Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang baru saja menimang cahaya mata ketiga mereka.
“Terima kasih Allah…. terima kasih semua yg mendokan kami syukur Alhamdullilah atas sgl nikmat dan kurnia mu ya Allah….. smg Allah balas jasa baik semua yg tak putus2 mendoakan kami…. amin….. luv u all so much! #babyboy” ungkap Diana menerusi entri akaun Instagram.
Ceriakan Lagi Keluarga
Sebelum itu suaminya, Zamarul Hisham, 49 menerusi perkongsian di laman Instagramnya, berkata, bayi yang lahir dengan berat 3.57kg itu amat bermakna buatnya dan keluarga.
“Syukur alhamdulillah. Hari Jumaat, jam 11.33 malam, lahirlah seorang putera seberat 3.57kg, di Avisena Women’s and Children Specialist Hospital.
“Kelahiran yang bakal menceriakan lagi keluarga kami. Terima kasih Allah atas rezeki yang kau berikan.
“Terima kasih wahai anakku kerana kelahiranmu membuatkan papa terasa semakin muda,” ujarnya.
Lahir Hari Jumaat
Dalam perkongsian sama, kata Zamarul, cahaya mata ketiganya itu sepatutnya dijangka lahir pada Rabu, 16 September, namun akhirnya selamat dilahirkan dua hari kemudian.
“Terima Kasih kepada pengikut yang sentiasa mendoakan Diana. Ingatkan baby nak lahir 16hb, rupa-rupanya dia nak hari Jumaat juga.
“Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan,” luahnya penuh syukur.
Zamarul dan Diana mendirikan rumah tangga pada 2009 dan dikurniakan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 10, dan Kayla Reysha, 3.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Zamarul Hisham & Instagram Diana Rafar
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/