Terjumpa Spider-Man Mencari Rezeki, Bapa Galak Anak Ambil Gambar

Share

Setiap orang rezekinya tak sama. Ada orang mencari rezeki dengan bekerja di pejabat, ada yang perlu berniaga, dan tak kurang yang bekerja sendiri.

Cara mana pun mereka bekerja, tentunya pendapatan yang diperoleh adalah untuk survival kehidupan mereka pada bulan itu. Ingatlah dalam rezeki kita tentu ada juga rezeki untuk orang lain.

Bapa ini, Mohd Afizan Ghazali percaya kepada mencipta kebahagiaan melalui konsep berkongsi rezeki. Latih anak-anak agar sama-sama berkongsi rezeki dengan orang lain

.

Agar bahagia sama dirasai.

Walaupun cuma memberi kebenaran pada anak-anak bergambar dengan Spider-Man yang sedang mencari rezeki. Dan dengan sumbangan yang anak-anak berikan dapat memberi kesedaran pada mereka.

Melatih sifat memberi dalam diri anak-anak.

Terjumpa Spider-Man Mencari Rezeki

Apabila berjumpa dengan insan yang mencari rezeki seperti ini.

Maka, galakkanlah anak-anak mengambil gambar dan minta anak-anak bagi sumbangan sendiri.

Nampak simple tapi banyak manfaat.

1. Spider Man ini sedang berjuang mencari rezeki. Kita tidak tahu apa yang diharasai di sebalik topeng dan uniform ini. Mungkin masa dapat duit, dia tersenyum kerana dapat membeli makanan selepas ini. Boleh membayar bil elektrik untuk bulan ini.

Beri keluarga makan di rumah. Pengorbanan di sebalik topeng ini banyak makna. Kita hanya dapat memahami makna disebalik topeng ini dengan menghulurkan sumbangan selepas bergambar.

2. Anak-anak sudah pasti teruja apabila ada ikon hebat yang bergambar dengan mereka. peluk mereka dan buat gaya spider sama-sama mereka.

Anak-anak tidak nampak siapa disebalik topeng ini, mereka hanya nampak Spider yang berkawan dengan mereka. dan mereka ingin menjadi hebat serta seronok seperti spider ini.

Baca : Jangan Berputus Asa Mencari Rezeki Bekerja, Berniaga ‘Nikmatilah Dengan Insan Tersayang’

3. Anak-anak memberi sendiri sumbangan selepas bergambar

. Anak-anak diberi peluang untuk merasai sendiri, selepas dilayan, selepas berkawan, diberikan tanda terima kasih melalui sumbangan.

Biar tidak banyak, asal ada sifat memberi. Anak-anak bangga dapat memberi, SPIDER senyum dalam menerima.

Kebahagiaan itu perlu dicipta. Jangan asyik menunggu untuk disapa.

Mingguan Wanita : Kadangkala perkara sesimple ini pun boleh menggembirakan hati.

Sumber/Foto : Mohd Afizan Ghazali

Published by
Netty Ah Hiyer