Isu tentang anak-anak yang didera di rumah pengasuh memang tidak perna luput dan sering di khabarkan di media eletronik mahupun media sosial. Lebih hangat lagi, kes yang telah berlaku baru-baru ini sangat meruntun buat semua orang, terutamanya seseorang yang telah bergelar ibu.
Daripada kes itu, timbul rasa ketidak senangan para ibu terutamanya keselamatan anak mereka di rumah pengasuh. Bagi mengupas lebih lanjut mengenai isu ini, Mingguan Wanita berkesempatan menemubual, Profesor Dr. Rozieta Shaary atau lebih dikenali dengan panggilan Ibu Rose yang juga merupakan Famili Guru Nombor Satu Di Asia.
Dalam hal ini, Ibu Rose telah menyenaraikan tujuh panduan yang boleh ibu bapa semak sebelum menghantar anak-anak ke rumah pengasuh mahu pun taska. Antaranya:
1.Ibu bapa perlu selidik latar belakang pengasuh, ada kelulusan atau tidak.
2.Lihat akhlak pengasuh itu sendiri.
3.Temubual dahulu sebelum hantar anak ke pengasuh tersebut.
4.Tanya pendapat ibu-ibu yang menghantar anak pada tempat yang sama.
5.Hantar dan pantau.
6.Solat Istikharah
7.Sentiasalah ambil berat dengan keadaan anak setiap kali balik dari rumah pengasuh.
“Pada saya, tak salah untuk jadi cerewet dan banyak bertanya. Ini kerana anak-anak merupakan amanat yang besar daripada Allah SWT.
“Selain itu ibu bapa juga perlu lihat kelulusan samaada pengasuh memiliki akademi dan pernah menghadiri kursus. Paling penting pengasuh tidak mempunyai masalah kesihatan mental. Ibu bapa juga perlu meninjau bagaimana akhlak pengasuh dengan anak-anak asuhannya. Semua benda ini akan terpancar kalau ibu bapa rajin datang melawat rumah atau pusat asuhan yang dipilih untuk meletak anak mereka,” jelas Ibu Rose.
Jadi, nak tahu lebih lanjut pendapat Ibu Rose tentang isu ini, jangan lupa dapatkan majalah Mingguan Wanita isu Ogos – Volume 1 di pasaran.
Malahan, untuk kupasan lebih terperinci, anda boleh menonton rancangan:
Mingguan Wanita Talkshow
Astro Prima – 105 dan Maya HD 135
15 Ogos 2018
Jam 12.00 tengah hari – 1.00 petang
Jangan Lupa!