Terduduk! Bila diberitahu rumah sudah dihanyut banjir.” Dunia terasa gelap seketika, bila hilang tempat berteduh.
Siapa yang tidak sedih bila mengetahui rumah yang dijadikan tempat berteduh sekeluarga hilang sekelip mata dihanyutkan banjir.
Namun sebagai manusia biasa, mangsa banjir ini redha dan menganggap ini adalah ujian dari Yang Esa.
“Ya Allah, rumah aku hanyut! Mana lagi aku nak duduk ya Allah!” Itulah antara rintihan Junaidah Awang Senik, 55, yang baru mengetahui bahawa rumahnya musnah dibawa arus banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan.
Junaidah salah seorang pemilik daripada lima rumah yang hanyut di kampung berkenaan dipercayai kerana paras air terlalu tinggi serta arus sangat deras.
Katanya, dia sudah berpindah awal pada Sabtu lalu ke tempat selamat dan tidak mengetahui keadaan rumah sebelum diberitahu oleh anak jiran yang kebetulan meredah banjir melihat kediaman mereka.
“Saya terduduk bila diberitahu rumah sudah hanyut, dunia bagaikan gelap seketika kerana saya sudah tidak mempunyai apa-apa lagi, bahkan tempat berteduh pun musnah.
“Ini adalah ujian paling besar pernah saya hadapi di sepanjang usia yang sudah lanjut. Saya reda dengan ujian Tuhan ini dan berdoa semoga terus diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.
“Selepas banjir reda, saya sendiri tidak tahu mana arah hendak dituju,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Artikel Berkaitan:
“Saya Tolong Ikhlas, Tak Harapkan Balasan.” Berbekal RM50, Abang Viva Datang Dari Melaka
‘Bukan Alasan’, Amir Remaja OKU Dari Kedah Ke Selangor Sertai Misi Bantuan Banjir
Air Mata Mengalir Fikirkan Mangsa Banjir, Bantu Bina Hidup Wujudkan Kedai Percuma Pak Nil
Sementara itu, Nori Azila Rosli, 33, juga hidup dalam keresahan memikirkan nasib rumahnya kerana kediaman beberapa jiran sudah hanyut dibawa arus dan tidak dapat diselamatkan.
“Saya dan keluarga hanya mampu berdoa agar teratak kami terus kukuh dan tidak runtuh mahupun hanyut. Kami sudah beberapa malam tidak tidur lena walaupun kini sudah selamat berada di kawasan bebas banjir.
“Kami tidak terkejut kerana banjir memang hampir setiap tahun melanda, tetapi kali ini ia luar biasa dipercayai kerana pembinaan benteng di kawasan berdekatan.
“Saya mewakili penduduk kampung merayu kepada semua, tolong cari jalan secepat mungkin untuk menyelesaikan isu ini kerana kami tidak sanggup melaluinya lagi selepas ini,” katanya.
Menurutnya, bukan saja Kampung Tersang malah penempatan lain menerima kesan sama seperti Kampung Luar, Kampung Gual To’Deh dan Kampung Gual Periok.
Mingguan Wanita : Semoga semua mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu dipermudahkan urusan dan berada di kawasan yang selamat hendaknya.
Sumber : myMetro
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita