Bila dalam keadaan terdesak, terbeban dengan masalah kewangan dan hutang orang memang sanggup melakukan apa sahaja. Mencari penyelesaian yang mudah dan cepat namun tidak memikirkan jangka panjang akibatnya. Barang kemas yang dipakai jiran juga, boleh menjadi sasaran digadaikan malah sanggup membunuh!
Terbaru seorang wanita tergamak membunuh jirannya sebelum mayatnya disorok di bawah katil dalam kediamannya di tingkat dua sebuah blok pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, USJ 1 di sini.
Perkara itu terbongkar, petang semalam sebaik polis menjalankan siasatan berhubung kes seorang peniaga kuih warga Indonesia yang dilaporkan hilang oleh suaminya sejak kelmarin.
Isteri Hilang
Ketua Polis Daerah Subang Jaya,Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, berkata suami mangsa, warga tempatan berusia 47 tahun pada mulanya pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam dan mendapati pintu hadapan tidak berkunci.
“Dia mendapati isterinya yang berusia 54 tahun tiada namun barangan peribadi termasuk telefon bimbitnya masih ada di dalam rumah.
“Selepas gagal mencari isterinya, lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis UJS 8 pada jam 12.01 tengah malam (semalam),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, malam tadi.
Ads
Jiran Gadai Barang Kemas
Abd Khalid berkata, kali terakhir lelaki itu bertemu dan berhubung dengan isterinya kira-kira jam 1.20 petang dan jam 3.45 petang, kelmarin.
“Semasa diambil keterangan, suami mangsa mengesyaki kehilangan isterinya ada kaitan dengan jiran mereka yang rumahnya terletak hanya kira-kira 10 meter.
“Ini kerana dia ada mendengar cerita mengatakan jirannya (suspek) menggadaikan barang kemas tidak lama selepas isterinya hilang dan mengetahui wanita berkenaan ada masalah kewangan serta hutang,” katanya.
Anggota polis dan pasukan forensik polis di lokasi pembunuhan seorang peniaga kuih di sebuah pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, USJ 1 di sini, malam tadi.
Mengaku Bunuh Mangsa
Susulan itu, katanya, wanita berusia 39 itu dipanggil ke Balai Polis USJ 8 pada jam 3 petang, semalam untuk disoal siasat dan selepas hampir tiga jam, dia akhirnya mengaku membunuh mangsa di kediamannya.
“Kira-kira jam 8 malam tadi, suspek dibawa ke rumahnya oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) dan menunjukkan mayat mangsa yang diselubung dengan selimut disorok di bawah katil.
“Suspek dikatakan menelefon mangsa memintanya datang ke rumah dengan alasan tangannya cedera dan membantu menjaga dua anaknya yang berusia setahun dan tiga bulan, kira-kira jam 4 petang kelmarin.
Ads
“Suspek mendakwa dia menghentak belakang badan mangsa dengan tangan sehingga terjatuh sebelum menghentak kepala mangsa ke lantai,” katanya yang turut memaklumkan suspek bekerja sebagai pembuat kuih di gerai mangsa.
Berpunca Masalah Kewangan
Menurutnya, motif pembunuhan ini dipercayai berpunca masalah kewangan dihadapi suspek dan terdesak membayar hutang berjumlah kira-kira RM5,000.
“Mangsa memakai banyak barang kemas dan mungkin ia mendorong suspek membunuh mangsa bagi mendapatkan barang kemas terbabit dan menggadainya untuk melangsaikan hutang.
“Buat masa ini, kita masih mengesan barang kemas terdiri daripada rantai leher dan gelang yang dikatakan sudah digadai suspek dan tidak dapat pastikan jumlahnya,” katanya.
Abd Khalid berkata, ketika kejadian suami suspek, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan bekerja sebagai kru produksi tiada di rumah namun turut ditahan bagi membantu siasatan.
Ads
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam pagi ini, untuk permohonan reman.
