Kalau baca berita seram kan baca kisah pengasuh yang pelbagai itu. Rata-rata buatkan kita tersentak-sentak sama, terkejut dengan kasar dan kerasnya pengasuh layan anak jagaannya.
Tapi jangan kerana nila setitik, satu Malaysia pengasuh dibenci. Ada yang mulia jiwanya dan benar-benar ikhlas bekerja demi sesuap nasi. Sebab itulah isteri Johan, Ozlynn Wati bahagia meraikan majlis hari jadi wanita yang menjaga anak bongsunya, Nur Latifah Moleiq ketika dia keluar bekerja.
Penjaga Moleiq ini, Ozlyn panggil ‘nurse’. Dan dia mempunyai kisah tersendiri dengan personaliti yang menyenangkan. Apa yang perlu ditempuh demi membolehkan dia mencari sesuap nasi juga berat untuk sesiapa jua lalui.
“Happy birthday Cora!” Tulis Ozlynn dalam instagramnya.
“Kelam kabut dia gi panggil Ariq kat luar sebab kita saja buat kelam kabut konon nak minta tolong Ariq. Sekali dia kena main la Cik Salmah.” Sambung Ozlynn langsung memaklumkan siapakah wanita yang diraikan itu.
Kata Ozlynn lagi, “Dia nurse yang jaga baby sepanjang aku bekerja kat luar. Orang yang tegas tapi penyayang. Dah sebulan lebih jaga baby.”
Tabah Betul Dia.. – Ozlynn
“Banyak benda aku tau tentang dia dan belajar dari dia. Kita ni bersyukur masih boleh kerja di negara sendiri. Nak dengan tak nak je atau memilih dengan tak.”
“Satu malam duduk dengan dia tengok dia cerita. Tahan sebak. Dia cakap kat sini kadang dia dibayar untuk jaga orang tua, baby. Sedangkan anak dia kat kampung sakit.”
“Terpaksa dia tinggalkan sebab nak cari duit lebih kat Malaysia. Bulan 5 hari tu suami dia meninggal. So dia sekarang kena tanggung mak, abang dia yang dah tua dan anak dia yang tak sihat. Tabah betul dia.”
Tengok Aku Suap Anak Makan, Menitik Air Mata Dia
“Kadang dia tengok aku suap anak-anak makan. Dia kat tepi menitik-nitik air mata. Aku nampak dia cuba sorok muka.”
Sebab Ozlynn tak nak buat ‘Cik Salmah’nya sedih, dia pun teruskan kata tanpa pandang muka Cora. Aku suruh dia kerja elok-elok.
“Nanti aku bawa anak kau datang sini melawat kau. Jangan risau pasal duit belanja dan tiket flight. Nanti aku curik duit laki aku sebab dia banyak duit.”
Tergelak dia sambil lap air mata dengar aku cakap.
Dia bukan Islam tau. Tapi dah selalu dengar aku cakap InsyaAllah, dia sendiri sebut, “Yes maam, insyaAllah.”
“Hareyyy betul. Aku lak yang sedih.”
Kata Ozlynn lagi, “Tak susah pun nak bahagiakan orang. Bagi kasih sayang. Iya.. kasih sayang. Percayalah korang akan bahagia juga.”
MW doakan semoga niat Ozlynn mahu membahagiakan Cora diberikan kemudahan OlehNya. Dan sememangnya suka tengok cara Ozlynn dan Johan membesarkan kelima-lima anaknya, Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
Sarat ketegasan, kasih sayang yang tak berbelah bagi.
Sumber/Foto : Jozlynnhanania
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI