serta keberkatan dalam setiap amalan. In shaa Allah. Lots of LOVE, always.”
Alhamdulillah… Tumpang bahagia tengok kebahagiaan pasangan ini, untung Fattah Amin. Seeloknya perkara yang positif inilah yang artis patut tonjolkan, ada perubahan di bulan yang mulia. Pendek kata kalau sebelum Ramadan kita tak solat, kita perbaiki diri menjaga solat. Jika kita tak menutup aurat, kita perbaiki diri dengan menjaga aurat dan maruah kita.
Andai selama ini tak pernah sentuh al-Quran, kita menjadi akrab dengan al-Quran. Istiqomah sepanjang Ramadan hinggalah saat bertemu kembali Ramadan seterusnya, insyaAllah.
Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud; “Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak dapat dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga sahaja…” – Riwayat Ahmad
Sesungguhnya rugilah orang yang berpuasa (fardu Ramadan) namun tidak mendapat apa-apa kebaikan (pahala) dari puasanya itu. Inilah puasa yang sia-sia kerana ia tiada nilai di sisi Allah swt.
Apa pun, team Mingguan Wanita doakan moga Fazura terus bahagia di samping suami tersayang. Dan untuk pembaca setia MW, semoga puasa Ramadan kita akan terpelihara nilainya dan mendapat puasa yang mabrur hendaknya. Amin Ya Rabbal’alamin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hadiah hari lahir Sweet Qismina, Adam Lee ikat tali pertunangan. Wah sama cantik sama padan, semoga ikatan ini berakhir ke jenjang pelamin.
Mingguan Wanita doakan pasangan pelakon yang sudah menyulam percintaan selama tiga dipermudahkan jodoh mereka hingga ke tarikh pernikahan.
Sweet Qismina dan Adam Lee masing masing memuat naik gambar pertunangan di Instagram dan rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan suka melihat pasangan ini.
Seperti yang dimaklumkan, majlis pertunangan pasangan ini berlangsung pada 24 Oktober di sebuah rumah persendirian di Ampang dihadiri 20 orang tetamu di kalangan ahli keluarga masing masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Hadiah Hari Lahir Sweet Qismina, Adam Lee Ikat Tali Pertunangan
Paling menggembirakan tarikh tersebut juga merupakab sambutan ulang tahun Sweet Qismina yang ke 24 tahun. Ternyata majlis pertunangan ini berganda kemanisannya buat gadis yang cukup ayu ini.
"Ini bukan babak penggambaran drama, tapi memang kami betul betul bertunang," ungkap Sweet Qismina.
Peminat Sering Bertanya Bila Hendak Ada Ikatan
Pada majlis berkenaan, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Adam.
"Lagipun peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin. Begitu juga peminat dari Indonesia yang bertalu talu tanya 'kapan' (bila) mahu ada ikatan sah.
"Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya," kata Sweet Qismina yang telah lama merancang untuk mengadakan majlis pertunangan ini.
Ikat Tali Pertunangan Selama Setahun
Sweet berkata, mereka mengikat tali pertunangan selama setahun.
"Perancangan atau keputusan nak kahwin bila belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini (bertunang) dulu.
"Lagipun, sektor kreatif sudah kembali aktif selepas kerajaan melonggarkan SOP. Jadi ini juga masa untuk kami bekerja semula," sambungnya.
Sumber Foto : @blackpepperproduction dan Instagram Sweet Qismina
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...