Buah tembikai memang mempunyai banyak khasiatnya. Selain dimakan begitu sahaja, ia juga dibuat jus minuman yang sedap dan menyegarkan. Bulan puasa tak lama lagi ni, mak-mak bolehlah cuba buat air Tembikai Laici Fizz Leleh, sebagai minuman sewaktu berbuka. Lebih jimat berbanding beli di bazar ramadhan nanti.
Menurut pemilik resipi Sya Shamsuddinini, walaupun minuman ini sangat simple namun ia cukup membahagiakan anak tekak. Terutamanya jika dinikmati waktu cuaca panas.
“Bila tembikai dan laici berpadu rasa, hasilnya sangat-sangat mabeles. Nah resepi minuman yang sangat simple tapi cukup membahagiakan anak tekak”.
“Minum time cuaca hangat….ahhhh HEAVEN”.
Bahan-Bahan:
Tembikai
1 tin laici
Krim soda
Segelas ais
Aiskrim (Pilihan)
Cara Membuat:
1.Potong tembikai kecil-kecil untuk mudah dikisar.
2.Masukkan tembikai, laici dan ais dalam mesin pengisar.
Ads
3.Kemudian masukkan sirap laici tadi.
3.Tuangkan pula krim soda.
Ads
4. Kisar kesemua bahan-bahan tersebut sehingga hancur.
5. Tuangkan ke dalam gelas. Kalau nak lagi umphh tambah 1 scoop aiskrim dan buah-buah extra.
Bebola Ayam Bersayur ini memang sedap dan garing. Cecah pula dengan sos. Atau nak makan macam tu saja pun dah sedap. Pernah tak cuba masak di rumah?
Ada juga yang panggil cucur ayam Anak-anak terutamanya pasti gemar memakannya. Gerenti licin lah! Masakan ini dikira lengkap juga sebab ada sayur dan ayam.
Sesuai dimasak untuk hidangan waktu pagi atau untuk minum petang. Makan pula ketika masih panas. Wah! Sedapnya!
Selain itu, bagi yang sering kali mengadakan majlis makan-makan atau potluck, bebola ayam bersayur ini juga sangat sesuai dihidangkan untuk majlis. Boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Kata orang, bancuh-bacuh, goreng..siap!
Ayam -ambil bahagian isi dagingnya sahaja 1-2 biji telur – kalau ayamnya banyak, tambahkan telur
Bawang merah – hiris dadu Sedikit cili merah – hiris Daun sup/daun kucai/daun bawang – hiris Sedikit garam
Minyak masak
CARA MEMBUAT:
1. Isi ayam direbus terlebih dahulu. Selepas isi ayam masak, keluar dan toskan. Kisar isi ayam sehingga hancur (letak air sikit nak bagi basah). 2. Kemudian satukan kesemua bahan lain dan isi ayam tadi dalam satu mangkuk, gaul sehingga sebati.
3. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana. Bila bertukar kekuningan, sedia untuk diangkat, toskan minyak. Siap! Enak dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba!
Mudah rupanya nak buat sendiri ‘Portugese Toast’ di rumah. Hanya guna 5 bahan je. Rasanya sedap dan lemak manis cheese. Sesuai sangat mak-mak nak buat untuk sarapan pagi atau minum petang.
Ikut resipi ‘Portugese Toast’ yang dikongsikan oleh Ju Zueini;
Menu breakfast, Minum petang pun boleh. Portugese toast. Selalu kalau nampak ‘Harolds Bakery’ suka sangat beli.Sebab sedap.Kali ni kita buat sendiri.Rasa creamy yummy camtu.
Lepas ni buat sendiri je la senang boleh adjust rasa manis apa semua sendiri.
Bahan-Bahan:
2 keping Roti gardenia putih@roti benggali (boleh potong ikut tebal kita nak).
*kalau Gardenia nipis sikit. Ni saya guna roti Benggali jual kedai runcit jer*
2 keping Cheesedale
Susu segar (sukatan saya main agak-agak je . Beli kotak kecik pun dah cukup)
Gula (saya guna gula perang)
*letak ikut manis kita suka. Saya letak dalam satu sudu besar paras-paras je*
Sedikit butter dalam satu sudu
*Bahan-bahan boleh adjust ikut kesukaan. Nak manis ke cheese lebih ke.
Cara Membuat:
1.Masukkan butter, susu, kemudian cheese, gula. Kacau-kacau dan masak atas api yang kecil hingga cair dan pekat. (Jangan terlalu pekat).
2.Tutup api. Sapu atas roti tadi.
3.Masukkan ke dalam oven. Bakar sampai atas dia macam brown sikit.
4.Anggaran dalam 7-10 minit. Api atas bawah 160. Adjust Ikut oven masing-masing.
Siap! Selamat Mencuba.
Info Ekstra!
Rasa dia lebih kurang ‘Egg Tart’ tapi ni rasa lemak-lemak cheese.
Mingguan Wanita:Jadi jika nak buat sarapan pagi atau minum petang yang mudah, boleh cuba buat sendiri resipi mudah ‘Portugese Toast’ ini. Memang senang dan sedap!
Rata-rata semua orang suka makan bendi, malah ia menjadi sayuran yang wajib ada untuk masakan kari. Walau bagaimanapun ada juga yang suka goreng bendi untuk gandingkan dengan hidangan lain.
Namun, yang selalu menjadi masalah bila goreng bendi, mesti akan jadi ‘berlendir’. Terus putus selera nak makan bila jadi macam ini.
Ada pelbagai tip dan petua yang diberikan untuk berlendir bila goreng bendi. Mungkin ada yang menjadi dan ada juga yang tetap sama kejadiannya.
Perkongsian daripada Mohd Romzie ini boleh mak-mak jadikan rujukan terutamanya masak goreng bendi. Walaupun nampak simple tapi rasanya mahuy bertambah nasi nanti.
Paling penting Mohd Romzie siap bagi tip untuk pastikan bendi tidak berlendir dan nampak segar walaupun digoreng.
Kali ini, abang kongsikan resipi buat ‘Bendi Goreng Bilis’ yang nampak segar dan tak berlendir.
Ada tipnya bagaimana nak kurangkan lendir bendi bila buat masakan bendi jenis bergoreng macam ni.
Resipi ‘Bendi Goreng Bilis’
Bahan-bahannya:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Garam
Cara Membuat:
1. Ini bahan-bahan yang abang telah sediakan.
Segengamikan bilis di cuci bersih.
Tauhu potong dadu.
Bawang putih potong kasar atau diketuk
Cili merah potong serong nipis.
2. 6 TIP Untuk GORENG BENDI Supaya TAK BERLENDIR Semasa Digoreng
a) Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.
b) Toskan dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh saja keringkan dengan tisu dapur. Jangan di potong lagi bendi tu.
c) Jangan goreng dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
d) Masa nak masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal buatkan bendi itu berlendir lebih.
e) Masa masukkan bendi dalam kuali, baru dibesarkan api, jadi goreng dalam keadaan api sedikit besar.
f) Jangan dimasukkan sedikit pun air dalam bendi yang di goreng itu sebab bendi tu sendiri akan berlendir. Kalau di tambah air menyebabkan lendir tu makin banyak.
3. Jom kita mulakan memasak. Panas minyak dalam kuali.
4. Masukkan bilis dan goreng sehingga keperangan.
5. Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
6. Apabila tauhu sudah keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ini garing sedikit. Masa ini masukkan sedikit garam atau perasa. Garam jangan lebih kerana bilis itu dah masin.
7. Masukkan bendi yang dah di potong dan cili merah, baru di besarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi. Terlupa pula abang nak ambil gambar masa masukkan cili merah.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...