Teringin Nak Makan Apam Balik SEDAP, Mudah Boleh Buat Sendiri!

Share

Apam Balik selalunya dijual di Pasar Malam.Namun payah nak jumpa apam balik yang betul-betul ikut cita rasa tekak sendiri. Selalunya yang dijual, tepungnya terlalu tebal dan isi jagung, kacang dan gulanya sikit sangat.Buat mak-mak yang suka makan apam balik, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Letak jagung penuh meleleh, kacang tabur ikut citarasa sendiri, puas hati makan.

Boleh cuba resipi Apam Balik yang dikongsikan oleh Puan EmyRul Nurul ini.

Teringin nak makan Apam Balik, susah pulak nak cari musim PKP ni. Kita buatlah sendiri. Bagi yang teringin, saya ada share macam mana nak buat.

Bahan-Bahan:

* 1 1/2 cawan Susu segar
* 1 biji Telur
* 1/4 cawan Gula
* Perwarna kuning
* 2 cawan Tepung gandum
* 1 sudu kecil Baking powder
* 1 sudu kecil Soda bikarbonat
* 1/2 sudu kecil Garam

P/S – Blend bahan bertanda *
– Biarkan bahan 10-15 minit selepas di blend
– Tujuan blend supaya bahan cantik sekata

Gula untuk tabur
Kacang tanah (goreng & kisar) untuk tabur
Krim Jagung untuk tabur

Cara Membuat:

1.Masukkn dalam 3 senduk adunan yang di blend tadi.

2.Kecilkan api. Biarkan sampai adunan tadi masak macam ni.

3.Kemudian sapu planta.

4.Tabur gula pasir. Tak suka manis letak sikit je.

5.Tabur kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar.

6.Letak cream corn. Tak letak pun takpe kalau sape yang tak suka jagung.

7.Boleh terbalikkan dengan spatula.

8.Siap dan boleh diangkat.

9.Sapu dengan planta.

10.Boleh makan dengan nikmatnya.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Apam Milo Viral 4 Bahan Kukus 20 Minit Siap, Pertama Kali Buat Terus Menjadi!

APAM KAMPUNG Gula Merah, Tak Banyak Bahan Tapi Sedap!

Resipi Apam Cornetto Warna Warni Guna Air Askrim Soda, Letak Coklat Sebagai Toping

MW:Jadi bila teringin nak makan Apam Balik, tak perlu beli dah, bolej buat sendiri je di rumah. Mudah dan sedap, boleh ikut citarasa sendiri.

Sumber: EmyRul Nurul

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab