Cantik sungguh Pulau Kapas, Terengganu ini. Lautnya membiru, jernih sampai boleh nampak ikan berenang-renang dalam air. Sebab itu anak-anak seronok sangat kalau dapat bercuti ke pulau ini. Mereka belajar sama.
Wanita ini, Faiza Halim berkongsi percutiannya ke Pulau Kapas dengan membawa anak kecilnya yang bawah 2 tahun. Mudah dan tenang nanti perjalanan mak-ayah. Nak tempat penginapan murah guna kod ini.
Kenapa Bawa Anak-anak Ke Pulau Kapas, Terengganu
1. Sesuai untuk holiday yang ringkas, santai, dan kurang penat. Especially bila nak bawa baby kecik bawah 2 tahun! Hehe. Sebab dekat dan boleh impromptu (tanpa persediaan).
2. Boat 15-20 minit ja dari Jety Marang. Tak sempat mabuk laut pun Zasss sampai pulau air bersih.
3. Dari centre Kuala Terengganu nak ke Marang pun dalam 20 minit ja. So kalau ampa mai Terengganu pastu tetiba rasa nak pi pulau boleh sangat lah. Bawa KFC berkelah pun best. Pi pagi balik petang.
4. Tapi kali ni kami stay overnight sebab nk bagi baby main pasir and mandi berjemur lama sikit. Pantai bersih, landai ke tengah, tak takut nak mandi dengan baby.
Ads
5. Dan sekarang ni the best season untuk cuti-cuti pulau Terenganu.
Boleh Cuba Cara Percutian Ibu Ini
Tiket
Kami walk in ja. Sampai jeti terus ke counter resort/ boat. Sebab dah biasa dengan servis yang sama, kami terus walk in kaunter “CHALET MAKCIK GEMOK” hujung sekali. Kaunter ni provide boat service dan chalet OMBAK KAPAS (tempat Mat Dan mat salleh tu la).
Bot
Boat paling awal 9 am. Kami pi lewat sikit 12 pm kali ni sebab nak overnight so tak kalut. RM40/adult untuk return boat. Baby below 3 free (ikut size baby la kot). Ada package sekali snorkeling just tambah RM10 dari harga boat. Tapi kami tak ambil sebab tak mahu snorkeling tak ada orang jaga baby. Focus nak main pasir and mandi air yang macam maldives tu ja.
Ads
Chalet
Chalet harga 100-200 per night. (Full board packge 1 night RM170/pax include return boat, snorkelling, island hopping, chalet, meal 3x)
Makanan
Kami tak ambil jugak package. Ambil bilik ja. Siap bawak bekal maggi, etc untuk mak mak. Lagi pun tak risau, OMBAK KAPAS CAFE ada. Makanan sedapp, view superb! Breakfast pun sini, lunch pun sini, dinner pun sini.
Bawak cash banyak sikit keh sebab ada anak kecik ni ampa kena lupakan lah hasrat pecutian budget tak masuk akal bawah 100 untuk 2 hari. GERAI BURGER pun ada depan cafe ni dah lah burger sedap! Harga RM10 pun kami repeat 3 kali beli.
Ads
Instagram-able
Pulau kapas ni cantik, instagram-able, bersih, dan yg paling penting complete semua aktiviti percutian pulau boleh buat kat sini. Umar nak sangat lah naik canoe tapi malang skali tak dak infant life jacket, mommy pun tak bawak sebab impromptu trip.
Adventure
Kami tak hiking Bukit Singa sebab bawak baby. Tak pi snorkelling sebab tak dak infant life jacket. Memang focus lepak, makan tepi pantai, main pasir, mandi laut, layan baby kecik kami ni main puas-puas and memang happy sungguh la. Malam lepas dinner tu night walk tepi laut, dengar live band, tengok orang main api, pukull 10 dah tidur anak-anak kecik kami.
Memang betul relaxing. Yang penting anak-anak happy. Memang betul percutian anak-anak. Mak tumpang ja.
Ok, the rest biarlah gambar berbicara.
P/S: Jangan lupa bawa sunblock & alovera gel. Sapu alovera gel tu kat kulit baby right after berjemur panas tu, In Shaa Allah kulit tak burn mengelupas.
Tiada apa yang lebih membanggakan dan membahagiakan bagi seorang ibu, apabila melihat anak berjaya meraih pencapaian cemerlang dalam bidang yang diceburi.
Pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina, 55, bangga dengan pencapaian puteri tercintanya, Hani Karmila,28 atau lebih dikenali Mila apabila meraih pingat emas pertamanya dalam pertandingan seni bela diri, Jujitsu kategori 58 kilogram (kg) di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura, hari ini.
Pingat Emas Pertama Peringkat Antarabangsa
Berkongsi berita gembira menerusi akaun Instagram, Tiara berkata, kejayaan terbabit adalah kali pertama diraih Mila di peringkat antarabangsa.
“Saya berbangga dengan anak perempuan saya, Mila. Dia baru saja memenangi pingat emas antarabangsa pertamanya mewakili Malaysia dalam sukan Jujitsu.
“Kejayaan ini berlangsung di Singapura, dalam kategori tali pinggang biru bawah 58kg. Saya tumpang gembira untuk pasukan Ryu Combat Academy pada perlawanan antarabangsa pertama mereka. Syabas juga buat jurulatih Abang Saef Hud,” tulisnya.
Usaha, Penat Lelah Berhasil
Menurut Tiara, kemenangan itu cukup bermakna buat Mila yang terpaksa melalui dugaan menerima rawatan di hospital beberapa kali.
“Kemenangan ini amat bermakna kerana Mila keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu, tetapi dia masih mengikuti latihan dan berusaha keras. Segala usaha dan penat lelah akhirnya membuahkan hasil hari ini,” tulisnya lagi.
Jujitsu adalah seni mempertahankan diri dari Jepun yang menggunakan senjata pendek atau tanpa senjata dan Malaysia mula menghantar wakil pada acara berkenaan bermula 2019.
Mingguan Wanita: Tahniah buat Hani Karmila, di atas pencapaian mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam sukan ini. Semoga terus cemerlang di persada dunia dalam bidang yang diceburi.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Frozen food atau makanan sejuk beku memang antara makanan pilihan mak-mak yang sibuk. Ia memudahkan dan mempercepatkan masa mak di dapur. Rupanya ada cara yang betul nak pilih makanan sejuk beku di pasaraya. Pilihan yang tepat membantu mak-mak sediakan makanan selamat untuk keluarga dan anak-anak.
Consultant Dietitian, Nabeelah Azmi memaklumkan hal ini, ada 4 cara betul nak pilih makanan sejuk beku untuk disajikan pada anak-anak dan suami. Mudah saja rupanya tak berbelit-belit pun.
Kata Nabeelah, “Tipulah kan kalau ada orang cakap dia tak pernah makan makanan sejuk beku atau frozen food. Frozen food ni memang memudahkan kerja para ibu yang bekerja sebab ia sudah dimasak terlebih dahulu (pre-cooked) dengan cara goreng.
“Tapi, bila ia mudah dimasak, mudah juga untuk kita masuk ke hospital nanti kalau tak berjaga. Ok, jadi ini cara kalau anda nak pilih makanan sejuk beku dan baca label dengan betul.”
Gambar A
Gambar B
CARA PILIH & BACA LABEL MAKANAN SEJUK BEKU ‘FROZEN FOOD’
1. Lihat Label Bahan: Protein & Lemak
Kandungan protein WAJIB MELEBIHI lemak. Sebagai contoh gambar di bawah, Bella ada buat perbandingan A & B.
Gambar A menunjukkan kandungan protein lebih dari lemak untuk setiap hidangan: 12 g protein > 5g lemak. Jadi anda boleh lihat banyak isi ikan daripada lemak yang digunakan.
Gambar B protein kurang dari lemak jadi anda sudah tahu ia tidak sihat.
2. Pilih Bahan Dari Sayuran > Ikan > Ayam > Daging
Kalau terpaksa juga pilih makanan sejuk beku ni atas alasan tak sempat masak atau tiada makanan segar, pilih yang banyak menggunakan sayuran, atau ikan. Kurangkan ayam dan daging.
3. Bakar, Stim Atau Pan-Fried
Makanan sejuk beku ni dah digoreng sebelum dibekukan, jadi pilih cara masak yang lebih sihat seperti yang dicadangkan di atas.
4. Sekali Sebulan
Kurangkan kekerapan mengambil makanan sejuk beku. Sebab ia sejuk beku, masih ada bahan pengawet yang mungkin berbahaya untuk kesan masa panjang.
Tiada insuran perlu jelaskan bil RM11k, jemaah umrah pengsan dalam pesawat ditahan di hospital di India. Malang tak berbau begitulah yang dialami oleh seorang jemaah yang dalam perjalanan pulang dari Jeddah ke Kuala Lumpur.
Ketika dalam pesawat jemaah itu pengsan dan kapten kapal terpaksa lakukan pendaratan kecemasan di India. Namun paling menakutkan apabila penumpang pesawat tersebut tidak mempunyai insurans dan waris perlu membayar jumlah tersebut.
Tiada Insuran Perlu Jelaskan Bil RM11k
Menerusi perkongsian di Twitter, pemilik akaun Roman Akramovich@SyedAkramin memuat naik tentang hal tersebut.
“Semalam flight dari Jeddah ke KL ada penumpang pengsan dan kapten buat pendaratan cemas di India.
“Dia ditahan di hospital dan perlu jelaskan bil RM11k.
“Malangnya dia tiada insuran dan waris perlu bayar.
“Insuran ketika keluar negara sebenarnya amat penting tapi ramai tak ambil,” begitulah perkongsian Syed Akramin.
Bil Meningkat Ke RM18k
Menerusi perkongsian terbaru Syed Akramin, memberitahu jumlah terkini bil naik sebanyak RM18k.
“Maklumat terkini yang saya terima dari mutawwif umrah, kos hospital telah meningkat ke RM18k.
“Dengan rendah hati saya memohon rakan-rakan yang ada lebihan rezeki, agar sama-sama bantu jemaah umrah ini.
“Semoga sumbangan anda diberkati Allah SWT” luah Syed Akramin.
Semoga dipermudahkan segala urusan penumpang yang juga jemaah umrah itu. Malah bersama-samalah kita menyumbang bagi membantu urusan beliau.
Menerusi perkongsian ini ternyata masih ramai yang tidak mengetahui betapa pentingnya insuran apabila ke luar negara. Insuran perjalanan atau travel insurance penting untuk anda miliki bagi menjamin perlindungan dan keselamatan diri serta keluarga daripada musibah semasa anda berada di luar negara untuk bercuti atau urusan kerja.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...