MW: Zaman sekarang ni ramai yang susah dan dalam keadaan terdesak. Hati-hatilah iya bila pamer kemewahan, pakai barangan kemas. Silap-silap boleh membahayakan diri.Niat orang dan mata-mata yang memandang kita tak tahu. Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga di beri kekuatan menghadapi ujian ini.
Inai homemade ini ada banyak sangat kelebihannya, jadi sesuai sangat untuk anda yang suka pakai inai cuba buat sendiri ikut langkah-langkah yang dikongsikan oleh saudari Rosdiana Dian. Lagi pun nak cari daun inai bukan senang zaman sekarang, elok sangatlah tiru buat inai moden macam ini…
Hi semua…
Mak nak share inai homemade yang mak buat siang tadi.
Actually Uolls buleh jugak tanya pakcik Google. Cuma resepi ni mak dapat dari kawan Mak.
Mungkin lain orang lain bahannya.. modal tak sampai 3 hengget.
3 Bahan-bahan asas:
1. Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna tak boleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja.. jangan banyak-banyak takut panas, kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin.
2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku. (Sukatan 2cm persegi). Atau,sabun axion pun boleh.
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dlm Sukatan 1 sudu besar).
3. Pewarna makanan kaler ceri merah. Ada yang pakei sirap, ikut lah nak warna apa pun… oren, purple, hijo, coklat ke hitam ke. Siapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau… itu tak boleh, lain jadinya karang. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).
SUKATAN KAPUR
Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi… jangan banyak sangat kang lain jadinya.. Hehehee.
JENIS PEWARNA
Ini la pewarna makanan yang mak pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Rege dalam rm2.50. Ada jugek yang pakei sirap. Tak kesah la Uolls nak kaler apa pun.. ungu ke.. ijau ke… hitam coklat ke.. mak tak rela pulak nak kaler ijau.. Hihihi.. Tapi…. jangan yang jenis kordial tu tau.. naiyaaa ja kang tak jadik.
HASILNYA
Ni struktur bancuhan 3bahan asas tadi.
Sentiasa pengantin baru ler katakannnn…
Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama.. kejap ja pudar.
Nak carik daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak. Maka, terhasil laa inai moden ni.
Cara-cara bancuhan:
Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air, kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30 minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.
Alaaaaa… susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan boleh beli ja inai readymade kat kedai tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar.
Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.
Lagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Bukan hanya sekadar menutup permukaan kuku macam quitick tu. Tak percaya, lepas pakai try ler kikis. Buleh ke idok.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Percaya tak wahai suami yang seorang isteri itu sebenarnya cukup pandai berbohong. Lagi-lagi hal yang melibatkan perasaannya. Apa yang isteri katakan itu sebenarnya bukanlah benar-benar seperti apa yang terluah di bibir.
Isteri ada alasannya kenapa dia berbohong. Dan pembohongannya itulah yang sebenarnya menyelamatkan, mendamaikan sebuah rumah tangga yang dibina bersama. Kerana pembohongannya itulah, anda wahai suami berasa tenang-tenang saja. Walau pun hakikatnya, isteri memendam rasa.
Sebab Itu Suami Jangan Percaya..
( kalau isteri anda sebutkan kata-kata ini.. )
Bila Isteri Kata Dia Tak Apa-apa
Hakikatnya, dia memang sedang apa-apa. Pasti jauh di sudut hatinya ada satu perasaan tak puas hati tapi tak mampu untuk diluahkan. Kerana, apabila kebenaran sudah diketahui pasti akan ada hati yang terluka.
Begitu pun ketika, isteri terluka dan sedang memberi mu peluang kedua. Akibat kecurangan yang suami lakukan. Sebenarnya, hatinya ibarat kaca yang telah retak. Walau bercantun tetap ada kesan lukanya.
Jadi tidak apa-apa isteri itu, sebenarnya adalah apa-apa yang perlu suami perhatikan betul-betul. Jangan tanya pada isteri. Kerana dia tidak akan memberitahu. Perhatikan dengan mata hati. Rawatlah kembali ‘tidak apa-apa’ isteri itu dengan kasih sayang yang ikhlas. Bukan paksaan.
Kerana isteri yang ‘tidak apa-apa’ ini tidak suka dipaksa jiwanya. Dia akan tenang kembali dan tahu bagaimana merawat diri.
Bila Isteri Kata Dia OK, Tak Letih
Oh, sebenarnya dia teramat-amat letih. Tapi setiap kali memandang wajah suaminya yang baru pulang dari tempat kerja. Rasa letih itu disimpan dalam-dalam, dipegang kemas-kemas sampai tidak ada seorang pun sedar akan letihnya.
Jangan cuba diuji kerana apabila letihnya sudah sampai ke paras hidung. Dan tak mampu lagi dibendung, ia akan meletup. Bersama kesan-kesan bebelan yang panjang dan menakutkan semua. Hatta anak-anak yang baik-baik pun boleh terkejut seram.
Bila Isteri Kata, Takpe Saya Boleh Drive Sendiri
Sebenarnya sebolehnya dia mahu anda temani dia. Kerana jika urusannya berteman akan lebih mudah untuknya menguruskan segala kerja. Termasuklah uruskan anak-anak yang sedang membesar itu. Jika ada anda di sisi, alangkah bahagianya dia untuk meluah rasa.
Berkongsi cerita dalam perjalanan bukankah romantik dan mengasyikkan. Wahai suami, fahamlah jika anda ada masa lapang dan tidak sibuk, tak salah rasanya memandu untuk isteri. Walaupun kau tahu isterimu itu sejenis robot yang tak kenal erti duduk diam.
Bila Isteri Kata, Jangan Risau Saya Boleh Jaga Budak-budak Ni
Betul memang dia boleh jaga anak-anakmu dengan senang sekali. Tapi bila tiba waktu cutimu iaitu hari Ahad nanti. Ambil alihlah tugasan itu. Kerana dia juga perlukan waktu untuk dirinya sendiri. Isterimu juga mahu menghabiskan masa liburnya dan ruang untuk dia.
Kalau pun isteri mu itu tidak menuntut ME TIME dari mu wahai suami. Fahamlah yang dia perlukan masa untuk bersama denganmu. Bawa dia ke satu tempat yang relaks dan menenangkan. Kalau pun perlu membawa anak-anak, sepanjang cuti itu ambil alih tugas menjaga anak-anak. Biarkan isterimu itu rehat di sampingmu.
Bila Isteri Kata, Saya Ada Duit Lagi
Kalau pun dia ada pekerjaan yang baik dan dia ada simpanan sendiri. Tahukah kamu bahawa simpanan itu kelak adalah untuk saat-saat kecemasan membantu ketika kamu wahai suami benar-benar sesak. Kerana itu, janganlah bersikap kedekut untuk membelanja isterimu.
Jangan juga kedekut untuk memberikan wang saku padanya. Jika tidak mampu besar jumlahnya cukuplah sekadar untuk memberi hadiah wang saku akan penat lelahnya. Pasti dia akan tersenyum bahagia.
Justeru itu, wahai suami.. andai kata isterimu memberi signal sebegini cepat-cepatlah jadi suami yang perasa. Rasai apa yang sedang beraja di dalam hatinya. Perhatikan tindak tanduknya, gerak langkahnya.
Jika dia mulai marah-marah. Mungkin dia sudah menyimpan kata-kata di atas lama. Sayangi isteri mu, PELUK lah dia. Walaupun anda tidak tahu, suatu hari nanti dia pasti akan kongsikan juga isi hatinya dengan suami yang paling dicintainya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mana-mana wanita pun akan cukup bahagia bila dikurniakan rezeki mengandung selepas baru berumah tangga. Ada sesetengah pasangan suami isteri terus fikir soal persediaan nak sambut bayi tetapi macam mana pula kos lain-lain yang mungkin anda tak pernah tahu?
Haaa… inilah yang patut isteri renungkan jika dapat rezeki mengandung, suami pun kena get ready! Untuk elak daripada berlaku sebarang kemungkinan selepas setahun bersalin, baca pandangan doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar ini.
Persediaan Bila Ada Rezeki Mengandung
Tadi berjumpa seorang pesakit, umur 26, sedang mengandung anak pertama…usia kandungan 31 minggu. Masalah pregnancy ini ialah air ketuban lebih & baby dalam keadaan songsang( breech).
Lebih kepada sesi luahan perasaan. Dan aku pun mendengar sambil nasihat apa yg patut.
Kerja nya sebagai technical engineering staff di sebuah kilang memerlukan dia banyak berjalan. Perlu juga kadangkala memanjat tengok keadaan mesin. Kadangkala perlu angkat barang. Boss yg demanding. Banyak menyuruh itu dan ini, dan persoal kenapa lambat bekerja / bergerak, sedangkan boss nya tahu dia pregnant hampir 8 bulan. Berjalan pun macam penguin. 8 bulan usia kandungan yg besar rahimnya macam dah 9 bulan sebab lebih air ketuban. Bukan boss nya takde bini. Bukan bini nya tak pernah mengandung. Tapi boss nya kerah itu dan ini. Bila anak sendiri sakit, boss nya cuti 2 hari utk jaga anak. “boss takut bini lah tu doc”, gurau patient aku.
Dah habis allocation MC nya digunakan sepanjang pregnant ini. MC yg aku bagi (sebab sakit pinggang) pun kena tolak gaji nanti.
Aku nasihatkan dia untuk fikir bukan hanya untuk pregnancy ini, tapi juga kena fikir panjang at least untuk setahun lepas bersalin…
1. Kemungkinan dia perlu jalani pembedahan caesarean. Kalau kedudukan baby kekal breech, mungkin perlu caesarean. Ada dia tanya aku “ok ke nak pergi jumpa bidan, urut bagi baby kepala ke bawah”. Aku sangat menegah dia gi urut. Dia pun kata semua doktor yg dia tanya kata jangan urut. Tapi biasalah, sedara mara & kawan-kawan ramai yang suruh urut. Aku katakan risiko nya…dengan air ketuban yg byk. Pakar obstetrik kalau buat prosedur pusingkan baby breech ( External Cephalic Version, ECV) pun sangat berhati hati dgn guidance ultrasound & ibu diberi ubat yg memudahkan proses ECV.
2. Kalau kena caesarean section, berapa lama dia perlu rehat? cukup kah cuti bersalin 2 bulan? 3 bulan? Dan nature kerja nya yg perlu banyak berjalan..memanjat mesin….dengan boss yang demanding yg tiada empati kepadanya semasa pregnant, apatah lagi lepas bersalin?
3. Andai dia pulih lepas bersalin dan kuat mcm biasa, bagaimana pula andai di uji anak kerap demam? Kerap masuk wad? So dia perlu bercuti kerap untuk jaga anak… apa pula tindakan boss dia yang demanding tu?
4. Bagaimana pula dengan jagaan baby nanti lepas abis cuti bersalin? Kos nursery easily $400 – $500 sebulan.
Perkara sebegini yang perlu di ambil kira bila di anugerahkan rezeki mengandung. Plan jangka masa panjang. Pasangan muda yang expect anak pertama kena banyak bertanya (tanya orang yang betul) dan banyak membaca.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lala Menyapa, Halia Terpaku! Ramadan ke-23 mak-mak masih tak jemu memasak untuk keluarga tersayang.Hari ini apa kata mak-mak cuba masak menu Lala Menyapa, Halia...