Terharu Tengku Permaisuri Norashikin Sudi Mengenakan Tudung Fazura Harga Kurang RM30

Share

Terharu Tengku Permaisuri Norashikin sudi mengenakan tudung Fazura harga kurang rm30, begitulah luahan perasaan selebriti jelita yang juga kini bergelar usahawan tudung, Nur Fazura Sharifuddin.

Sebelum ini Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menghadiahkan seutas rantai berlian buat puteri kesayangan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran yang pertama.

Fazura juga pernah menerima kepingan syiiling emas dan beberapa naskhah buku agama daripada Tengku Permaisuri Selangor.

Terbaru Fazura sekali lagi menzahirkan rasa selepas Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan tudung daripada jenamanya iaitu Tudung Fazura.

Terharu Tengku Permaisuri Norashikin Sudi Mengenakan Tudung Fazura

Menerusi hantaran Instagram terbaru ibu kepada Fatima ini telah memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan Permaisuri Selangor berkenan memakai sehelai tudung berwarna biru muda dan bercorak bunga ketika berangkat hadir ke sebuah majlis penyampaian sumbangan.

Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura.

“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30.

BACA DISINI JUGA: 

“Semoga Menjadi Anak Solehah Sayang Mommy & Daddy” Fatima Kurniaan Terindah Fazura & Fattah

‘Fazura Manis Berhijab’ Itulah Doa Fattah Amin Untuk Isteri

Masuk Tahun Baru, Fazura Fattah Kongsi WAJAH Anak, Nur Fatima Aisya

“Semoga Allah SWT Merahmati DYMM Tengku Permaisuri Selangor”

“Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri.

“Junjung Kasih Tuanku. Semoga Allah SWT terus merahmati DYMM Tengku Permaisuri Selangor,” tulis Fazura.

Kredit Foto: @selangorroyalofficial & Instagram Fazura

Published by
Norhayati Suboh