Tembikai Susu hilangkan dahaga, bantu kurangkan berat badan. Itulah antara kebaikan buah Tembikai Susu.
Tembikai Susu atau honeydrew berasal dari Afrika Tengah. Buah ini tergolong dalam spesies Cucumis melo. Terdapat sekurang-kurangnya 2 jenis utama tembikai susu iaitu berwarna kuning pucat dan kuning.
Buah tembikai susu berat dan banyak kandungan air. Buahnya berongga dan mempunyai banyak biji di dalamnya. Isinya berbau harum dan amat manis apabila betul-betul masak.
Secawan atau 177 gram buah tembikai susu dikatakan mengandungi 64 kalori, dan 6 peratus nilai pengambilan serat yang dicadangkan untuk setiap hari. Buah tembikai susu tinggi kandungan potassium, vitamin C, vitamin A, vitamin B kompleks, besi, kalsium dan zink.
Rendah lemak dan hampir bebas kalori telah menjadikan tembikai susu sebagai antara makanan pilihan dalam program pengurusan pemakanan. Tembikai susu turut mengandungi sejumlah serat yang baik untuk sistem pencernaan.
Serat mampu membantu metabolism bekerja dengan lebih cepat dan cekap. Ia juga membantu anda rasa lebih kenyang, mampu menahan selera makan dan mampu menyumbang terhadap merendahkan keseluruhan kolesterol.
Buah tembikai susu tinggi potassium ini amat disyorkan buat mereka yang mengalami hipertensi. Potassium dikatakan mampu membantu membuang garam berlebihan daripada tubuh dan melegakan tekanan dalam dinding saluran darah.
Dengan menambah buah-buahan ini dalam pemakanan seharian, ia bukan sahaja memastikan anda mengelak karbohidrat berat dan gula diproses tetapi ia juga mampu membantu jantung anda sihat.
Kalsium amat penting untuk menguatkan tulang dan gigi. Tubuh sentiasa menggunakan kalsium yang tersimpan dalam tulang dan menggantikannya dengan kalsium baru.
Jika kurang kalsium yang disimpan dari kalsium yang digunakan sudah pasti tulang akan menjadi lemah dan membawa kepada risiko kerapuhan tulang atau osteoporosis. Anda boleh mendapatkan sumber kalsium daripada buah tembikai susu.
Hampir 90 peratus air terkandung dalam buah tembikai susu. Ini bermakna buah ini sesuai dimakan untuk menghilangkan rasa dahaga dan menambah air yang hilang daripada tubuh.
Dikatakan buah tembikai susu mengandungi sumber terbaik vitamin C. Satu hidangan buah tembikai susu menyediakan hampir separuh nilai pengambilan vitamin C untuk tubuh. Vitamin C terkenal dengan sifatnya untuk menyokong sistem kekebalan tubuh tetapi ia juga vitamin utama kecantikan dan kesihatan kulit.
Lutein dan zeaxanthin adalah dua jenis zat fito yang perlu untuk mengekalkan kesihatan mata seiring dengan usia yang meningkat. Pengambilan kedua bahan ini dikatakan mampu mengurangkan risiko katarak, kebutaan berkaitan usia, dan kemerosotan makular berkaitan usia.
Pertubuhan Diabetes Amerika diaktakan mengkelaskan buah tembikai susu memiliki jumlah indeks glisemik sederhana, menjadikan buah ini rendah dalam gula diproses jika dibandingkan dengan buah-buahan lain.
Baca Disini Juga;
TIGA Jenis Buah Tembikai Ini Khasiatnya TERBAIK, Sedap Tidak Terkata!
Kerabu Tembikai Menu ‘Rare’ Orang Utagha, Sedap Baqhang!
BENDI Berbuah Banyak Setiap Cabang, PENTING Apabila Petik, Buang Sekali Daunnya!
Sumber / Sumber Foto : Instagram Ashira Aziz
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita