Tenggelam dalam lumpur panas Gunung Semeru, kucing putih ini ditemui masih hidup. Allah Maha Besar.
Biarpun lumpur ini masih panas, kucing ini masih panjang umurnya apabila ditemui masih bernyawa walaupun rumah pemiliknya hampir tenggelam dek lumpur.
Tenggelam Dalam Lumpur Panas Gunung Semeru
Seekor kucing ditemui dalam keadaan masih bernyawa meskipun tenggelam di dalam lumpur panas semasa letusan Gunung Semeru, Indonesia, lapor laman berita Berita Hits semalam.
Berdasarkan sebuah klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki menemui kucing berwarna putih itu hampir tenggelam di dalam lumpur di rumah pemiliknya.
Dia kemudiannya mendekati kucing tersebut sebelum haiwan itu bangun dan bersembunyi di sebalik kayu-kayu hanyut.
Kucing Putih Ini DiTemui Masih Hidup
“Kuasa Allah, seekor kucing masih hidup di ‘lautan’ lumpur Semeru yang masih panas,” tulis lelaki berkenaan dalam video tersebut.
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen melahirkan rasa kagum dan kasihan melihatkan keadaan kucing tersebut.
Ads
Mohon Selamatkan
“Tolong selamatkan kucing itu, pasti ia haus dan lapar,” kata seorang netizen.
“Minta tolong bawa kucing itu jauh dari kawasan lumpur panas,” kata seorang lagi.
Pada penghujung rakaman, lelaki berkenaan meminta rakannya membawa kucing itu ke lokasi yang lebih selamat. – Agensi
Mingguan Wanita : Kasihan haiwan-haiwan peliharaan yang terlibat dalam bencana ini, mujur kucing ini selamat. Semoga penduduk di daerah ini tabah berdepan ujian ini.
Bila sebut bab hidup bermadu, apa yang tergambar difikiran isteri-isteri saling bercakaran, suami berat sebelah, tak adil dalam soal nafkah dan banyak persepsi ‘seram’ yang dibayangkan.
Beza dengan isteri pertama ini, Nor Ilda Amiza Ismail (Mummy) yang ditakdirkan mengandung, menjalani rutin pemeriksaan kehamilan malah bersalin bersama-sama adik madunya. Ikuti pengalaman unik yang pernah wanita ini lalui sedikit masa lalu.
Dua Isteri Disahkan Mengandung Pada Masa Lebih Kurang Sama
19 April tarikh yang akan diingati selamanya. Lahirnya ‘kembar’ Muhammad Danish Hakeem Mohd Faizal dan Muhammad Rayyan Hadif Mohd Faisal.
Mummy hanya melahirkan seorang tapi dianugerahkan 2 orang putera dalam hari yang sama. Hanya berbeza masa. Pelik tetapi benar. Begitulah indahnya aturan Allah Al Baari.
Kami pergi check up bersama-sama. Di hospital dan doktor yang sama. Masih terbayang wajah confused doktor dan jururawat selepas mummy selesai diperiksa.
Mummy keluar bilik, adik madu pula dipanggil masuk. Tuan Suami pula terus duduk menunggu di dalam bilik doktor sambil berkata “Ini seorang lagi.”
Kalau mengikut EDD, Danish sepatutnya lahir akhir April dan Rayyan pula sepatutnya awal Mei. Namun, siapa pun tidak dapat menidakkan kuasa Allah. Kun faya kun.
Sebaik Isteri Pertama Bersalin, Isteri Kedua Pula Pecah Air Ketuban
Pukul 3 pagi 19 April mummy sudah ada tanda bersalin. Kontraksi sudah kerap. Kebetulan malam itu giliran Tuan suami di rumah mummy. Selepas solat Subuh, kami bergegas ke hospital.
Doktor datang periksa pukul 6.45 pagi. Danish dalam keadaan ‘fetal distress’. Sudah buang air di dalam rahim. Maka tepat pukul 8 pagi, lahirlah Muhammad Danish Hakeem secara c-sect. Danish ditahan sementara kerana perlu bantuan oksigen. Pukul 3 petang baru mummy dapat jumpa Danish.
Sedang Tuan Suami sibuk menguruskan mummy di wad, adik madu pula pecah air ketuban di rumah. Mujur ada adik ipar dan mak madu. Adik ipar yang tolong hantar adik madu ke hospital dan mak madu pula tolong jaga anak-anak di rumah.
Servis sudah bertukar tangan. Giliran Tuan Suami menemani adik madu pula di bilik bersalin. Akhirnya pukul 11 malam 19 April, lahirlah Muhammad Rayyan Hadif.
Pukul 3 pagi 20 April, barulah Tuan suami dapat berehat setelah selesai semua urusan bersalin kami berdua. 24 jam berjaga mengurus kami semua. Hari yang penuh pelbagai emosi dan rasa.
Tidak dapat rasakan apakah perasaan Tuan Suami ketika itu. Syukur pada Allah, beliau berjaya laksanakan tanggungjawab keluarga dengan baik walaupun berpoligami. Terima kasih banyak-banyak pada Tuan Suami. We love you so much.
Kisah mummy mengandung dan bersalin bersama-sama adik madu mungkin satu dalam seribu. Mujur tidak viral waktu tu.
Last but not least, Happy 4th Birthday Danish dan Rayyan! Kalian berdua hadiah hari lahir mummy yang paling berharga!
Mummy daddy ummi doakan anakanda berdua terus jadi anak soleh wa musleh, penyejuk mata, penawar hati kami dunia akhirat, aamiin..
Empat beradik yatim piatu sekelip mata, suami isteri terlibat kemalangan maut ketika konvoi motosikal. Innalilahiwainailahirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Tiada daya upaya kerana ia takdir yang tertulis sejak azali.
Empat beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu dan ayah mereka terlibat dalam kemalangan maut ketika mengikuti konvoi motosikal semalam. Dalam kejadian ini, Azranawi Radzi, 42 tahun maut di tempat kejadian manakala isterinya, Rosnah Ahmad, 44 tahun meninggal dunia di KK Lenggong selepas terlibat dengan kemalangan.
Kemalangan berlaku di Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, dekat Kota Tampan, Lenggong petang semalam berpunca daripada kereta Iswara keluar secara mengejut dari simpang kanan.
Azranawi yang juga merupakan pemilik Restoran Rose Pulut Ayam yang terletak di Ipoh dikatakan mengikuti konvoi motosikal sempena cuti Deepavali dan memandu skuter Kymco ditunggang terbabit nahas dengan sebuah kereta Iswara.
Pasangan ini meninggalkan empat orang anak berusia 16, 14, 12 dan 7 tahun di mana tiga lelaki dan seorang perempuan.
Dalam pada itu difahamkan, persoalan siapa yang bakal menjaga anak-anak yatim ini diperbincangkan oleh ahli keluarga ini.
Menurut ibu saudara kepada arwah Rosnah, Hamizura mengakui tidak menyangka kemalangan maut ini terjadi pada pasangan suami isteri ini.
“Mungkin antara kami ahli keluarga tiada masalah dan boleh menjaga mereka namun kasih sayang seperti ibu dan ayah kandung tidak serupa.
“Kalau boleh, kami hendak jaga keempat-empatnya dan perbincangan akan dibuat selepas ini untuk tidak memisahkan penjagaan antara empat beradik itu walaupun secara logiknya siapa sahaja yang mampu dan sanggup menjaga keempat-empatnya serentak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gerik, di sini.
Pasangan ini akan dibawa ke Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Rambutan, Ipoh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wabak Covid-19 sememangnya memberi impak yang besar. Malah ada yang kehilangan ahli keluarga. Terbaru, pelakon Didie Alias menerusi perkongsiannya di akaun Instagram menyatakan dia cukup sedih apabila kehilangan lima ahli keluarga akibat wabak jahat ini dalam tempoh singkat.
Bukan itu saja malah selebriti versatile ini juga masih trauma dan sedih dengan nasib malang menimpa insan tersayang, Didie juga akui semakin paranoid dengan situasi penularan wabak Covid-19 ketika ini.
Angkara Covid-19, Didie Alias Kehilangan 5 Ahli Keluarga
“Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un
“Ya Allah Kau Kuatkanlah Kami Sekeuarga Dengan Dugaan Covid ni.Tak mampu dah aku nk cakap.
“Aku kehilangan seorang lagi ahli keluarga aku, sepupu rapat aku menghembuskan nafas terakhir angkara covid jahanam ni.
Sedekahkanlah Al-Fatihah
“Sama-samalah lah kita sedekah Al fatihah buat mereka yg meninggalkan kita termsk ahli keuarga mumy (Didie). Sama-samalah kita jaga diri kita, famili kita.
“Jangan lah korang jadi SELFISH pentingkan diri korang ja. Dah naik tepu duk kat umah ni, jaga sop jaga jarak, dah mcm-macam mumy jaga masih tinggi lagi jangkitan Covid, aku tak tahu bile penghujungnye.
Al-Fatihah
Ibu Saudaraku -Rohana Kassim Nenek Saudaraku – Nenek Andakku Sepupuku – Abg Ajis Bekas Abg Iparku – Hj Mohd Taib Abd Wahab Sepupuku – Muhamad Firdaus b. Musa
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Ya Rabbal Alamin,” tulis Didie.
Mohon Sentiasa Jaga SOP
Seperti mana yang dipetik menerusi Berita Harian, Didie juga memohon semua pihak agar sentiasa menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).
“Antara mangsa adalah insan yang rapat dengan saya. Bayangkan, kami sudah lama tidak berjumpa dan bagaimana perasaan apabila tiba-tiba dikhabarkan mereka sudah meninggal dunia.
“Wabak ini bukanlah sesuatu rekaan. Harapan saya semua orang dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing agar penularan wabak ini dapat dikekang,” ungkapnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
“Walaupun masih tidak diberikan rezeki anak” itulah antara luahan pelakon Siti Elizad ketika ditemubual di Forum Berbahagi Suami sempena drama Berbahagi Suami.Elizad juga memberitahu...