
Fulamak, rupanya bajet nak buat tempat sangkut tudung ni murah yang amat! Ya, kaum perempuan cukup suka beli kain tudung walau yang pakai cuma beberapa helai yang sama. Sudahnya tudung penuh dalam almari sampai tak ada tempat nak letak.
Apa yang lebih parah, kain tudung yang dah lama beli tak terpakai sebab sudah ditindih dengan tudung-tudung baru yang dibeli. Itu satu hal, lagi satu masalah asyik mengeluh kat suami kata tak ada tudung yang sesuai dengan baju.
Jadi kali ini kaum wanita boleh guna idea yang dikongsikan Puan Tina Rozubi ini, tempat gantung tudung yang lebih kemas dan nampak.
Episod tudung plain, tudung corak-corak next episod yer.
Bajet Tempat Sangkut Tudung
Ikea IRJA rod curtain set =RM4.90
Clip DIY = RM3.50 ( 20pc)
Cabel plastic DIY = RM 1.50 (100pc)

Hah, bajet pun murah! Elok sangat lah serang IKEA cari bahan-bahan yang diperlukan dulu.
Selamat mencuba ya kaum mak-mak! Moga tabiat suka beli tudung setiap bulan dapat dikurangkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Kali Lafaz Cerai Pun, PU Abu Masih Suami Ain Yang Sah

Isi Kandungan
ToggleBulan Ramadan ini terpeliharalah sebuah rumahtangga yang sedang diuji. Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25 mengakui kesilapannya. Menghantar lafaz cerai menerusi aplikasi whatsapp kepada isteri, Ain ‘Afini Latif, 23.
Depan Hakim Syarie Mohd Nurulashar Mohd Tohar, Abu buat pengakuan bersumpah. Dia tak ada niat pun untuk ceraikan Ain ketika menghantar mesej itu bulan lalu.
“Saya mengakui kesilapan kerana meninggalkan isteri. Dan saya mohon maaf kepada isteri, keluarga isteri. Saya tidak pernah berniat.”
Lafaz Cerai PU Abu Tidak Sah
Sebaik dengar pengakuan bersumpah, Mahkamah Rendah Syariah putuskan lafaz cerai yang dihantar Abu tu tidak sah. Menangis teresak-esak Ain dalam mahkamah.
Tak dapat dia nak bendung perasaan seorang bakal ibu. Lagi pun hari itu (semalam) adalah ulangtahun hari lahir Ain. Di tambah lagi dia bakal melahirkan 10 Julai nanti.
Bermakna, berdasar keputusan itu Ain yang sedang hamil, masih sah isteri Abu.
Akui Abu, tak ada siapa pun paksa dia untuk menceraikan Ain. Cuma berentetan akibat kronologi yang panjang, buat Abu bertindak sedemikian.
Abu juga akui masih sayangkan Ain dan mahu bersamanya, menunaikan tanggungjawab terhadap anak dalam kandungan Ain.
Pernah Bercerai Dan Rujuk Semula..
Ain dan Abu berkahwin pada hujung Ogos tahun lalu. Disebabkan perselisihan faham, mereka pernah bercerai talak satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari 2019. Dan rujuk semula pada Februari 2019.

Kemelut rumahtangga pasangan muda ini bermula, apabila Abu beritahu Ain hasratnya nak berpoligami. Ain tidak bersetuju dan menolak permintaan itu. Dari situlah berlaku ketegangan sehingga lafaz cerai dihantar menerusi whatsap pada 13 Mac lalu.
Apa yang jadi Ain kongsikan di instagramnya. Sekadar untuk makluman akan status dirinya. Rupanya kisah Ain dan Abu menjadi tular dan panas.
Emosi netizen bagai dijentik-jentik dengan tindakan Abu menceraikan isteri yang sedang hamil. Kerana memilih seorang wanita berstatus janda bernama Hana Azraa menjadi isteri barunya.
MW : Syukurlah, dalam bulan baik ini kemelut rumahtangga Abu dan Ain dapat selesaikan dengan baik. Semoga, Abu dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bakal bapa kepada anak yang Ain kandungkan. Sebagaimana janjinya depan hakim semalam.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Thumbs Up’& Cantik! Bila Suami Puji Penampilan Tok Ti Konsert Di Singapura!

Isi Kandungan
ToggleBahang Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024 baru-baru ini masih hangat diperkatakan termasuklah penampilan penyanyi kesayangan ramai itu di kota Singapura baru-baru ini.
Pada konsert berkenaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mengenakan dua persalinan hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.
Menurut Ezuwan Ismail, dia kagum dengan cara kerja yang ditunjukkan penyanyi nombor satu negara itu sepanjang dua hari berada di belakang pentas bersempena dengan Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024, baru-baru ini.

Ezuwan, 42, diberi kepercayaan mereka dua persalinan buat Siti menerusi konsert yang berlangsung selama dua hari itu turut memuji pengurusan masa figura bersuara merdu itu.
“Bersyukur kerana kami serasi dan mudah bekerjasama. Dia peramah, selalu senyum dan profesional, termasuk pihak pengurusannya juga. Meski pun dia tersohor, namun sikap rendah diri itulah yang sebenarnya memudahkan proses kerja.
“Siti Matang & Professional”-Ezuwan Ismail
Ketika diajukan soalan mengenai pengalaman bekerjasama dengan penyanyi nombor satu negara itu, Ezuwan ternyata teruja dengan pengalaman berharga yang diperolehinya itu.
“Sebagai pereka fesyen , saya sedia maklum akan keterbatasannya dalam menggayakan busana. Jadi bila sesi lakaran dan ‘fitting’ dilakukan, saya akan lontarkan idea dan lega bila hasil kerja kita lulus di matanya.
“Bayangkan waktu saya sampai di belakang pentas konsert, dia sudah pun siap bersolek dan bertelekung sebab nak menunggu waktu solat. Kemudian barulah dia akan pakai busana sambil dibantu pembantu wanita sebelum membuat persembahan,” EZuwan Ismail
“Saya percaya, pengalamannya yang kini hampir tiga dekad di dalam industri membuatkan dia cukup matang, selain menghormati peranan setiap orang yang berada di sekeliling.
Pujian Datuk K
Ezuwan juga terharu apabila Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K juga menghargai persalinan yang direka kepada isteri tercinta.
“Alhamdulillah Datuk K suka dengan baju yang saya buat. Dia sempat beri isyarat ‘thumbs up’ sambil kata cantik. Iyalah, bukan senang nak dapat pujian sedemikian daripada Datuk K.
“Rasa berbaloi bila terima dedikasi tersebut mengenangkan kita sendiri bertungkus-lumus mahu beri yang terbaik demi konsert skala besar Siti di negara orang,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai rekaannya pula, Ezuwan cabar diri kerana buat pertama kali, menyiapkan helaian tradisional buat penyanyi lagu Cindai itu.
“Ada dua persalinan yang dapat sentuhan saya iaitu satu busana moden. Itu boleh dianggap sudah jadi macam ‘makanan’ kita. Cuma agak mencabar nak siapkan baju tradisional sebab kalau silap langkah, ia boleh jadi macam baju songket pengantin!
“Saya cubalah yang terbaik kerana nak nampak ia ada elemen glamor di samping masih mengekalkan aura kemelayuannya. Memang menguji sebab sepanjang proses menyiapkan busana itu, saya di Tanah Suci bagi menunaikan Haji.

“Jadi tak dapat nak pegang depan mata. Walaupun saya dah biasa buat baju, tapi sentuhan pereka feysen itu adalah kepuasan sebenar. Kami hanya berkomuniksasi menerusi panggilan video saja, namun syukur kerana dipermudahkan.
“Untuk persalinan itu juga, saya fokus kepada perincian yang mana ia disulami dengan puluhan ribu manik-manik halus selain ada tassel, kerawang dan guna dawai di bahagian bahu bagi memberikan ilusi ‘3D’ pada rekaan,” katanya lagi.
Terdahulu, busana yang digayakan penyanyi nombor satu Negara itu menjadi bualan di media sosial selepas Siti atau penggilan mesranya TokTi, memuat naik hantaran di akaun Instagram, semalam.
Hingga kini, perkongsian terbabit meraih hampir 30,000 tanda suka dengan lebih 300 komen warganet.
Rata-ratanya memuji persalinan indah yang digayakan Siti ketika menjayakan slot Irama Malaysia menerusi konsert yang berlangsung di Singapura itu.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pergi ‘Dating’ Kali Pertama, Wanita Bawa 23 Ahli Keluarga Ikut Sekali!

Isi Kandungan
Toggle‘Dating’ Kali Pertama, Wanita Bawa 23 Ahli Keluarga Ikut Sekali! Janji temu merupakan waktu untuk saling berkenalan dengan lebih rapat. Biasanya disertai dengan kawan rapat atau ahli keluarga terdekat sebagai peneman, apatah lagi iya janji temu kali pertama.
Bawa 23 Ahli Keluarga
Namun siapa sangka, seorang lelaki berasa kecewa selepas pasangannya membawa bersama 23 ahli keluarganya dalam janji temu pertama diadakan di sebuah restoran di China.
Lapor The Thaiger, lelaki dikenali sebagai Liu dari wilayah Jilin bertemu dengan Zhang selepas diperkenalkan oleh seorang rakan lain.
Mereka kemudian memilih mengadakan pertemuan pertama mereka di sebuah restoran yang sering dikunjungi. Dan Liu bersetuju untuk membayar bil makanan pada hari janji temu tersebut.
Namun, lelaki itu terkejut setelah mendapat tahu Zhang turut membawa 23 saudara maranya untuk makan bersama mereka. Zhang pula menjelaskan tujuannya membawa ahli keluarga makan bersama untuk menguji sikap ‘pemurah’ lelaki tersebut.
“Liu juga terperanjat apabila mengetahui bil makanan mencecah hampir 20,000 yuan (RM12,907).
“Pekerja restoran memberitahu bil yang tinggi itu disebabkan keluarga wanita itu memesan rokok dan alkohol dalam kuantiti yang banyak,” jelas laporan.
Tak Mampu Bayar Bil
Lelaki itu dikatakan tidak mampu membayar dan akhirnya dalam diam menyelinap, meninggalkan tempat berkenaan.
Zhang terpaksa membayar sendiri bil makanan yang dipesan dan berharap pasangannya akan menyumbang separuh jumlah dibayar.
Bagaimanapun, Liu hanya bersetuju untuk membayar 4,000 yuan (RM2,581) sekali gus mencetuskan kemarahan keluarga Zhang yang memutuskan untuk menyaman lelaki itu.
Zhang kemudian menyaman Liu di mahkamah untuk mendapatkan semula semua wang yang dibayar.
Portal Sanook melaporkan keputusan mahkamah memihak kepada Liu yang hanya perlu menampung bil makanan dipesan olehnya dan Zhang yang berjumlah 1,400 yuan (RM903.25).

Mesti Baca:Menyesal ‘Rampas’ Suami Orang, Ingatkan KAYA, Rupanya Tumpang Harta Isteri Pertama
Baca Lagi DiSini:Pertama Kali Tengok Double Line UPT Sendiri Selepas 13 Tahun Berkahwin
Artikel Menarik:Sejahat & Teruknya Seorang Bapa Kandung, Dia Berhak Jumpa Anaknya, Mak Janganlah Pisahkan!
Mingguan Wanita: Bukan kata nak berkira, tapi beragaklah nak ajak 23 ahli keluarga ikut sekali pergi ‘dating’. Mengambil kesempatan namanya tu.
Sumber: Utusan, New York Post
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI