Seorang lelaki terdengar bunyi dan pada mulanya sangkakan kucing, rupa-rupanya bayi cukup sifat dibuang di kawasan pembuangan sampah tersebut.
Allah sebaik-baik Pelindung, bayi tersebut selamat dan masih hidup. Siapalah yang tergamak membuang bayi yang belum mengerti apa-apa. Benar-benar bernasib baik ada insan yang prihatin.
Bayi Cukup Sifat Dibuang
Bayi lelaki cukup sifat ditemui di dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Taman Indah Permai, Manggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan masih hidup oleh seorang lelaki berusia 30-an yang kebetulan melintas kawasan pembuangan sampah berkenaan.
Gambar sekadar hiasan.
Terdengar Bunyi Sangkakan Kucing
Jelas Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman, siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan seperti terdengar bunyi yang disangkanya kucing.
Katanya, lelaki itu kemudian menghampiri kawasan pembuangan sampah berkenaan dan mendapati, bunyi berkenaan semakin kuat sebelum bertindak berusaha mencarinya.
Dibuang Di Kawasan Pembuangan Sampah
“Lelaki terbabit kemudian terkejut dengan penemuan bayi itu sebelum bertindak menghubungi pusat panggilan kecemasan MERS 999 untuk memaklumkan kejadian berkenaan.
Ads
“Polis yang tiba di lokasi kejadian terus menjalankan siasatan dan bayi terbabit diserahkan kepada pasukan ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurut George, bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.
“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil dan boleh berhubung terus pegawai penyiasat iaitu Inspektor Ab Zumin di talian 014-5521 425,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga ibu kepada bayi ini menyesal di atas perbuatan yang telah dia lakukan. Barangkali atas desakan hidupnya, dia terpaksa lakukan perkara ini. Namun membuang bayi bukanlah penyelesaian terbaik.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Kehilangan orang yang paling disayang, cuma yang pernah merasai tahu bagaimana sakitnya rindu. Kerinduan pada yang telah pergi yang tak mungkin berbalas. Apabila isteri diambil tuhan, suami ini, Azlan Adnan luahkan rasa kerinduannya untuk tatapan anak-anaknya kelak.
Isterinya, Nordiana Bidin meninggal dunia pada 29 Januari lalu, dipercayai berpunca daripada sakit kepala. “Medical report awal bulan hadapan baru dapat sahkan.” kata Azlan lanjut.
Sebaknya, bila anak-anak mula terasa rindu. Bagaimana mahu disampaikan rasa kerinduan itu, pada ibu yang tak lagi dapat mereka tatap wajahnya di depan mata. Allahu..
Anak-anak Rindu Ibu.. Ibu Dah ‘Sleep’ Kat Kubur
Anak-anak mungkin tak tahu Cara mana nak sampai kan pada babah, yang depa rindu ibu Yang anak-anak tahu Ibu dah ‘sleep’ kat kubur
Itulah Kali Terakhir Babah Cium Pipi Ibu
Dalam Jam 10:25 malam, 20/1/2020 Ibu masih terbaring tidur sama macam pagi tadi. Bergerak, bernafas macam mana pagi tadi. Tidur macam biasa. Bergerak berpusing kiri kanan. Tidur nyenyak cuma tak boleh sedar dari jam 3.30 petang sampai la malam. Setiap kali babah jengah ibu, Air liur, ibu tak boleh kemam. Jadi babah lap perlahan-lahan bagi ibu nampak bersih Tapi jam ni, Lepas babah terlambat jengah ibu Air makin banyak kat mulut ibu.. Babah lap Dan itu kali pertama Dan juga kali terakhir babah cium pipi ibu, peluk ibu sambil bisik; “anak-anak kita masih kecik lagi sayang. Bangun la…” Air mata sebelah kanan ibu tiba-tiba keluar. Babah terus lapkan Air mata ibu sambil kemas kan tisu-tisu yang melekat di pipi ibu. Babah duduk bertenang sekejap di kerusi sebelah ibu. Dalam beberapa saat, babah rasa pelik kenapa ibu tak bernafas macam biasa. Babah panic Rasa nafas ibu di hidung.. Tak ada Rasa nadi ibu di pergelangan tangan.. Tak ada Babah menjerit panggil jururawat. Jururawat terus berlari masuk bilik untuk tengok ibu Babah turun ke bawah Babah tak boleh terima, Dan babah tahu ibu memang dah tak ada.
Allah Pinjamkan Ibu Untuk Kita.. Sekejap Je
Ammar.. Rania 1 day, kalau terbaca ni semula Babah cuma nak korang berdua tahu Walaupun hanya Abang Ammar saja dapat rasa moment hari ibu pergi.. Harap Ammar & Rania faham kenapa ibu “pergi tinggalkan kita” Bukan ibu tak sayang Tapi Allah pinjam kan ibu untuk kita Sekejap je.. Ammar cuma sempat 2 tahun 2 bulan Rania cuma sempat ibu dukung 4 bulan saja Babah beruntung sikit dengan kamu berdua. Sempat 4 tahun 2 bulan Tak lama macam mana anak-anak yang lain Tak lama macam mana babah & nenek Tapi percayalah Ibu sedang tunggu kita kat sana
Genap Awak Pergi Sebulan..
Ingat pesan babah. Bila abah pun dah tak ada Rajin-rajin jengah kubur bila rindu Kalau teringat, terus tadah tangan “Doa” Minta Allah tautkan rindu kita dalam mimpi Minta kita semua semula bersama 1 keluarga Genap awak pergi sebulan hari ni Macam mana lagi setahun akan datang? Harap Allah berikan kekuatan & kesihatan berpanjangan buat kita 3 beranak
Rasa Macam Mimpi Yang Panjang
Perkahwinan bukan cari persamaan Bukan cari apa yang kita suka Atau kita boleh lari dengan apa yang kita tak suka Persamaan belum tentu membahagiakan Perbezaan itulah tanda “saling melengkapi” Jika kita saling memahami Terima kasih sebab sama-sama telan Pahit Manis Maung bersama Abang Sampai hari ni abang rasa macam mimpi Mimpi yang panjang sgt Mengharap mimpi ni janganlah jadi kenyataan Nordiana Bidin (Dee Ana) Wanita sempurna dalam hidup kami sampai akhir hayat Ingat pesan abah JANGAN LUPA IBU
MW : Al Fatihah.. semoga Allah tempatkan Allahyarham Nordiana Bidin di kalangan orang-orang beriman dalam taman-taman syurga yang indah. Dan suami serta anak-anak diberi kekuatan hati hadapi ujian hebat ini.
Cinta pertama sukar ditukar ganti, 25 tahun bersahabat kini bergelar suami isteri. Sosok wajahnya yang tampan selain aktif dalam politik membuatkan Budi Djiwandono terkenal dalam kalangan warga tempatan.
Justeru itu perkahwinan Wakil Ketua Umum DPP Parti Gerinda yang juga anak saudara Prabowo Subianto menjadi tumpuan bukan saja kerana wajahnya yang tampan dan isterinya, Mila Gunawan yang cantik tetapi kerana mereka sebenarnya saling mengenali sejak 25 tahun lalu.
Cinta Pertama Sukar Ditukar Ganti
Boleh dikatakan first love namun kemudian terpisah kerana masa. Walau pun Mila adalah cinta pertamanya dan dirinya boleh merebut seperti mana kita baca banyak di media sosial tetapi Budi bersikap gentlemen kerana pertemuan mereka hanya berlangsung ketika Mila sudah bercerai lama. Ia umpama sebuah kisah novel yang ditulis dan di akhiri dengan happy ending.
Memeluk agama Islam sebulan sebelum majlis nikahnya 29 Disember lalu, tulis Budi, “Sebuah perjalanan persahabatan yang dimulai 25 tahun lalu, dan kini berkembang menjadi lebih baik lagi,” tulis Budi di intagramnya tahun 2021. Dan Jumaat lalu, keduanya disatukan dengan penuh kemewahan.
25 Tahun Bersahabat Kini Bergelar Suami Isteri
Mula mengenali pasangan pada tahun 1996, lelaki berusia 42 tahun ini tampak kacak mengenakan persalinan sut berwarna biru dan kemeja putih manakala Mila tampak cantik mengenakan gaun pernikahan warna putih, rupanya Mila adalah cinta pertama Budi Djiwandono dan sangat gembira dengan penyatuan mereka sebagai suami isteri.
“Hari penuh kebahagiaan yang saya nanti dan mimpikan akhirnya tiba. Saya bersyukur di hadapan keluarga dan sahabat terdekat, saya bisa menjalani prosesi ijab kabul dengan lancar. Terima kasih atas doa restunya. Aku sangat gembira dan berterima kasih atas kesempatan yang diberikan kepadaku. Inilah perjalanan ke depan, hari-hari berikutnya, dan tahun-tahun mendatang,” ungkap Budi.
Sama cantik sama padan, kedua mempelai yang berkenalan 25 tahun lalu akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Foto: @budidjiwandono.
Ternyata kisah asmara Budi dan Mila ini membuat warganet teruja kerana kisah cinta di dalam novel ternyata ada di dunia nyata.
“Hari suami meninggal, baru tahu saya isteri kedua. Selama ini hari-hari suami ada di rumah kecuali dia selalu out station. Sampailah hari dia meninggal di rumah saya dan ada perempuan jatuh di tangga (iaitu isteri pertama) menangis-nangis.
Lihat video penuh di Youtube & Facebook Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat artis lagenda tanahair, Datuk Awie yang selamat menimang cahaya mata keenam, manakala yang pertama buat isterinya Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 34.
Pada usianya 53 tahun khabar tersebut cukup gembira dan bermakna buat dirinya. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Oktober 2016.
Datuk Awie Selamat Timang Anak Keenam
Perkongsian menerusi status di laman sosial Facebooknya, Awie menerangkan anak kesayangnya itu telah selamat dilahirkan pada hari Isnin lalu.
Kongsi Awie, “Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, Syukur keduanya sihat selalu.
“Bahagia ku dengan kehadiran mu, menambah seri didalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!” tulisnya.
Hadiah Berganda
Mengimbas kembali kisahnya yang ditemubual menerusi portal SinarPlus sebelum ini, Awie mengharapkan sinar baharu untuk tahun 2021.
Apatah lagi pada bulan pertama tahun baharu ini, Awie meraikan dua perkara penting dalam hidupnya.
Ketika itu, dia menjelaskan bukan sahaja bakal tampil dengan Filem TV (FTV) pertama terbitan syarikat produksi miliknya, Rumah Produksi Merah, tetapi juga bakal menyambut kelahiran cahaya mata keenamnya, dan pertama bersama isteri.
“Syukur Alhamdulillah pada bulan Januari ini, saya bakal meraikan dua perkara menarik dalam hidup.
“Kebetulan FTV pertama keluaran syarikat produksi saya iaitu 10 Tips Tipu Bini menemui penonton pada 7 Januari dan pada pertengahan bulan pula, saya akan menimang cahaya mata keenam,” kongsinya.
Sentiasa Psiko Diri Dengan Perkara-Perkara Positif
Meskipun sibuk dengan pelbagai perancangan untuk kerjaya seninya, Awie mengakui tidak lupa membuat persiapan menyambut kelahiran cahaya mata baharunya.
“Syukur pada usia 52 tahun ini, saya masih diberikan rezeki untuk menimang anak. Jadi apa yang perlu saya lakukan tentunya menjaga kesihatan dengan sebaiknya.
“Tak naklah nanti bila hantar anak ke sekolah, ada yang ingat saya ni datuk kepada anak pula.
“Jadi saya sentiasa psiko diri dengan perkara-perkara positif untuk pastikan diri kekal fit,” akhiri Awie.