Bukan mudah bergelar anggota bomba, apabila berdepan dengan risiko nyawa menjadi taruhan ketika melaksanakan tugas. Terkini dilaporkan Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat yang cedera parah dalam operasi memadam kebakaran kilang Sabtu lalu meninggal dunia pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail, berkata Pegawai Bomba (PB) Mohd Firdaus Sulaiman, 32, meninggal dunia pada jam 4.15 pagi di Hospital Segamat.
“Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sikamat, Negeri Sembilan,” katanya hari ini.
Letupan Dalam Operasi Memadam Kebakaran Kilang
Dalam kejadian jam 10 pagi Sabtu lalu, seorang pegawai bomba dan seorang anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang cedera parah, manakala seorang lagi pegawai bomba melecur akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu.
Anggota ERT kilang yang parah dikenali sebagai Mohamad Azuraini Mahrani, 40, manakala pegawai bomba yang melecur adalah Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP) Syed Putra Syed Mohd Al Atas, 52.
Allahyarham Mohd Firdaus Sulaiman yang meninggal dunia selepas cedera parah dalam letupan ketika operasi memadam kebakaran di kilang.
Tercampak 10 Meter
Kesan letupan menyebabkan Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini yang berada di tingkat tiga tercampak kira-kira 10 meter ke tingkat bawah manakala Syed Putra yang berada di tingkat bawah melecur di belakang kepala selepas terkena bahang letupan.
Ads
Akibat kejadian itu Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat, manakala Syed Putra menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga Pegawai Bomba atas tragedi ini sehingga kehilangan nyawa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Alfatihah.
Uyaina Positif Covid-19 gejala dialami teruk, menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mendedahkan dirinya dan suami kini dijangkiti virus Covid.
Kes harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan, ramai yang dijangkiti termasuklah golongan selebriti. Terbaru Uyaina dan suami, Raja Syahiran dijangkiti Covid-19 sejak beberapa hari lepas.
Akui Uyaina suaminya hanya menjalani kuarantin di rumah manakala dirinya pula terpaksa ditahan di wad akibat mengalami tekanan darah rendah dan badan lemah.
Uyaina Positif Covid-19 Gejala Dialami
Malah menerusi coretannya juga Uyaina menerangkan gejala yang dialami teruk hingga menyebabkan seluruh badannya berasa sakit. Pengalaman paling tidak dapat dilupakan pada hari kedua dan ketiga dijangkuti virus Covid-19 apabila dia terpaks merangkak untuk ke tandas.
“Lain orang mungkin rasa berbeza apabila kena Covid-19. Ada orang mungkin simptom sederhana.
“Tapi badan saya rasa sakit sangat-sangat terutama hari kedua hingga ketiga dijangkiti. Nak jalan pergi ke tandas pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul.
“Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak bernafas. Demam menggigil dan paling bahaya sebab kacau organ dalaman.
Nikmat Kesihatan Kena Jaga Baik-Baik
“Ini sakit dah cucuk vaksin. Bayangkan orang yang tak ambil vaksin langsung? Antivaksin? Tak tahu macam mana teruknya badan mereka.
“Saya kongsi gambar ini untuk ingatkan diri sendiri tentang apa rasanya badan sihat.
“Untuk mengingatkan kami yang nikmat paling besar Allah bagi adalah kesihatan.
“Kita kena jaga baik-baik. Kekal selamat semua.
“Saya doakan anda tak kena Covid-19 terutama orang-orang tua dan kanak-kanak sebab tak tahu bagaimana badan mereka nak terima.
“Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan covid,” luah Uyaina.
Pernah tengokkan video rahsia sihat Tun Dr Mahathir Mohamad ikut petua ibunya, “Berhenti makan bila rasa makanan tu sedap.” Haa.. Pakar Bidan & Sakit Puan, Dr Hamid Arshat pun ada 11 petua awet muda yang diamalkan sejak muda macam apa yang Perdana Menteri ketujuh kita lakukan.
Sebab itulah, walau dalam usia 73 tahun, Dr Hamid Arshat masih sihat dan mampu melakukan pembedahan demi pembedahan untuk pesakit-pesakitnya sama ada kelahiran mahupun rawatan fibroid dan sebagainya.
Hebat bukan.. untuk generasi muda, ambillah tip yang dikongsikan ini sebagai amalan peribadi agar tubuh kita sihat dari sebarang penyakit berbahaya. Sekali gus menjimatkan kos rawatan diri mahupun perubatan di masa hadapan.
11 Petua Awet Muda Dr Hamid Arshat Macam Yang PM Saran
1. Bila umur sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu penghidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi-fungsi otak semakin terganggu sehingga fungsi-fungsi asas saperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukkanya.
2. Sebenarnya sel-sel otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umur dengan syarat orang berkenaan mengamalkan cara dan gaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity).
Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti-aktiviti kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur-jalur maklumat dan sambungan-sambungan synapses, masih ada ruang untuk peningkatan. Otak kita saperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.
3. Rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat-ayat Al-Quran kita perlu baca berulang-ulang tidak kurang dari 40 kali. Ulang baca bila-bila masa, ketika solat atau memandu kereta dan di mana saja kita berada.
Saya hafal beberapa surah di antaranya Al Mulk, Al Sajadah, As Saff, Al Insan, Al Qiyamah, separuh Al Waqiah dan lain-lain. Kena selalu baca untuk terus ingat.
Disamping menghafal Al Quran kanak-kanak perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira-kira dan hitungan, cuba jangan bergantung kepada calculator atau komputer. Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini mungkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.
4. Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain beri menfaat kepada kesihatan tubuh badan, membantu cegah penyakit-penyakit kencing manis dan darah tinggi, ia juga banyak beri kebaikan kepada otak.
Menambah sel-sel neuron, kuatkan sambungan dan cegah kerosakkan neuron. Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yang meningkatkan fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan di samping melancarkan aliran darah keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.
5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya – berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dan lain-lain. Dalam proses membina hobi kita kena timba ilmu dalam bidang yang kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan kemahiran-kemahiran yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.
6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak saperti membuat panggilan telefon serta menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan lupa di mana kita letak barang tersebut.
7. Cukup tidur; 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses) dan seterusnya meningkatkan peroses-proses pembelajaran dan ingatan. Kajian ke atas kanak-kanak selepas tidur siang hari menunjukkan ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.
8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat ini dan saya dapati orang-orang Jepun dan Korea juga berbuat demikian.
Saperti Imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia boleh mengingat semula segala yang dicatitkan di tapak tangan. Satu kajian ke atas kanak-kanak yang bertabiat melukis tentang perkara-perkara yang baru dipelajari didapati berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.
9. Makan terbaik untuk otak. Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur-sayur dan buah-buah sangat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohidrat, fast dan junk foods kerana meracuni sel-sel otak.
Khasiat Tumbuhan Alami Untuk Makanan Otak:
√ Kunyit dan kari : dikatakan mencegah timbunan amyloids dalam yang menyebabkan alhzeimer. Membersihkan salur darah dalam otak. Meningkatkan ingatan, meningkatan pertumbuhan sel-sel neuron. √ Celery, peppers dan carrots : mengandungi luteolin yang mencegah kerosakkan sel-sel neuron. √ Broccoli dan cauliflour serta kuning telur : mengandungi choline iaitu amino asid yang meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Cegah tindakan racun otak. √ Kacang walnut, macademia dan almond nuts, ikan makeral dan salmon : mengadungi omega 3/ DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkat fungsi otak dan pemulihan sel-selotak. √ Pisang, sayur-sayur hijau dan beans : mengandungi magnesium yang berfungsi mempercepat transmisi maklumat2. Magnesium meningkatkan aliran darah ke dalam otak. Kajian ke atas kanak yang diberi makan pisang waktu sarapan kecerdasan otak mereka melonjak. √ Daging lembu : adalah sumber B12 yang penting bagi pertumbuhan sel-sel otak. √ Blue berries : mengandungi antioxidant dan phyto kimia yang meningkatkan pembelajaran pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakkan sel-sel otak. √ Extra virgin olive oil, minyak kelapa dara (VCO), fish oil dan krill oil : adalah makanan-makanan otak yang berkesan untuk mencegah penyakit alhzeimer dan nyanyuk.
Makanan tersebut menggalakan pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi-fungsi otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.
Brain games yang boleh dilakukan secara online.
10. Permainan otak / brain games. Dalam internet terdapat beberapa websites seperti Luminosity. Permainan ini merangsang otak meningkatkan kemahiran untuk membaca, fahaman dan hafalan.
11. Cegah stress dan rawat penyakit-penyakit. Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari pelbagai punca. Stress meracuni sel-sel otak dan merosakkan jalur-jalur maklumat. Fungsi otak dan ingatan menurun akibat stress.
Penyakit saperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana boleh mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksigen ke dalam otak dan seterusnya merosakkan fungsi otak dan ingatan.
Akaun Tik Tok Adira Suhaimi disekat, “inilah tempat saya cari rezeki selama ini. Baru ini nama Adira menjadi perhatian ramai termasuk dirinya nekad meminta cerai dari pasangannya, Datuk Red.
Datuk Red yang kini diuji dengan masalah kewangan termasuk mengaku sudah lama bangkrup mengakui terpaksa menumpang belas ikhlas dari isteri keduanya itu yang banyak menyara keluarga. Malah dirinya turut berkongsi detik pengenalannya bersama pelantun lagu Kesempatan Bersamamu.
Akaun Tik Tok Adira Disekat
Inilah Tempat Saya Cari Rezeki Selama Ini…
Dalam pada kisah perceraian mereka belum selesai, Adira Suhaimi diuji bila mana akaun Tik Toknya telah dibanned tanpa sebab yang jelas.
Mempunyai jumlah pengikut 879.1k dengan 13.5 tanda suka, Adira nyata bersedih kerana di platform itulah punca rezekinya selama ini.
Tulisnya, “Selamat tinggal. Akaun inilah punca rezeki Ami selama ini,” katanya yang turut berkongsi akaun Tik Tok terbarunya, @adirasuhaimi_.
Bagi sesiapa yang mengikuti Adira sebelum ini, jangan lupa follow akaun barunya itu ya. Semoga dipermudahkan.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...