“Teringatkan Suami Di Kampung Jadi Petanda.” Sedih Hilang Dua Orang Tersayang Dalam 48 Jam

Share

Ajak anak terus pulang ke kampung. Dek kerana teringatkan suami di kampung jadi petanda. ”Memang sedih hilang dua orang tersayang dalam masa 48 jam.

Awalnya cucu meninggal dunia, keesokannya harinya datuknya pula pergi mengadap Ilahi.

Sudah tersurat Ketentuan ini, tetapi tentu sedih ahli keluarga apabila menerima perkhabaran duka berturut-turut dalam masa 48 jam. Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul. Salam takziah buat kesemua ahli keluarga Mahani Hamid.

Sedih Hilang Dua Ahli Keluarga

“Hilang dua orang tersayang dalam masa 48 jam sememangnya sesuatu yang menyedihkan, namun terpaksa menerima hakikatnya walaupun berat untuknya,” kata Mahani Hamid.

Mahani, 68, adalah nenek kepada Nur Alisha Safiya Mohd Azlin, 7, murid Tahun Satu yang meninggal dunia selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi pada Jumaat.

Semalam, suaminya, Saad Hashim,70, yang menghidap kencing manis sejak 10 tahun lalu meninggal dunia pada 4 pagi di kediamanya di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang.

Teringat Suami

Berkongsi perasaannya, Mahani berkata, berat untuknya menerima pemergian suami dan cucu tercinta dan dia mengakui hilang tempat mengadu walaupun masih mempunyai lima anak dan cucu.

“Kelmarin, saya menziarahi cucu yang meninggal dunia akibat kemalangan di langgar van sekolah dan hari ini suami pula meninggalkan kami buat selama-lamanya.

“Saya sempat menatap wajah cucu sebelum disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, namun tidak dapat mengiringi jenazah ke perkuburan kerana teringatkan suami dan ketika itu sudah malam dan mahu terus pulang ke kampung.

“Kini tinggal kenangan dan hanya anak, menantu dan cucu saja yang menjadi tempat saya mengadu nasib,” katanya.

Jenazah Saad akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Keratong 4 dan 5 Bandar Tun Razak.

Ajak Pulang Ke Kampung

Sementara itu, menurut anak keempat Mahani, Anom Suhana, 40, sebelum itu dia bersama keluarga menziarahi keluarga abangnya di Sepang.

Menurutnya,selepas menziarahi jenazah Alisha sepatutnya mereka terus pulang ke Pasir Gudang, namun ibu beriya-iya mengajak mereka pulang ke kampung.

Baca Juga Di Sini:

Pilunya Hati Hilang 4 Ahli Keluarga Dalam Tempoh 2 Jam, Termasuk Anak Sulung 6 Bulan & Isteri Tercinta

Kesedihan Tidak Dapat Diungkap, Sejam Ibu Selamat Dikebumikan. Abang Pula Menyusul! 

Hilang Dua Ahli Keluarga Dalam 48 Jam

Katanya, mereka bertolak dari Putrajaya pada 8.30 malam bersama ibu diringi sebuah kereta lain dinaiki kakaknya bersama keluarga dan tiba di kampung kira-kira tiga jam kemudian.

“Ketika sampai di kampung arwah ayah kelihatan seperti biasa, manakala pada 4 pagi ibu memaklumkan ayah sudah meninggal dunia.

“Saya tidak menyangka rupa-rupanya ajakan ibu untuk singgah di kampung itu adalah bagi bertemu ayah buat kali terakhir dan kami reda dengan ketentuan Allah SWT kehilangan dua ahli keluarga dalam jangka masa yang dekat,” katanya.

Mingguan Wanita : Setiap yang hidup pasti akan mati, harap keluarga ini terus kuat berdepan dengan ujian ini. Al-Fatihah.

Sumber: myMetro

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 019632875

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat