Sebelum ini pelakon Ashraf Muslim telah berkongsi perkembangan terkini dirinya yang positif dijangkiti Covid-19 dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buluh bermula 12 April lalu. Perkongsian tersebut dibuat oleh Ashraf, 39, menerusi Instagram miliknya.
Sejak berada di wad, Ashraf tidak jemu berkongsi kisahnya. Malah perkongsiannya menarik minat ramai pengikut di Instagram peribadinya @ashrafmuslim.
‘Seorang Demi Seorang Meninggalkan Aku Di Sini..’ Sebak Luahan Ashraf Muslim
Semalam Ashraf telah berkongsi video yang menyentuh hati, di mana hatinya berat untuk meninggalkan rakan-rakan di Wad 31 yang menempatkan pesakit Covid-19. Kini Ashraf sudah dibenarkan pulang.
“Semoga Pesakit-Pesakit Covid19 Cepat Pulih”
“Pengakhiran di Wad31
“Assalamualaikum. Masanya sudah tiba.. berat hati ini utk meninggalkan sahabat-sahabatku di wad ini. Mereka telah ku anggap sbg keluargaku.. Allahuakbar.. tak boleh nak terjemahkan perasaan ini… 3 hari sblum balik mmg sayu utk tinggalkan wad.
“Saya mohon maaf kepada pakcik, abang2 dan adik2 warga Wad 31 dan rakan2 Dr dan nurse yg menjaga saya dan rakan2 saya disini dan juga berterima kasih kerana terima saya dan rakan-rakan saya seadanya. Tak lupa juga kepada mereka yg menyumbang makanan dan minuman kepada kami disini. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua.
“Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pesakit2 semuanya dtg dr pelbagai kaum, agama dan latarbelakang tapi hanya satu sahaja yg kami inginkan iaitu ‘ketenangan’.
“Jangan risau sahabat..Allah kan ada, dia selalu bersama-sama kita. Mengadulah pada dia.. InsyaAllah Allah akan bantu.
“Oh ya.. Saya sekali lagi ingin meminta maaf kepada kawan-kawan semua termasuk rakan2 artis dan wartawan yg ada bertanyakan bila saya boleh keluar dr wad. Tapi saya sentiasa mengelak utk menjawabnya.
“Byk sebab keputusan ini dibuat dan yang paling penting ialah saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan ramadan dan ibadah yg dapat buat bersama-sama dgn pesakit. Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang. Maafkan saya kalian dgn tindakan saya itu.
Geng wad 31″
‘Sambil Makan Tak Sedar Air Mata Mengalir..’ Ramadan Kali Ini Ashraf Muslim
Ketika berada di wad yang menempatkan pesakit Covid-19 Ashraf juga telah berkongsi pelbagai kisahnya bersama pesakit yang lain. Antaranya dapat menjalani ibadah puasa bersama-sama.