Semalam seorang isteri, Nur Afiqah Baharuddin memohon bantuan orang ramai supaya menghulur walau pun sekadar RM1 untuk dia ikat jamin suaminya yang ditahan di Thailand dan pagi ini syukur alhamdulillah akhirnya kutipan yang diperlukan sudah mencukupi.
Tulisnya di laman Instagram pagi ini, dia cukup terharu dengan pertolongan orang ramai dalam masa yang singkat. Tak mampu nak menjawab whatsapp orang ramai, tetapi dia mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu dalam situasinya sekarang.
Susulan Artikel, BACA SINI: Suami Kena Saman 51k, Isteri Harap Orang Ramai Sudi Bantu Walau Cuma RM1
Assalamualaikum semua…
Alhamdulillah kutipan dah mencukupi seperti yang diminta. Fy nak minta izin halalkan yang terlebih andai kata Fy guna untuk perjalanan Fy pergi balik ke songkla untuk keluarkan Adib & belikan barang keperluan Althaf. Insya’allah Fy akan derma dari segi duit atau dari segi barang kering untuk rumah kebajikan jika ada yang lebih. Itu memang niat Fy kalau ada lebih.
Fy nak minta maaf andai kata Fy tak angkat call dan tak reply whatsapp anda semua sebab Fy tak mampu nak jawab satu persatu. Dengan Althaf meragam nya, nak fokus dkt phone pun susah.
Jauh di sudut hati Fy, Fy terharu dengan keprihatinan korang semua. Walaupun kita tak mengenali satu sama lain tapi korang ikhlas bantu Fy tanpa minta dibalas. Tanpa korang Fy tak mampu nak kumpul duit yang diminta.
Fy hanya mampu ucap terima kasih dari awal hingga akhir dan semoga korang dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda dari الله swt. Hanya الله sahaja yang balas jasa korang semua.❤️ Fy minta korang doakan urusan kami minggu depan dipermudahkan & Adib boleh keluar dari situ.
Fy akan update lagi kalau ada info terbaru❣️
Yang ikhlas ,
Fy Baharuddin
❤️TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA YG PRIHATIN❤️