Tempat parkir OKU dihalang bas rapid, bekas pensyarah kanan kesal dibuli pemandu tak bertanggungjawab. Jelas menyusahkan dan ia satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab bagi mereka yang kurang upaya.
Satu tweet dari bekas saintis dan juga bekas pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz sememangnya perlu diberi perhatian oleh ramai pihak. Mungkin dilihat remeh pada pandangan orang lain tetapi ia jelas menyusahkan mereka yang dilahirkan dengan kekurangan fizikal.
Dari tweetnya sekitar tengahari tadi, Dr Noraishah yang dilahirkan dengan menghidap penyakit spina bifida sejak lahir berkata, dia yang mahu menurunkan kawan di Stesen LRT Universiti secara drop off dan telah memasuki parkir OKU di stesen tersebut kerana sebuah bas berada di belakang kenderaannya.
Malangnya, selepas dia memasuki ruang parkir OKU tersebut, pemandu bas Rapid telah meletakkan bas di belakang kenderaannya hingga menyusahkan dirinya untuk mengundurkan keretanya semula.
Menurut bekas calon pilihanraya Parlimen Putrajaya ke 15 ini, memandangkan bas tersebut berada di belakang kenderaannya dan pemandu bas Rapid enggan mengalihkan bas tersebut, dia terpaksa bersusah payah mengambil kerusi rodanya dan pergi kepada pemandu bas berkenaan untuk mengalihkan bas tersebut.
“Hal 5 saat untuk drop off menjadi 20 minit dengan “drama” tersebut,” katanya dalam tweetnya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Lumpuh Separuh Badan, Mekanik OKU Gigih Baiki Motosikal Sambil Berbaring Atas Katil
KAD OKU Banyak Keistimewaannya “Bantuan Terunggul Ace Sekiranya Kami Tiada Di Dunia Ini” Dr Say
Ujian Seorang Suami, Sanggup Berhenti Kerja Demi Menjaga Isteri Strok, Anak OKU
Dalam pada itu, menurut tokoh profesional ini, dirinya ada meminta bantuan mereka yang menunggu bas di situ untuk memberitahu pilot bas, namun pemandu bas Rapid berkenaan buat tak endah.
Menyebabkan dirinya terpaksa bersusah payah turun dari kereta dan berjumpa dengan pilot bas itu memintanya mengalihkan bas berkenaan. I had to beg him ya.
Jelasnya lagi, perbuatan itu sama sekali menyusahkan pengguna OKU sepertinya sedangkan dirinya sudah mengikut undang-undang yang betul.
“Saya hanya ikut undang-undang. Parkir sah. Saya hanya nak drop off tetapi bila melihat bas di belakang saya, saya masuk di parkir OKU, tidak sama sekali saya ingat yang pilot bas akan tinggalkan bas begitu sahaja. TAHUKAH TUAN BETAPA PAYAHNYA OKU KELUAR MASUK KENDERAAN,” soalnya.
Seolah satu bentuk buli kepada golongan OKU yang seakan dinafikan hak parkir, Dr Noraishah telah memanjangkan tweetnya kepada Menteri Pengangkutan, Anyhony Loke termasuk kepada pihak Prasarana juga untuk tindakan lanjut
Tanyanya, adakah “drama” 20 minit itu memaksanya membuat satu laporan polis kerana hak OKU seperti termaktub dalam Akta OKU 2008 dinafikan. Masa yang sama, dirinya meminta agar satu tindakan diambil terhadap pemandu bas yang jelas ada unsur “membuli” OKU sepertinya.
Dalam pada itu, selepas isu ini disiarkan, pihak @askrapidkl telah meminta maaf di atas kesulitan dialaminya dan semua aduan telah dihantar ke pihak atasan untuk siasatan lanjut.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Suami isteri tinggal satu rumah selepas bercerai? Boleh atau tidak? Min pun jadi tertanya-tanya selepas tengok drama viral yang terbaru. Rupanya, macam tu ya jawapannya.