Terapi Pil Belon,Penurunan Berat Badan Alternatif Tanpa Perlu Pembedahan
Gambar sekadar hiasan

Terapi Pil Belon sebagai pilihan alternatif menurunkan berat badan tanpa perlu pembedahan? Siapakah yang boleh melakukannya dan sejauh mana keberkesanannya?

Kaedah unik versi terbaharu dan sangat menarik ini mampu memberikan penyelesaian pengurusan berat badan pesakit luar bagi mereka yang lebih suka tidak menjalani prosedur yang lebih invasif.

Belon Intragastrik 

Intragastric Balloon Elipse dari Allurion yang baharu direka untuk membantu mereka yang ingin untuk menurunkan berat badan melalui diet yang lengkap tanpa pembedahan.
Elipse adalah belon intragastrik pertama yang boleh dimasukkan dan dikeluarkan tanpa menggunakan endoskopi, anestetik atau pembedahan.

Teknologi canggih ini adalah pendekatan baru untuk menurunkan berat badan yang membolehkan pesakit mengurangkan berat badan rata-rata hingga 15 kg dalam jangka masa empat bulan.

Terapi Pil Belon,Penurunan Berat Badan Alternatif Tanpa Perlu Pembedahan
Kateter dimasukkan ke dalam belon, yang dilipat dalam kapsul.
Durasi Rawatan Hanya 4 bulan

Belon Elipse ini adalah rawatan terbaharu untuk mereka yang mempunyai bacaan BMI melebihi 26kg/m2. Kelebihan utama belon intragastrik adalah ia memberikan pilihan alternatif kepada mereka yang tidak mahu melalui pembedahan bariatrik.

Belon Elipse ini adalah bahan lembut yang diletakkan di dalam perut anda dan merupakan belon intragastrik pertama yang tidak memerlukan sebarang pembedahan, endoskopi, atau anestesia untuk penempatan atau penyingkiran.

IKLAN

Kateter dimasukkan ke dalam belon, yang dilipat dalam kapsul. Proses menelan dan mengisi belon itu dengan air mengambil masa cuma 20 minit dan boleh dilakukan hanya oleh pakar yang terlatih.

Setelah kira-kira 16 minggu, belon akan disingkirkan dan keluar secara semula jadi. Prosedur ini sememangnya merupakan pilihan yang selamat bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan sehingga 15kg.

Konsep di sebalik belon gastrik sama dengan prosedur pembedahan bariatrik yang ketat. Iaitu membatasi jumlah makanan yang boleh masuk ke dalam perut secara fizikal, sekali gus memudahkan pesakit obesiti diet.

Tetapi, bukannya memotong, mengepit, atau mengecilkan perut anda, kaedah belon intragastrik hanya mengisi perut anda dengan belon berisi cecair.

Artikel berkaitan:

Panduan Mudah Perbezaan Antara Coronavirus & Selesema Biasa. Kita Perlu Ambil Tahu!

Pemeriksaan Rapi Untuk Membantu Pesakit Obes

Menurut Pakar Perunding Bedah Umum, Payudara, Endokrin dan Bariatrik, Dr. Kirubakaran Malapan, doktor memantau peningkatan dalam kesihatan metabolisme secara keseluruhannya termasuk bagi tekanan darah, tahap kolesterol dan kawalan gula dalam darah.

Jelasnya lagi reaksi pesakit amat luar biasa. Semuanya gembira dengan hasil program tersebut.Rata-rata pesakit yang menggunakannya akan susut lebih kurang daripada 15 kilogram, kira-kira 10-15 peratus daripada berat badan asal.

Bagaimanapun, katanya, sikap pesakit juga penting dan mereka perlu dipujuk mengurangkan jumlah makanan selain meningkatkan senaman.

Ujar Dr Kirubakaran lagi, pasukan multidisiplinnya akan merumuskan program lengkap untuk membantu diet sihat, rejimen senaman dan yang paling penting adalah mengubah gaya hidup dan kesihatan anda.

“Dengan Intragastrik Belon Elipse Allurion ini, kami optimis bahawa rawatan ini akan menjadikan Gleneagles Hospital Penang dengan tegas sebagai salah satu penyedia penjagaan penurunan berat badan paling selamat di Malaysia.

“Seterusnya akan melengkapkan inisiatif proaktif yang diambil oleh kerajaan untuk mencegah dan menangani epidemik obesiti.”

Prosedur perubatan ini adalah yang pertama di Asia Pasifik dan pada masa ini hanya terdapat di Gleneagles Hospital Penang.