“Tengok-Tengok Je Dah Berbuah” Tanam POKOK BENDI Sesuai Untuk ‘Beginner’ Senang Jaga!

Share

“Tengok-Tengok Je Dah Berbuah” Tanam POKOK BENDI Sesuai Untuk ‘Beginner’ Senang Jaga! Mudah je rupanya nak tanam pokok bendi sendiri di rumah. Bagi mak-mak yang baru nak belajar bercucuk tanam elok tanam pokok bendi ni. Mudah dapat hasilnya nanti, pokoknya tak cerewet ditanam. Boleh jimat belanja dapur.

Boleh jadikan perkongsian daripada Puan Dyra Raisah ini sebagai panduan;

POKOK BENDI KESAYANGAN SAYA SEKARANG.

Tips nak tanam bendi daripada pengalaman saya :

1. Pokok bendi tak cerewet sangat sebenarnya. Yang penting kena pastikan siram selalu sabab jika panas, daun pokok ni mudah layu juga. Tapi kalau layu no problem, siram je air pastu mesti segar balik daun dia.

Saya pernah juga tak siram sehari…hujan pun tak. Hari kedua/ketiga baru siram (lupa sebab busy kerja dalam rumah), tak pernahlah lagi mati setakat ni.

2. Perlu juga baja sekali-sekala supaya berbuah. Kadang-kadang saya baja 2 minggu sekali, kadang-kadang kalau dah tak berbuah baru teringat nak baja.

3. Racun serangga saya tak pernah sembur lagi sebab pokok bendi saya ni setakat ni Alhamdulillah macam tiada serangan haiwan perosak.

4. Jika pokok dah meninggi sampai dah tak boleh petik buah, potong pucuk paling atas pastu tanam dalam pasu/tanah. Dapat 1 lagi pokok baru. Tapi pokok baru ni renek, buah dia pun comel sikit .

5. Daun bahagian bawah yang dah buruk tu kena buang, nanti tumbuh cabang (batang baru) lagi meriah buah.

6. Pokok-pokok saya ni pun dah berusia hampir setahun dan dah tak terhitung berapa biji dia berbuah. Hampir setiap hari ada buah sebab saya ada 7 pokok.

7. Pokok ni sesuai untuk beginner dan orang yang busy sebab senang jaga, senang juga berbuah. Tengok-tengok je dah berbuah kan best! Yang tak nak tanam pokok buah tu bolehlah tanam pokok bendi ni.

Semoga bermanfaat. Happy pulak dapat jadi cikgu kebun..hihi

Mesti Baca: Guna EPSOM SALT Pokok Lebih Cantik, Bunga Besar & Daun Sihat Menghijau!

Baca Lagi Di Sini:BENDI Berbuah Banyak Setiap Cabang, PENTING Apabila Petik, Buang Sekali Daunnya!

Artikel Menarik:Abang Ini Kongsi Tip Goreng Bendi, Jangan Masak Guna Bawang Besar, Elak ‘Berlendir’

Mingguan Wanita:Mudah nak tanam bendi rupanya. Sesuai untuk ‘beginner’ yang nak bercucuk tanam kali pertama.Senang jaga, banyak pula berbuah mengeluarkan hasil.

Sumber: Dyra Raisah

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab