Tak susah sebenarnya nak buat hati isteri gembira. Suami cuma perlu manja manjakan isterinya. Tak perlu suami paksa diri buat selalu.
Sesekali layan pun dah memadai untuk isteri. Dia tak minta pun, tapi kalau suami buat hatinya jadi bahagia, nanti suami pun berganda bahagia sama.
Menarik betul perkongsian Akhtar Syamir yang tak pernah lokek nak kongsi Me Time dengan isteri, apatah lagi nak manja-manjakan isteri.
10 Benda Mudah Ini Boleh Gembirakan, Manjakan Isteri
1. Layan Cerita Yang Dia Nak Layan
Kalau dia minat Hindustan, pilih satu masa yang korang boleh teman dia tengok movie yang dia suka. Jangan tidur, tengok dengan bersungguh-sungguh walaupun korang memang tak berapa minat cerita tu.
2. Belikan Makanan Kegemaran Dia
Terdengar dia teringin nak makan nasi kerabu atau mee bandung? Usahakan. Set dalam minda, bila ada kesempatan, nak cari makanan tu. Bungkus bawa balik je. Dapat dia senyum sikit pun dah cukup.
3. Sediakan Tempat Tidur Selesa Untuk Isteri
Pilih satu hari. Lepas makan kenyang, biar pasangan dalam bilik. Pasangkan kipas, kalau ada aircond, onkan. Sediakan tempat tidur yang selesa. Bawa anak-anak keluar dari bilik dan suruh dia kunci pintu.
Lagi best kalau dapat sediakan air panas untuk dia mandi dengan sabun yang wangi. Bagi beberapa jam dia nikmati ketenangan masa bersendirian. Biar dia nak buat apa pun. Fokusnya ialah untuk dia rehat, beri ruang dan kebebasan untuk dia buat apa dia nak.
4. Raikan Orang Yang Terdekat Dengan Dia
Jika mak dan ayah dia ada, ajak keluar, belanja makan atau jalan-jalan. Tak mampu pergi jauh dan lama, pergilah yang dekat dan sekejap. Asalkan korang habiskan masa meraikan orang yang pasangan korang sayang.
5. Gosokkan Tudung Isteri
Ambil 5 helai tudung pilihan dia, dan 5 pasang baju dia. Lepas tu gosokkan. Lepas gosok, letak elok-elok supaya dia boleh pakai bila-bila pun. Biar dia pilih sendiri. Kita gosokkan je. Mesti senyum meleret punya.
6. Manjakan Dia
Mulakan dengan mandikan dia. Syampukan rambut dan sabunkan satu badan. Lepas mandi, lapkan rambut untuk dikeringkan. Pakaikan baju dan sikatkan rambut dia. Nak lagi bagus, urutkan badan, bahu, tangan dan kaki. Layan dia macam dia dapat layanan di SPA. Bezanya, anda yang buat dan kemungkinan dapat sesuatu yang menguntungkan kedua-dua orang.
7. Masak Untuk Dia Dan Buatkan Air Untuk Dia
Air panas ke, air sejuk ke, yang mana dia suka. Masak je apa-apa. Kalau ada usaha lebih, boleh cuba masak apa yang dia suka. Belajar dan buat. Mesti dia suka. Sedap tak sedap tu belakang kira.
8. Bawa Dia Pergi Watson Atau Guardian
Kalau banyak duit, bawa pergi Sephora. Bagi seberapa banyak yang mampu dan biarkan dia melayan diri kat dalam tu. Jagakan anak, jangan ganggu dia. Kadang-kadang diorang ni nak tengok-tengok je. Kalau beli pun ikut kemampuan.
9. Ambil Tahu Tentang Rambut Dia
Rambut perempuan ni perlukan penjagaan. Belanja la pergi Salon sekali dalam 6 bulan atau setahun. Rasanya kos dia dalam RM100. Jaga anak-anak, biar dia borak dengan tukang gunting wanita. Jangan pilih Salon yang ada lelaki. Nanti benda yang baik jadi dosa pulak.
10. Bila Ada Duit Lebih, Bagi Kat Isteri
Contohnya beli barang kat pasar, ada baki. Kalau mampu, biar je dia simpan. Tak perlu ambil tahu berapa bakinya. Benda ni nampak mudah, tapi untuk suri rumah yang tiada pendapatan, ini sangat menyeronokkan. Kalau ada rezeki lebih, bagi je lagi banyak. Semuanya ikut kemampuan masing-masing.
Isteri Yang Gembira, Akan Menggembirakan Suami & Keluarganya
Tak susah mana pun nak gembirakan hati isteri. Jangan jadikan ianya masalah. Ada 10 cara kat sini, bukan suruh buat semua terus. Cubalah satu-satu yang mana paling senang.
Apa gunanya gembirakan hati isteri? Mudah je, kena percaya, isteri yang gembira bakal menggembirakan korang sekeluarga.
Nanti saya tulis apa yang isteri boleh buat untuk suami pula. In Shaa Allah. Korang cuba la ye, kalau dah pernah buat, baguslah. Kalau belum, cubalah dulu.
Kepada para isteri, yang nombor mana korang paling suka? Ada tak benda lain yang boleh saya tambah dalam list tu?
SHARE penulisan ini ye. Semoga makin ramai isteri yang gembira di dalam dunia ni.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa. Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI