Terbukti Anak Yang Baik Dengan Ibu Bapa, Hidup Dipermudahkan, Doa Dimakbulkan

Ada orang direzekikan menjaga orang tuanya sehingga ke akhir hayat, ada orang pula diuji jauh dan susah nak jenguk kedua ibu bapanya. Apa pun ujian yang tuhan beri, janganlah pernah berhenti buat baik, memberi bakti seorang anak kepada kedua orang tuanya.

Dan ingatlah pesanan yang dikongsikan Da’i Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Abdul Razak ini, tentang ganjaran akan kebaikan yang anak peroleh apabila berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.

Pesan Da’i Hamidah,

Buatlah baik dengan ibu bapa kerana banyak dah terbukti orang yang baik dengan ibu bapa jalan hidupnya selalu dipermudahkan bahkan doanya dimakbulkan oleh Allah Taala asbab kebaikanya berbakti kepada kedua ibu bapa.

Ads

Ajaib bukan ? Itulah betapa berharganya ibu bapa kita. Jagalah, sayangilah mereka jangan sesekali biarkan mereka kecewa dan menitiskan air mata kerana kelakuan kita.

Sebab itulah, walau pun anak jauh dari kedua orang tua, masih ada kemudahan teknologi untuk hubungi mak ayah. Boleh saja buat video call, atau whatsApp voice note atau apa saja caralah asalkan hubungi mereka sekerapnya.”

Tanya perkembangan mak ayah, sihat kah atau sebaliknya. Jika keputusan makanan, boleh buatkan belian barang basah online untuknya. Macam-macam cara mudah boleh dibuat sekarang untuk anak terus berbakti dengan orang tuanya. Kadang perkara simple-simple macam inilah yang buat hati mak ayah bahagia.

Ads

Sayu Tengok Mak Makin Tua..

Kata Da’i Hamidah yang berkongsi gambar dengan ibu sebelum PKP,

Ini mak saya, di saat abah saya pergi buat selama- lamanya ketika habis sahaja program Dai, mak la tempat saya rujuk untuk dapatkan mutiara kata. Sayu plak tengok mak semakin tua, selalu bangun malam untuk doakan saya , baca yassin utk setiap urusan saya. Ya Allah rahmatilah ibu bapa kita semua.”

Ads

Begitulah seorang ibu, sama ada anak sedari atau tidak sedari ibu tetap mendoakan anak-anaknya. Bangun malam bermunajat pada Ilahi agar dipelihara anak-anaknya dan dimurahkan rezeki sentiasan. Selagi ibu masih ada, teruslah sayangi mereka.

MW : Jangan nanti bila mak ayah dah tiada, baru hati nak rasa menyesal. Waktu itu kerinduan tak berbalas itulah yang paling sakit sekali.

Sumber/Foto : Dai Hamidah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI