Tenangkan Diri Rasa Takut, Isteri Pasang Rekod Dengkuran Suami Ketika Tidur Sendirian

Share

Bagi pasangan suami isteri bila dah biasa tidur berdua, jika salah seorang tiada pasti rasa takut dan sunyi. Meskipun bunyi bising dengkuran pasangan boleh dianggap ‘menggangu’ waktu tidur, namun bagi isteri ini ia mampu memberi ketenangan, mengelakkan rasa takut ketika tidur bersendirian apabila suami tanpa di sisi.

Sangka Isteri Curang

Seorang suami di wilayah Guangdong, China yang menyangka isterinya curang kerana mendengar bunyi lelaki berdengkur di dalam bilik tidur mereka, tergamam selepas mendapati ia adalah bunyi suaranya sendiri, lapor laman berita Thaiger semalam.

Selepas pulang dari luar negara atas urusan perniagaan, si isteri dilaporkan tidak membuka pintu apabila suaminya tiba di rumah pada pukul 9 malam (waktu tempatan).

Setelah membuka pintu rumah, lelaki itu terdengar bunyi dengkuran kuat dari bilik tidur mereka.

Gara-gara curiga isterinya membawa masuk lelaki lain semasa ketiadaannya, si suami menerpa masuk ke dalam bilik dengan perasaan marah.

Gambar Hiasan

Pasang Rekod Bunyi Dengkuran Suami

Dia kemudian terkejut apabila mendapati isterinya tidur bersendirian di atas katil, manakala bunyi dengkuran

itu muncul daripada telefon bimbit wanita tersebut.

Bunyi itu sebenarnya dengkurannya sendiri yang direkod dan didengari si isteri setiap kali dia tidak berada di rumah untuk membantu menenangkan ketakutannya ketika tidur.

Si suami terharu dengan tindakan isterinya yang tidak bersalah itu dan dia meluahkan rasa menyesal kerana tersalah faham mengenai bunyi dengkuran itu

Mesti Baca:Rupanya BAHAYA Kalau Jenis Tidur Berdengkur Kuat Sampai Ganggu Orang Lain Nak Lena
Baca Lagi Di Sini:6 Jenis Makanan Ini Cegah Tidur Berdengkur, Tak Cuba Tak Tahukan!

Mingguan Wanita: Bunyi dengkuran pun boleh jadi penenang dan elakkan rasa takut tau. Hargailah pasangan kita, walaupun tidur berdengkur macam motor bot ke sekurang-kurangnya ia masih ada tidur di sisi kita.

Sumber:Kosmo, TheThaiger

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab