Terjatuh bilik air. Dikejarkan ke Hospital Melaka Enot patah kaki kanan & tempurung lutut retak. Semoga pelakon enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 44, diberikan kesembuhan.
Terbaru pelakon itu telah dikejarkan ke Hospital Melaka akibat tidak boleh berjalan selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya.
Kejadian berlaku pada petang Isnin dan sahabatnya iaitu Shiera juga turut memohon doa orang ramai agar cepat sembuh.
Seperti mana yang dipetik menerusi Mstar, enot menerangkan kaki kanannya patah selain tempurung lututnya retak. Pemeriksaan doktor juga turut mendapati tulang belakangnya turut mempunyai masalah.
Pada awalnya Enot merasakan kesan jatuh itu tidak serius tetapi terpaksa mendapatkan bantuan ambulans apabila dia mula terasa sakit pada bahagian tulang belakang.
Pemeriksaan doktor turut mendapati tulang belakangnya mempunyai masalah dan separuh kaki kanannya disimen.
“Doktor periksa tulang termasuk tulang belakang sebab saya memang ada masalah di bahagian itu sejak sekian lama. Sekarang ini doktor hanya simen separuh kaki pada bahagian yang patah,” sambungnya.
Enot yang kini menetap di Melaka turut memberitahu jatuh bilik air adalah perkara biasa bagi dirinya.
“Saya dan kejadian jatuh bilik air ini dah biasa berlaku, cuma kali ini kesannya agak teruk sikit sebab terkena pada bahagian lutut.
“Mulanya saya hanya pergi ke klinik berdekatan tetapi disebabkan sakit bertambah teruk termasuk di bahagian pinggang dan belakang badan, saya terus menghubungi ambulans,” sambung Enot.
Menerusi Instagram Stories juga Enot turut berkongsi video dia menerima rawatan di hospital berkenaan.
“Selepas dirawat saya sendiri minta untuk balik rumah lebih senang duduk berehat di rumah. Jika sakit berlarutan dalam tempoh beberapa hari ini mungkin perlu melakukan pembedahan,” katanya.
“Saya sengaja pindah Melaka nak rasa persekitaran baru. Kata orang tak salah kalau kita berhijrah jika tempat lama itu dah rasa tak best.
“Walaupun tinggal di Melaka, saya masih tetap berlakon. Kalau ada tawaran tiada masalah untuk ke Kuala Lumpur bukan jatuh sangat.
“Mungkin kejadian jatuh ini sebagai tanda pengenalan di tempat baru,” katanya.
Baca Disini : ‘Nanti Cucu 20 Tahun, Aku 62..’ Lagi Dua Bulan Enot Bakal Bergelar Nenek Muda
Dulu Tanggung Bekas Suami, Kini Enot Berjuang Lawan Kanser Usus
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber : Mstar Online
Sumber Foto : Instagram Enot