Tengok Sini Chef Jo MasterChef Malaysia Ajar Buat Rendang Ayam ‘Crispy’.. Krik! Krik!

Share

Dah beberapa hari ini, meriah dengan pelbagai komen netizen tentang rendang ayam ‘crispy’. Mana-mana tempat di nusantara ini, ceruk kampung sekalipun memang takkan jumpalah rendang ayam ‘crispy’ seperti yang dimaksudkan oleh juri MasterChef UK tu.

MasterChef Malaysia, Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo turut mempertahankan keaslian masakan rendang ayam, sajian yang sangat berharga ketika ini di nusantara. Beliau turut mempersoalkan kredibiliti juri dalam rancangan tersebut.

Pertikaian tentang kerangupan ayam di dalam masakan rendang ini turut mendapat komen pedas daripada beliau. Bak katanya dalam posting beliau di facebook, “Di mana kredibilitinya seorang juri siri realiti masakan MasterChef yang memang menjadi ikutan ramai seluruh dunia.

Kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai yang tidak rata.”

Terbaru, apabila kedua juri ini ditemubual dalam rancangan Good Moning Britian, Chef Jo masih berasa hairan apabila kedua-dua juri seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Walhal salah seorang juri itu sudah biasa datang ke Malaysia dan pernah pula memasak rendang ayam di Pulau Langkawi.

John Dah Biasa Datang Malaysia

Rancangan realiti masakan MasterChef bukannya ‘live’. Ianya dirakam sebelum ditayangkan untuk tontonan awam.”

Menurut Chef Jo lagi, sepatutnya penerbit harus menapis setiap slot yang ingin ditayangkan. Perbincangan antara penerbit, pengurus “content” beserta dengan juri harus diadakan jika penerbit mendapati ianga dalam keadaan “samar-samar” seperti ketelusan fakta yang digunakan oleh juri.

Setiap hidangan yang disediakan oleh peserta akan dinilai terlebih dahulu melalui hidangan yang harus dirasai oleh juri tanpa rakaman (hidangan tanpa hiasan dari periuk atau dapur peserta memasak). Dari sini juri boleh membuat hujah dan kesimpulan semasa ia mencuba hidangan “sebenar” yang akan dirakam sebenarnya bersama peserta

.

Nampaknya kecuaian dan tidak prihatin oleh semua pihak tentang pengetahuan masakan yang disediakan oleh peserta-peserta amat ketara samada ianya disedari atau tidak disedari.”

John dah biasa datang ke Malaysia dengan rancangan masakannya Malaysian Adventure. Masak rendang ayam di Pulau Langkawi. Mungkin “bodoh tak boleh diajar dan pandai tak boleh diikut” Nah sekarang muncul di kaca TV Good Morning Britian berdolak dalih menegakkan benang yang basah. Bila terhantuk baru nak terngadah.

 

Mungkin Ini Resepi Rendang Ayam Crispy Yang Juri Maksudkan?

Dalam video yang dikongsikan Chef Jo beliau memuat naik cara membuat rendang ayam ‘crispy’ dengan caption “Hi sahabat semua jom kita tonton #masterclass dari #cmkchefmukaketat. Resipi ni dah di “patern” kan hanya untuk dihidang di #symphonybychejo sahaja.

Tunggu kemunculannya tidak lama lagi. Hidangan istimewa ini hanya akan berada selama seminggu sahaja. Jadi tunggu kemunculannya. Kena buat tempahan. Kalau tidak menyesal nanti… mesti cuba. #crispyjohn”

Terdahulu, dua orang juri Masterchef UK, Gregg Wallace dan John Torode mengkritik masakan peserta dari Malaysia Zaleha Kadir Olpin dan menyingkirkannya kerana menyifatkan masakan rendang ayamnya tidak garing.

Sumber/Foto/Video : Johari Edrus

Published by
Netty Ah Hiyer