“Terima Kasih ALLAH Kerana Masih Pinjamkan Suamiku Buat Ku” begitulah luahan pelakon yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua, Jasmin Hamid, 47.
Selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal, baru-baru ini Jasmin telah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Nazmir Abd Rahim, 35, juga pembantu peribadinya.
Malah kegembiraan pelakon senior ini sentiasa mendapat hati di kalangan peminat-peminatnya. Apatah lagi selepas mendirikan mahligai, Jasmin sering berkongsi kisahnya menerusi akaun rasmi Instagramnya.
“Terima Kasih ALLAH Kerana Masih Pinjamkan Suamiku Buat Ku”
Terbaru, Jasmin berasa sangat bersyukur kerana dapat menyambut hari lahir suami selepas bergelar isteri. Malah suaminya juga berasa bertuah tahun pertama menyambut hari lahir sebagai seorang suami.
“HAPPY BIRTHDAY Encik Sayang.
“Terima Kasih ALLAH kerana masih pinjamkan suamiku buat ku..
“Ini adalah tahun pertama sambut Birthday sebagai seorang SUAMI katanya..
Ads
“Lain bebenor rasanya,” luah Jasmin.
Bersyukur Rezeki Allah
Menerusi perkongsian tersebut juga Jasmin memanjatkan rasa bersyukur kerana diberikan rezeki menyambut hari lahir suami walaupun hanya di set penggambaran.
“Apapun keadaan,kami tetap bersyukur dengan rezeki Allah walaupun hanya mampu sambut di set shooting kerana tanggungjawab..
“Terima kasih pada teman-teman di set #cintaamnesia. Happy Birthday juga pada December Babies,” ungkap Jasmin.
Ia bagaikan sebuah ‘hadiah terakhir’ buat keluarga apabila seorang ibu kepada 4 orang anak lelaki dapat melahirkan satu-satunya anak perempuan yang dinanti-nantikan sekian lama sebelum meninggal dunia ketika dalam tempoh berpantang.
Memetik laporan Berita Harian, seorang isteri di Taman Soga,Batu Pahat, Johor di sini, sempat melahirkan satu-satunya anak perempuan yang sekian lama ditunggu sebelum menghembuskan nafas terakhir, awal pagi semalam.
Akibat Sesak Nafas
Roslina Ariffin, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas kira-kira jam 2 pagi semalam, selepas melahirkan anak kelimanya, Nur Aishy Amanda, 19 hari lalu.
Empat lagi anak pasangan berkenaan adalah lelaki berusia antara 5-16 tahun.
Suami Allahyarham, Azrow Othman, 43, berkata dia tidak menyangka isterinya meninggalkan mereka selepas melahirkan anak bongsu.
Katanya, isterinya yang melahirkan anak bongsu menerusi pembedahan tiada penyakit atau sebarang masalah ketika mengandung.
19 Hari Selepas Melahirkan
“Namun kira-kira jam 11.45 malam tadi, isteri tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum pengsan. Saya membawa isteri ke sebuah hospital swasta, namun doktor mengesahkan isteri meninggal dunia jam 2 pagi.
“Saya tidak sangka isteri akan pergi selepas 19 hari melahirkan anak bongsu yang juga satu-satunya anak perempuan yang sudah kami nantikan sejak empat tahun lalu.
“Saya sendiri buntu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan tanpa isteri di sisi,” katanya kepada BH ketika ditemui di rumahnya.
Azrow turut dilihat tidak mampu menahan kesedihannya apabila beberapa kali menangis ketika menceritakan kisah isterinya kepada wartawan BH.
Sementara itu, anak sulung arwah, Muhammad Aniq Azriel, 16, berkata mengikut perancangan ayah, arwah ibu serta adik beradiknya yang lain hendak menghantarnya pulang ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian hari ini.
“Namun tidak sangka ibu akan pergi meninggalkan kami adik-beradik termasuk Baby (Nur Aishy) dan tidak sempat menghantar saya ke MRSM seperti selalu, ” katanya.
Mingguan Wanita mendoakan agar keluarga ini terus kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan yang diberikan. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahamat dan ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman.
Hari ini 1 Disember 202, merupakan tarikh ulang tahun kelahiran yang ke-35 buat pelakon yang juga pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin. Selamat ulang tahun juga MW ucapkan buat ibu kepada dua cahaya mata ini.
Sarah yang seperti umum tahu mengenai pergolakan rumah tangganya, namun figura ini sentiasa berdoa yang terbaik buat dia dan suami, Syamsul Yusof.
“Selamat Ulang Tahun… Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan”
Detik bersejarah dalam hidup wanita ini diraikan semalam. Menerusi hantaran sebuah video di akaun laman Instagramnya, Sarah menerima kejutan sempena ulang tahun kelahirannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Sarah kelihatan bersama dua orang anaknya dikejutkan dengan kehadiran dua biji kek oleh pihak hotel. Kelibat Syamsul tidak kelihatan pada video tersebut.
“Selamat ulang tahun buat diri ini, yang selalu berjuang tak kenal lelah, ku berharap semoga Allah selalu permudahkan segala urusanku Aamiin.
“Sarah tak minta banyak , cuma nak minta semua tolong doakan tahun 2021 Sarah lebih baik dari 2020 ni,” tulis Sarah.
Sarah Mohon Dijauhkan Dari Gangguan Jin & ‘Syaitan’
Dalam doanya juga Sarah memohon agar rumah tangganya dirahmati Allah.
“Doakan kesejahteraan keluarga sarah, keluarga bahagia dunia akhirat sarah dan rumahtangga sarah berkekalan hingga ke jannah…
“Semoga 2021 sarah dan famili bertambah baik dan dijauhkan dari perkara2 yg tidak elok mohon dijauhkan dari gangguan jin & ‘Syaitan’. Amin,” luan Sarah.
Pergolakan antara Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak semakin hangat apabila aktres itu mendedahkan lagi sikap bekas suaminya itu.
Menerusi perkongsian di Insta Stories dan entri di akaun Instagram miliknya, Rita menerangkan dia tidak mempertikaikan nafkah bulanan diberi namun hanya terkejut apabila Aidil memasukkan nama dua anak di bawah penjagaan Rita bagi mendapat pengecualian cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Saya tak pernah cakap pun tak bayar nafkah. Selama ini semua orang tahu keputusan nafkah anak umur setahun dan tiga tahun, Itulah duit perbelanjaan susu dan pampers. Sekarang dah 2021 tapi jumlah yang sama,” antara perkongsian Rita di medium sosialnya.
Malah Rita juga memuat naik beberapa status di Insta Storiesnya sejak semalam.
Rita Rudaini, “Hanya DIA yang Maha Mengetahui Segala Rahsia”
Seperti mana yang dikongsi di entri Instagram Rita;
“Apa saja kata-kata fitnah yang di cipta mereka utk memecah belah kan sesuatu pertalian dan untuk menutupi kejahatan mereka.
“Selama ini aku cuma ucap لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ kerana aku percaya, selemah mana aku, sehina mana aku di sisi NYA, hanya DIA yg sebaik-baik pelindung yang menjaga dan melindungi aku dan anak-anak kerana DIA yang MAHA MENGETAHUI segala rahsia-rahsia segala kebenaran,” tulis Rita.
Untuk rekod, sebelum ini Rita dan Aidil bernikah secara rahsia pada Februari 2008 di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, September 2013.
Terdahulu pada 2017, semua kes mahkamah membabitkan tuntutan nafkah anak, mutaah dan edah Rita daripada Aidil telah diputuskan.
Mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.