Terbongkar! Sisi Gelap Pelajar IPT, Nampak ‘Muslimah’ Tapi Ada ‘Sugar Daddy’ Dapat RM5K Sebulan!

Share

Nampak muslimah tapi di sebalik tudung itu ada sikap yang boleh buatkan kita mengucap panjang. Semua ni kerana pengaruh dan masalah dalam diri sendiri.

Tak mustahil, ada pelajar IPT yang sememangnya bijak pandai tapi dari segi sosial tidak begitu ‘pandai’. Sanggup pertaruhkan maruah kerana wang ringgi dan kebebasan.

Mak ayah di kampung yang menaruh kepercayaan pada anak-anak, kelak dapat membantu keluarga. Tapi, dek kerana hawa nafsu di bandar membuatkan perempuan yang nampak muslimah ini terjerumus.

Nikmati hidup dan tak mendapat kasih sayang daripada keluarga menjadi penyebab mereka sanggup lakukan seperti ini, hingga sanggup ambil jalan singkat untuk kaya dengan cepat.

Inilah antara perkongsian daripada Iqbal Hakim ketika bertemu dengan beberapa orang pelajar perempuan IPT yang nampak muslimah bila balik ke rumah orang tua tapi rupanya dijaga oleh ‘sugar daddy’.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah Jangan Terlalu Ikut PERMINTAAN ANAK, Bukan Tak Sayang, Latihlah Anak Rasa KECEWA

‘Kerana Sebuah Rumah’, Anak Perempuan Terima ‘Hukuman’ Diperintah Beri Nafkah Mak Ayah Sepanjang Hayat

Nampak Muslimah Tapi Ada Sugar Daddy

Ini kisah pelajar IPT di Lembah Klang, Melayu Islam. Baru 2 hari lepas.

Mereka ini satu geng seramai 6 orang. Bersembang dengan orang yang pertama, namanya Syaya (bukan nama sebenar).

Saya pun tanya soalan pertama, “umur berapa?”

Syasya jawab, “baru 20 tahun”.

Saya terus cakap, “oh muda lagi, lebih kurang lepasan SPM”.

Saya tanya lagi, “solat jaga tak?”

Syaya respon, “sejak kecil memang tak pernah solat. Mak ayah ada je suruh, tapi bila masuk bilik tak solat, rasa malas”.

Sembang punya sembang, Syaya pun cerita yang dia ada akaun DS twitter dan channel telegram untuk post benda 18*+ tu. Katanya boleh buat duit, orang bayar untuk dapat akses.

Dalam hidup dah lebih 100 kali buat s+ks, dengan pakwe yang bertukar-tukar. Sejak umur 13 tahun bergiat dengan benda ni. Banyak stok pil cegah mengandung.

Pernah termengandung 2 bulan, terus makan pil untuk gugurkan.
Bila dia cerita, saya pun terkaku jap, jarang dengar pengakuan dari mulut tuan badan sendiri.

Syasya sambung lagi. “Sekarang ada sugar daddy, sekali keluar dapat RM150 tu paling minimum. Kalau rajin lagi, sebulan boleh kumpul lebih RM5000. Tak buat apa pun, keluar teman lelaki bekerjaya minum-minum je”.

Kalau nak kata pergi clubbing dan minum arak tu dah biasa sangat, seminggu 4-5 kali pergi. Bila ditanyakan kenapa rasa nak pergi, katanya “You Only Live Once, masa muda ni nak nikmati hidup”.

Keluarga Tidak Hargai

Saya tanya lagi, “mak ayah tak tahu ke buat benda macamni”.

Syasya jawab, “oh mereka tak tahu. Sekarang je pakaian teruk macam ni, balik rumah jadi muslimah sejati. Kalau mereka tahu i dah jadi anak angkat dah sekarang”.

Macam-macam lagi dia cerita, saya mula tanya sebab buat semua tu.

Syaya bagitahu, “mak ayah selalu tak appreciate. Dulu i dapat 4A 4B dalam SPM, tapi parents bebel yang B je, yang A tak hargai.”

“Parents sibuk kerja, tak membesar sangat dengan mereka. Banyak duduk dengan kawan-kawan.”

“IPT kami pun lebih 80% students perangai macam kami, so biasa je benda ni, ramai buat benda yang sama. Sebab kawan-kawan tu ada lah juga sikit.”

Awalnya sembang di kedai makan, kemudian mereka bawa ke rumah mereka untuk perkenalkan rakan-rakan yang lain. Ini baru kisah Syaya, ada 5 orang lagi kisah kawan-kawannya yang lebih gelap.

Jangan Remehkan Kasih Sayang Anak

Mak ayah jangan ambil remeh dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak. Fitrah manusia perlukan kasih sayang. Jika tak dapat melalui mak ayah, dia akan cari orang lain. Mak ayah kena mula periksa aktiviti anak-anak, cuba lah tanya kawan sekelas dan sebilik.

Paling penting, pilihlah circle yang ada biah solehah. Kawan-kawan di universiti ni banyak memberi pengaruh kepada sikap dan tindakan seseorang tu. Jangan tersilap masuk lubang biawak, nanti susah cari jalan keluar.

Ini tanggungjawab kita bersama untuk mendidik masyarakat terutamanya remaja. Dakwah tak sampai kepada mereka ni, banyak lagi lubang yang perlu kita gali.

Moga kita, anak-anak dan kawan-kawan kita dijauhkan daripada perbuatan sebegini.

Mingguan Wanita : Tak semua pelajar IPT berperangai begini. Mungkin sesetengahnya lakukan begitu atas sebab tertentu. Moga anak kita dijauhkan.

Sumber: Iqbal Hakim

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora