Wanita sememangnya dilahirkan dengan penuh sifat lemah lembut dan belas kasihan berbanding kaum lelaki. Wanita akan mudah tersentuh malahan mudah kasihan bila melihat orang lain bersedih atau ditimpa kesusahan. Kadang-kadang kebaikan ini membuatkan orang sekeliling mengambil kesempatan.
Wanita ini adalah antaranya, dia menjadi mangsa keadaan apabila suaminya memilih kawan baiknya atau anggap seperti adik sendiri untuk dijadikan isteri. Biarpun pedih, kenyataan harus ditelan. Suaminya dikatakan telah memilih seorang pengusaha kek bulan yang bernama Yaya untuk dikahwini.
Berbuat baik, tak semestinya kita menghalalkan apa sahaja kehendak suami. Apatah lagi ketika ketika bertarung dengan nyawa, melahirkan anak dan berpantang, suami bertindak curang. Memang tidak boleh diterima.
Menurut Hanna Baa, dia baru sahaja memfailkan permohonan cerai dan meninggalkan rumah. Seterusnya kini tinggal bersama orang tuanya buat sementara waktu. Hanna nekad untuk bercerai dan tidak mahu bermadu.
Ikuti perkongsian, Hanna Baa:
Maaf kalau posting ini menganggu, hanya untuk kesedaran kaum wanita dan pesanan agar korang berjaga-jaga dengan orang sekeliling.
Kebahagiaan saya harini musnah kerana terlampau percayakan orang yang sangat rapat dengan saya.
Setiap kali menemani suami ke class marketing di KL, saya kesian melihat dia keseorangan dan tak ada kawan. Saya cuba untuk mendekati dia dan berkawan dengannya. Atas alasan simpati itu jugalah, dia mengambil kesempatan terhadap kebaikan saya.
Bayangkanlah seorang isteri tidak pernah ada rasa syak wasangka langsung yang mereka akan menjalinkan hubungan cinta diam-diam di belakang saya. Kerana saya melayan baik, menyokong dan menganggap dia seperti adik kandung saya sendiri, perempuan yg saya panggil nama YAYA. Malahan saya menyayangi dia dengan ikhlas, tak pernah sedetik melihat kekurangannya, sentiasa mendengar rintihannya tapi tanpa saya sedar, di belakang saya dia bercinta dengan suami saya…
Allahuakbar!
Saya salahkan kedua-duanya.
Tergamak mereka semasa saya mengandung, melahirkan dan ketika sedang berpantang, mereka berhubungan di belakang saya tetapi dalam masa yang sama perempuan yang saya anggap adik berpura-pura baik di depan saya.
Ya Allah beratnya dugaan saya kali ini. Sungguh tergamak mereka.
Sedangkan dia tahu saya punya keluarga yang bahagia dengan tiga cahaya mata, tetapi dengan sekelip mata hancur berderai gara-gara ditikam sahabat baik dari belakang seperti ini.
Jika mengenangkan kembali kebaikan yang saya lakukan untuk mereka, sejujurnya hati saya hancur dan kecewa dilakukan sebegini rupa.
Saya tidak dapat nak membalas segala perbuatan mereka kerana saya percaya Allah itu Maha Adil.
Kepada kawan-kawan di luar sana, beringatlah supaya nasib anda semua tak jadi seperti saya. Jangan pernah percaya kepada seseorang walau baik mana pun penampilan mereka. Saya sudah merasakan sampaikan saya terduduk, terkesima dan merasakan dunia seakan berhenti berputar.
Tapi saya harus bangun dan kuat demi tiga cinta hati saya.
Untuk kamu yang telah melukakan hati, terima kasih…
Abang,
Terima kasih banyak-banyak atas rasa cinta yang kita bina selama hampir 11 tahun ni.
Susah senang yang kita lalui bersama ketika dulu, kini hancur.
Abang berjaya sekarang dan abang memilih kebahagiaan bersama dia.
Sedangkan sayang tiada apa-apa yang nak dibanggakan.
Saya percaya perjalanan yang Allah aturkan itu sentiasa terbaik, saya redha jika hari ini saya diuji dengan ujian yang besar, saya yakin pasti ada sinar bahagia menanti esok hari.
I wish nothing but the best for you, saya mengundur diri….
Assalamualaikum.
MW: Memang terlalu berat ujian yang ditempuh Hanna Baa, bukan mudah seorang ibu muda membesarkan tiga orang anak yang masih kecil sendirian. Semoga dia terus kuat menghadapi ujian ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Sumber:
Hanna Baa