Terduduk! Bila diberitahu rumah sudah dihanyut banjir.” Dunia terasa gelap seketika, bila hilang tempat berteduh.
Siapa yang tidak sedih bila mengetahui rumah yang dijadikan tempat berteduh sekeluarga hilang sekelip mata dihanyutkan banjir.
Namun sebagai manusia biasa, mangsa banjir ini redha dan menganggap ini adalah ujian dari Yang Esa.
Terduduk!
“Ya Allah, rumah aku hanyut! Mana lagi aku nak duduk ya Allah!” Itulah antara rintihan Junaidah Awang Senik, 55, yang baru mengetahui bahawa rumahnya musnah dibawa arus banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan.
Junaidah salah seorang pemilik daripada lima rumah yang hanyut di kampung berkenaan dipercayai kerana paras air terlalu tinggi serta arus sangat deras.
Bila DiBeritahu Rumah Sudah DiHanyut Banjir
Katanya, dia sudah berpindah awal pada Sabtu lalu ke tempat selamat dan tidak mengetahui keadaan rumah sebelum diberitahu oleh anak jiran yang kebetulan meredah banjir melihat kediaman mereka.
“Saya terduduk bila diberitahu rumah sudah hanyut, dunia bagaikan gelap seketika kerana saya sudah tidak mempunyai apa-apa lagi, bahkan tempat berteduh pun musnah.
“Ini adalah ujian paling besar pernah saya hadapi di sepanjang usia yang sudah lanjut. Saya reda dengan ujian Tuhan ini dan berdoa semoga terus diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.
Ads
“Selepas banjir reda, saya sendiri tidak tahu mana arah hendak dituju,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, Nori Azila Rosli, 33, juga hidup dalam keresahan memikirkan nasib rumahnya kerana kediaman beberapa jiran sudah hanyut dibawa arus dan tidak dapat diselamatkan.
Ads
“Saya dan keluarga hanya mampu berdoa agar teratak kami terus kukuh dan tidak runtuh mahupun hanyut. Kami sudah beberapa malam tidak tidur lena walaupun kini sudah selamat berada di kawasan bebas banjir.
“Kami tidak terkejut kerana banjir memang hampir setiap tahun melanda, tetapi kali ini ia luar biasa dipercayai kerana pembinaan benteng di kawasan berdekatan.
“Saya mewakili penduduk kampung merayu kepada semua, tolong cari jalan secepat mungkin untuk menyelesaikan isu ini kerana kami tidak sanggup melaluinya lagi selepas ini,” katanya.
Menurutnya, bukan saja Kampung Tersang malah penempatan lain menerima kesan sama seperti Kampung Luar, Kampung Gual To’Deh dan Kampung Gual Periok.
Mingguan Wanita : Semoga semua mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu dipermudahkan urusan dan berada di kawasan yang selamat hendaknya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Genap dua minggu saja lagi program bual bicara yang ditunggu-tunggu, Mingguan Wanita, bakal ke udara menemui anda. Selain menjanjikan pengisian lebih umph! dan gerenti memperjuangkan suara kita, kehadiran empat wajah pengacaranya juga diramal tular.
Nor Azzura Azizul Azman, Nurul Syuhada Nurul Ain, Suraya Yeop Jr dan Nadia Zuber bukanlah orang baru dalam dunia penyiaran. Keempat-empatnya pernah bernaung di bawah bumbung stesen televisyen swasta terkemuka, sebelum masing-masing mengambil keputusan berehat dan memberi tumpuan untuk menguruskan keluarga.
Dapatkan majalah Mingguan Wanita Jun 2018, Vol 1
Apa yang menariknya tentang mereka? Jom semak fakta ini.
(a) Nadia Zuber
Baru berusia 30 tahun, Nadia yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak JDT, Irfan Fazail, pernah tekad memperlahankan rentak kariernya kerana mengikut suami berpindah ke Johor Bahru.
Dalam masa yang sama, mak kepada dua cahaya mata, Nurnazifa Tiara dan Nazif Farel ini juga aktif berniaga online sambil menjadi pembaca berita sambilan. Beliau berasal dari Shah Alam dan pernah menjadi pengacara sebuah rancangan sukan serta pembaca berita segmen sukan.
Instagram @nadiazuber
(b) Azzura Azizul Azman
Mak kepada sepasang cahaya mata, Hayden Ramazan dan Olivia Zara. Isteri kepada Zain Azrai Dato’ Zaaba ini berusia 34 tahun dan beliau berkelulusan Sarjana Komunikasi & Pemasaran Bersepadu. Azzura mula aktif mengacara pada tahun 2003 sebelum bersara dari dunia penyiaran empat tahun lalu.
Wanita asal Cheras ini juga pernah menjadi penyampai radio sambilan, tenaga pengajar sambilan di IUKL dan Universiti Putra Malaysia serta juruacara majlis.
Instagram @azzurazizulazman
(c) Nurul Syuhada Nurul Ain
Usianya sebaya dengan Azzura tapi Syuhada merupakan mak kepada tiga cahaya mata iaitu Raja Abdul Mateen, Raja Nur Emaan dan Raja Ahmad Shah. Meskipun baru melahirkan anak enam bulan lepas, wanita yang lahir daripada program Malaysian Top Host (2005) ini telah dilantik sebagai Duta Alumni Universiti Malaya.
Isteri kepada Raja Amir Syah Raja Azwa itu pernah bergelar wartawan penyiaran, pengacara program bual bicara, dokumentari dan banyak lagi.
