‘Tepung Bunga’ Kuih Orang Ganu Paling Simple, Hanya Guna 4 Bahan!

Share

Setiap negeri pasti ada keunikan kuih tradisional yang tersendiri. Kuih bunga atau tepung bunga ni merupakan salah satu kuih yang cukup popular bagi orang di Terengganu. Katanya selalu dihidangkan sewaktu makan ketika berbuka puasa. Nak buat kuih ni pula cukup mudah hanya guna 4 bahan.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Al Fatihah ini.

“Kuih bunga atau tepung bunga. Kuih orang Ganu paling simple dan cepat buat. Tak sampai sejam dah siap guna 4 bahan je, tepung pulut, air, telur dan gula. Ade jugak orang bubuh santan sikit nak bagi lemak tapi kite ikut resepi mak kita. Kecik-kecik dulu suka tolong mok getey kalu bulan pose. Rase die lembut + liat-liat + manis”

KUIH BUNGA

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung pulut
3/4 cawan air
1 biji telur dipukul
gula secukupnya

Cara Membuat:

  1. Campur air dengan tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sikit lagi.

2. Ambik sikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari. Pastu, celupkan kuih ke dalam telur.
3. Goreng didalam minyak yang panas hingga merekah dan berbunga-bunga. Kalau tak berbunga tak la namanya kuih bunga kan. Jaga-jaga dia meletop sikit..kite pun tekejut.
4. Angkat dan toskan. Salut dengan gula.

Info Ekstra!

  • Doh yang digentel direbus dulu, dah timbul angkat toskan dalam air biasa bagi sejuk dulu. Nanti dah sejuk sejatkan, baru celup telur dan goreng.Nak sedap dan lemak, telur tu letak garam sikit.

Baca Lagi Di Sini:
Campur Ais & Air Sejuk, Rahsia Tepung Goreng Rangup, Tahan Lama!


Tepung Pelita Guna SUKATAN CAWAN, Mudah Sangat Tak Perlu Kukus!

MW: Mudah je rupanya nak buat ‘Tepung Bunga’kuih tradisi negeri Terengganu ni. Guna 4 bahan je dah boleh jadi kuih yang sedap untuk manisan untuk berbuka puasa. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.

Sumber: Nor Al Fatihah

Published by
Suhaidah Abd Wahab