Teringin bertemu arwah Siti Sarah dalam mimpi jadi kenyataan. Hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya rindu pada yang mereka yang sudah tiada. Bagaimanapun untuk mereka yang telah kehilangan orang tersayang reda dalam ujian yang dihadapi.
Itulah antara perasaan yang dialami oleh Shuib kerinduan pada arwah isteri Siti Sarah Raissuddin tidak pernah padam. Arwah Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 sejak itu Shuib sentiasa berdoa agar dipertemukan isterinya dalam mimpi.
Hasrat Shuib itu akhirnya menjadi kenyataan, terbaru Shuib telah berkongsi di Instagram Storiesnya di mana hasratnya ingin bertemu dengan arwah isterinya dalam mimpi akhirnya menjadi kenyataan.
Berkongsi mimpinya, pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad itu memberitahu dirinya berada di sebuah pulau dan berhasrat ingin menghubungi arwah isterinya namun panggilan tersebut tidak berjawab.
“Saya mimpi saya pergi pulau dia macam kem.
“Saya buka beg untuk cari telefon sebab macam kebiasaan sebelum ini kalau saya pergi mana-mana, lepas habis kerja saya akan hubungi Sarah.
“Masa saya buka beg cari telefon dalam hati kata hubungi Sarah.
“Saya cari telefon dan ada tiga jadi saya terfikir mana satu telefon yang ada nombor Sarah.
“Saya ambil satu telefon berwarna hitam dan saya buka untuk saya cari nama Sarah sebab saya simpan nama dia ‘ibu sayang’. Saya cari dan saya jumpa nombor itu tapi bila hubungi tak berangkat,” cerita Shuib yang terus terjaga daripada tidur dan kisah mimpinya itu kepada isterinya, Watie.
Shuib juga tidak menyangka walau telah terjaga namun mimpi tersebut bersambung sewaktu dirinya melelapkan mata pada waktu pagi.
“Sahur pagi tadi agak sedih pada saya. Memang saya selalu nak mimpi Sarah kan. Saya dah banyak kali dalam mimpi nak hubungi dia tak dapat-dapat.
“Selepas anak-anak sudah ke sekolah saya terlelap, saya sambung mimpi rupanya. Dalam mimpi itu saya pegang iPad kerana itu memang milik dia.
“Tiba-tiba dekat ipad itu keluar nama dia… ibu sayang. Dalam masa yang sama ada keluar satu gambaran yang dia sedang senyum pada saya.
“Sebelum angkat panggilan ada gambar dia sedang senyum dan pakaiannya lebih kurang seperti ini (bertelekung).
“Jadi saya nak angkat panggilan itu tapi tak boleh angkat sebab itu berhenti di situ… dia senyum tengok saya tapi tak cakap. Saya dah banyak kali mimpi tapi dia takkan angkat panggilan saya,” luah Shuib.
Menarik Disini : Walau Penat.. Jam 2 Pagi, Shuib Bangun Masak Telur Mata Untuk Arwah Sarah
Baca Disini : Arwah Sarah Selamanya Istimewa Di Hati Shuib “Watie Pun Tahu. Perbandingan Tak Patut Berlaku, Kena Terima Realiti”
Sumber / Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?