Instagram @nurulsyuhadanurulain
(d) Suraya Yeop Jr
Merupakan anak kepada bekas Orang Besar Jajahan Batang Padang, Allahyarham Dato’ Seri Yeop Junior Yeop Adlan dan adik kepada Ratu Perhubungan Awam, Selina Yeop Jr. Suraya kini berusia 30-an dan mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Ilhan Moris, Aaron Azlan dan Isabella Rose.
Selain menjadi pengacara Go Shop, beliau juga memiliki sebuah syarikat hiasan dalaman di Kuala Lumpur. Wanita peramah ini turut berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Awam.
Instagram @i.m.s.y.j
Nah, inilah wajah-wajah jelita yang bakal menerajui program Mingguan Wanita di Astro Prima saluran 105 dan Astro Maya HD saluran 135 bermula 13 Jun 2018 nanti. Pastikan mak mak kat rumah tu dah tunggu depan TV pukul 12.00 tengah hari tau!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Peniaga meninggal dihempap pokok, “saya jerit panggil ibu tapi hanya temui jasadnya saja. Hujan ribut yang berlaku semalam mengakibatkan seorang peniaga menemui ajal apabila dihempap dua batang pokok tumbang berhampiran tempatnya berniaga.
Mangsa, Saleha Ashaari, 49 ditemui meninggal dunia selepas dihempap pokok tumbang berhampiran Pantai Penunjuk Kijal, Chukai Terengganu.
Peniaga Meninggal Dihempap Pokok
Menurut anaknya, Hairahtul Kamilah Abdul Faal, 16 semasa kejadian berlaku hujan ribut di tempat mereka berniaga dan ada pokok tumbang.
“Dalam suasana panik itu, saya mencari dan memanggil nama ibu berulang kali sehinggalah saya menemui jasad ibu dihempap dua batang pokok,”katanya dalam keadaan sedih semasa menuntut jasad ibunya di hospital.
Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian jam 6.15 petang semalam Hairatul Kamilah berkata, sebelum kejadian itu, dia bersama ibunya memulakan perniagaan menjual minuman dan sosej bakar di situ pada jam 3 petang.
“Pada mulanya, cuaca sangat panas dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berlaku hujan dan ribut kencang. Namun hujan lebat berlaku mendadak disusuli ribut.
“Akibatnya pokok berhampiran lokasi kami berniaga tumbang dan menghempap khemah. Ketika itu saya berjaya keluar dari bawah khemah dan berlindung ke dalam van milik saudara yang berniaga di sebelah khemah kami,” katanya.
“Saya Jerit Panggil Ibu Tapi Hanya Temui Jasadnya Saja
Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut apabila mendapati ibunya tiada.
“Saya segera keluar mencari ibu sebelum menemui tubuh ibu dihempap dua batang pokok.
“Saya cuba mengangkat batang pokok itu untuk mengeluarkan ibu namun tidak berjaya. Jasad ibu hanya berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba yang dipanggil ke lokasi kejadian,” katanya yang cedera di telapak tangan.
Katanya, kejadian itu juga menyebabkan semua barangan perniagaan termasuk wang hasil jualan berterbangan akibat ribut.
“Saya tidak menyangka perubahan emak yang lebih banyak berdiam diri sejak beberapa hari lalu adalah petanda dia akan pergi menemui Ilahi,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat berkata, terdapat 60 rumah di daerah Kemaman rosak akibat kejadian ribut yang melanda petang kelmarin.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Reen Rahim selamat gbergelar isteri, terima hantaran sedulang emas. Pelakon Reen Rahim malam tadi selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.
Dengan sekali lafaz, dia yang berusia 34 tahun itu sah menjadi milik ahli perniagaan Ahmad Nur Hazim, 28 tahun.
Bersaksikan ahli keluarga dan tetamu seramai 400 orang yang dijemput, bertempat di Bora Ombak Marina, Putrajaya, pasangan bahagia ini dinikahkan bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.
Bertemakan rona putih di majlis akad nikah Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas.
Pada majlis itu, pihak lelaki telah memberikan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.
Sebelum majlis penuh behagia ini, pasangan ini telah mengadakan majlis Malam Berinai bertemakan Bollywood di sebuah lokasi di Hulu Langat.
Majlisnya perkahwinannya mula menjadi perhatian ramai dan ramai tidak sabar menantikan siapa jejaka berjaya menambat hatinya, apabila dua bulan lalu Reen mengumumkan dirinya sudah bertunang dengan Mr H.
Jelas Reen dalam satu temu bual sebelum ini, Hazim atau Mr H adalah seorang ahli perniagaan dan penggiat seni.
“Kami sudah berkawan hampir dua tahun, dia juga enam tahun lebih muda daripada saya. Mulanya, kami tidak berhasrat berkahwin kerana tidak mahu terikat dengan komitmen. Namun, pada masa sama, kami saling menyukai antara satu sama lain.
“Mungkin berkat doa keluarga akhirnya kami terbuka hati mahu menghalalkan hubungan dan berjanji saling menjaga hingga ke akhir hayat,”.
Sebaik mengumumkan berita gembira itu, Reen memaklumkan, telah mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dari pelbagai pihak bagi tiga majlis dari pihaknya. Bahkan malam ini akan diadakan satu majlis resepsi bertempat di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras.
Semoga dirinya berbahagia di sisi suami tersayang dan perkahwinannya kekal hingga ke akhir hayat. Foto :- Thelova
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...