Terbangun TENGAH MALAM Malas Solat Sunat Takpa Kita Cuma PANGGIL Allah

Share

Ya Allah sebaknya tengok video perkongsian dalam Instagram Pencetus Ummah Amin.  Video yang mengajak kita PANGGIL Allah. Beliau mengajak followernya mengambil masa sekejap bersamanya menghayati rintihan seorang pendakwah dalam video tersebut.

“Puas kita dengan dunia, segala nikmat kita dah rasa, kenyang dah kita tapi macam mana hubungan kita dengan Allah. Allah terima kita ke? Saya mohon sahabat ambil masa sekejap je tengok.

“Saya ulang banyak kali tetap mengalir air mata. Waktu tahajud PANGGIL Allah, sembang dengan Allah, merayu dengan Allah. Aku nak macam-macam Ya Allah tapi aku jauh ya Allah. Ya Allah, ampunkan dosa kami ya Allah,”kongsi beliau.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/wanita-cuti-pun-boleh-kejar-lailatul-qadar-ini-perkongsian-mira-filzah/

https://www.instagram.com/pencetusummah_amin/?hl=en

Mudah-Mudahan Kita PANGGIL Allah, Kita Masuk Dalam Golongan Allah Sayang

Berikut adalah intipati video rintihan yang mengajak kita memanggil Allah.

Saya nasihatkan diri saya dan tuan-tuan…

Terbangun tengah malam, kita malas sembahyang sunat takpe. Kita cuma PANGGIL Allah…

Terbangun tengah malam, tuan-tuan malas nak ambil wuduk, tuan-tuan duduk sekejap. Tuan-tuan  PANGGIL Allah.

Sambil tuan-tuan sebut nama Allah…tuan-tuan cakap dalam hati

Ya Allah dosa aku banyak, ampunkan lah

Ya Allah, salah aku banyak, Ya Allah maafkanlah

Ya Allah, dulu aku lalai Engkau bagi aku umur Engkau bagi rezeki aku tak pernah tolak pun

Engkau bagi harta aku ambil

Engkau bagi aku sihat aku ambil tapi aku tak dapat dekat dengan Engkau

Ya Allah, aku jauh dengan Engkau.

Ya Allah umur aku makin lama makin hampir kepada kematian tapi aku seolah-olah tidak mengingati akan kematian dan aku tidak merasakan akan mati itu.  

Ya Allah, apa yang ada pada aku sekarang Engkau bagi. Terima kasihlah

Terima kasih Ya Allah, terima kasih ya Allah

Mudah-mudahan dengan kita selalu panggil Allah, kita masuk dalam golongan yang Allah Sayang

Pujuk Hati Yang Degil

Ilmu yang sangat menjentik hati saya, mesejnya begitu menusuk. Semoga video rintihan ini menyentuh hati kita untuk PANGGIL Allah. Betapa kita lupa diri kita siapa, kita leka dengan nikmat yang Allah bagi.

Pujuklah hati yang degil untuk dekat dengan Allah. Belum terlambat untuk kita berubah. Semoga kita semua mendapat husnul khotimah. Amin ya rabb.

Sumber: Instagram pencetusummah_amin

Published by
intan rohaizat