Terdesak Perlukan Duit, Sanggup Tipu Suami Meningal Semata-mata Untuk Dapatkan Pampasan

Share

Dek kerana terdesak perlukan duit, sanggup palsukan kematian suami semata-mata untuk dapatkan pampasan daripada Perkeso. Perkara ini bukannya berlaku di luar negara, sebaliknya berlaku di Kuching Sarawak.

Sepandai-pandai tupai melompat Akhirnya jatuh ke tanah jua. Pasangan ini terkantoi apabila kenalan pasangan ini membongkarkan bahawa suami yang didakwa meninggal dunia masih hidup.

Palsukan Kematian Suami Untuk Dapatkan Pampasan

Kuching: Suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini atas 15 pertuduhan memalsukan kematian bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kedua-duanya mengaku bersalah apabila kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibacakan terhadap mereka di hadapan tiga Majistret berasingan.

Mengikut pertuduhan kes, Hamidah Talaha, 45, memalsukan kematian suaminya, Mansor Idris, 46, dengan memperdayakan seorang pegawai eksekutif Perkeso Sarawak untuk mengeluarkan pampasan kematian berjumlah lebih RM26,000.

Telah Menerima Pampasan Sejak Ogos 2019

Pampasan berkenaan diserahkan kepada suri rumah terbabit secara berperingkat mulai 9 Ogos 2019 sehingga 1 Oktober 2020 di pejabat Perkeso di Jalan Padungan di sini, selepas dia menyerahkan sijil kematian suaminya (Mansor) yang dikatakan meninggal dunia pada awal 2019.

Berdasarkan keterangan kes, Hamidah menerima RM7061.02 pada Ogos tahun lalu manakala pada bulan berikutnya sehingga Oktober tahun ini, dia menerima RM1,354.17 setiap bulan.

Bagaimanapun, perbuatan pasangan terbabit terbongkar apabila pegawai eksekutif Perkeso itu yang juga pengadu bagi kes berkenaan mengetahui dia ditipu pada 15 Oktober lalu.

Selepas seorang pekerja Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang juga kenalan tertuduh (Mansor) memaklumkan bahawa tertuduh yang tinggal sekampung dengannya masih hidup.

Justeru, pihak Perkeso membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan JPN mengesahkan sijil kematian atas nama tertuduh namun tiada sebab kematian dipaparkan.

Pengadu bagaimanapun merasakan tertuduh memalsukan sijil kematiannya dan seterusnya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Baca Juga Di sini:

TUAH Pengutip Sampah, Jumpa Wang Tepi Pantai Bernilai RM2.9 Juta!

Demi Harta RM2 Juta, Suami Buta Temui Ajal Di Tangan Isteri!

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Terdesak Perlukan Duit Sanggup Palsukan Kematian

Difahamkan, pasangan terbabit menipu kerana terdesak akibat kesempitan wang dan berhutang dengan syarikat pinjaman wang berlesen.

Majistret Mohd Syukri Mokhtar, Majistret Zaiton Anuar dan Majistret Zubaidah Sharkawi masing-masing menetapkan 3 November depan untuk menjatuhkan hukuman memandangkan pihak penjara mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketat dan kini belum menerima sebarang banduan dalam langkah mengawal pandemik Covid-19.

Justeru, kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah RM30,000, sementara menunggu sebutan kes.

Syukri menetapkan kedua-dua tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan seminggu sekali, selain mengarahkan mereka untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan secara berasingan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad dan Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

MW: Kerana wang, MANUSIA sanggup lakukan apa saja. Keadaan hidup yang terdesak membuatkan pasangan ini bertindak menyalahi undang-undang. Semoga mereka menjadikan pengalaman hitam ini sebagai iktibar.

Sumber: myMetro 

Published by
Syazwani Mehat