Tengku Ampuan Pahang minta gadis mahu kahwini anaknya hentikan angan,”kena ada maruah dan rasa malu…”. Istana Pahang hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan sebaran perkahwinan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dengan seorang wanita bernama Faridah Daud yang mendakwa akan mendirikan rumahtangga bersama Tengku Mahkota tersebut pada April tahun hadapan.
Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, pihak istana menafikan sebarang istiadat perkahwinan Diraja melibatkan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
“Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuatnaik selain daripada Portal Rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my dan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube menggunakan nama Kesultanan Pahang.
“Tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, di hantaran rasmi Kesultanan Pahang, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang selama ini amat mesra dengan rakyat jelata dilihat telah membalas satu hantaran dari pengikut di instagram Kesultanan Pahang yang menyuarakan hal ini.
“Farida daud tak nak dengar statement dalam ni & tengku mana ni tolong la muncul kejap 😢 🙏🏻 dia nak tengku cakap sendiri tu & dia juga banyak kali hina mama tengku tu @nhi_baby_dh4ni
Tengku Ampuan dilihat membalas hantaran @nhi_baby_dh4ni dan menulis agar gadis berkenaan (Faridah) menghentikan angannya. Jelas, Tengku Ampuan lagi, tiada perkahwinan buat anakandanya buat masa ini.
“Anak saya tak perlu cakap. Dia tidak kenal perempuan ini. Saya sebagai ibu, ya menafikan angan perempuan itu. Tidak ada perkhawinan yg akan berlangsung pd 24.4.25. Dan sy minta Mufti Perak jgn layan perempuan ini . Full stop , enough is enough, sebagai seorg perempuan sepatutnya ada maruah dan perasaan malu !
Isu perkahwinan Tengku Mahkota Pahang sering menjadi tumpuan pengikutnya kerana dua anakanda Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah sudah mendirikan rumahtangga berbanding dirinya sebagai anak sulung.
Meninjau instagram gadis yang mengaitkan dirinya bakal mengahwini Tengku Mahkota Pahang ini adalah akaun yang telah diprivasikan (faridah.daud_l) yang mana dirinya telah “menerangkan” tentang majlis perkahwinan mereka pada 24 April 2025.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Raut Wajah Manis, Mesra & Berjiwa Rakyat, Kenali Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah
Tunku Azizah Kembali Bergelar Mahasiswa Di UIAM, “Back To School, Doakan Saya
Tunku Azizah Kongsi Kisah Sedih Siti Nurhaliza Hampir Maut Ketika Lahirkan Aafiyah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE