Teman Tapi Mesra, Tempat Luah Masalah. Dengan Suami Sendiri Pun Tak Kongsi

Share

Teman tapi mesra. Selalunya merujuk kepada hubungan akrab di antara seorang lelaki dan wanita. Tiada kaitan hubungan darah langsung. Selalunya mereka saling tolong menolong bahkan orang pertama yang akan dicari bila timbul masalah. Perhubungan itu dikatakan berlandas kepada persahabatan semata-mata tanpa melibatkan perasaan.

Tapi terus terang, memang ramai yang mempunyai kawan baik lain jantina. Namun bila istilah ‘teman tapi mesra’ itu seolah-olah ada maksud tersembunyi. Misalnya, mungkin salah seorang sudah berpunya, jadi tak boleh nak diteruskan ke peringkat kekasih. Tapi, hubungan dan perasaan sayang itu melebihi daripada teman biasa kan?

Tapi bagaimana andai kedua-duanya sudah berkeluarga namun masih memiliki ‘teman tapi mesra’? Sedangkan sepatutnya pada peringkat ini, pasangan adalah orang yang paling rapat dengan kita. Ikuti luahan wanita bernama Shema ini. Dia dihimpit rasa bersalah kerana memiliki teman tapi mesra yang merupakan seorang lelaki yang bergelar suami orang.

Bahagia Dengan Perkahwinan

Aku merupakan  seorang ibu yang memiliki tiga orang cahaya mata berusia 11, 9 dan 5 tahun. Aku bekerja di sebuah  jabatan kerajaan manakala suamiku, A, pula seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah.

Aku bersyukur dikurniakan cahaya mata yang comel dan pintar. Memamdangkan suami guru, dia yang banyak menguruskan anak-anak. Sebelah petang, dia yang uruskan anak-anak ke kelas tuisyen kerana aku pulang lewat petang.

Teman Rapat Tak Ramai

Dalam berkawan, aku sebenarnya cukup memilih dalam berkawan. Bukan sombong tapi aku tak mudah meletakkan seeorang itu dalam kategori kawan baik. Sekadar teman di pejabat atau teman biasa lainnya, okay saja. Kebanyakan teman rapatku telah ku kenali sejak zaman belajar.

Aku berkenalan dengan seorang lelaki bernama Y ketika sama-sama menghadiri satu kursus di kementerian. Kebetulan dia baru bertukar ke jabatanku. Saat itu kami ditempatkan di dalam grup yang sama. Waktu itulah kami mula berbual-bual. Aku menyenangi sikap Y yang lembut bila bercakap dan pandai berjenaka.

Sejak itu, hubungan kami makin erat. Ia bermula selepas dia menolongku dalam soal kerja. Kami juga sering makan bersama tapi beramai-ramai. Jadi tak adalah ysng pelik bila rakan sepejabat keluar makan bersama kan?

Baca artikel lain di sini:

Mulanya HANYA Kongsi Masalah, Beri Nasihat Kemudian Ambil Berat, Begitulah MODUS Operandi Pencurang

Banyak Sebab Kenapa Curang Lepas Kahwin, Yang Penting NIAT Kena BETUL!

Ada Masalah, Teman Tolong

Walau pun rapat, mulanya kami jarang berwhatsapp selepas waktu kerja. Ini kerana tak nak pasangan masing-masing salah sangka. Dia suami orang. Aku pula isteri orang. Tentu tak manis dan boleh timbul salah faham nanti.

Sehinggalah Y tiba-tiba ayik murung di pejabat. Sehinggakan rakan-rakan dapat rasa ada yang tak kena. Pernah kami tanya namun dia hanya tersenyum. Tapi akhirnya aku terima whatsapp daripada Y.

Baru ku tahu rupanya Y belum ada cahaya mata walau pun lebih 10 tahun berkahwin. Dia hendak mengambil anak angkat tapi isterinya menolak. Itu yang buat dia susah hati. Kata Y, dia tak kisah kalau dia dan isteri tak ditakdirkan mendapat zuriat sendiri. Tapi sekurang-kurangnya boleh tumpang kasih anak angkat.

Kongsi Cerita Anak Dengan Teman Tapi Mesra

Aku cuba menasihati Y dari sudut pandangan wanita. Mungkin isteri Y belum bersedia untuk ambil anak angkat kerana menjaga anak angkat bukan mudah.

Waktu itu Y ada bertanya tentang anak-anakku dan sejak itu juga aku sering forward gambar anak-anak dan kisah mereka pada Y. Dia seronok bila dengar aku bercerita tentang anak-anak.

Akhirnya kami rasa selesa berbual. Tiap hari kami akan berwhatsapp di rumah walau pun sudah jumpa di pejabat. Suami ku pula hampir saban malam mengajat tuisyen dan sekitar jam 11 baru balik. Jadi ada waktu aku saling whatsapp dengan Y.

Aku banyak bercerita tentang dia termasuk kalau bertengkar dengan suami dan pasti dia akan mendengar dan akan tenangkan aku. Pendek kata, aku lebih banyak berkongsi dengan Y berbanding suamiku. Bukan tak nak kongsi, tapi suami jenis tak banyak cakap. Nak tanya pendapat nanti diri sendiri sakit hati.

Aku Sayang Dia!

Terus terang, aku mengaku yang aku sayangkan Y. Kadangkala terdetik di hati, kenapa suamiku tak seperti Y. Tapi cepat-cepat ku usir perasaan itu kerana aku sedar ia boleh buatr rumah tanggaku porak peranda.

Aku masih tahu batasku sebagai isteri dan begitu juga Y. Cuma kata-kata sayang sudah ‘biasa’ bagi kami. Tiap kali tutup perbualan pasti ada kata-kata ‘sayang awak’.  Suami memang tak pernah syak apa-apa kerana aku bukan sepanjang masa berkepit handphone. Tambah pula kami jenis yang tak suka check handphone pasangan. Tapi untuk langkah berjaga-jaga aku akan padam chat kami tiap hari.

Aku sedar hubungan ‘teman tapi mesra’ kami ini boleh membahayakan rumah tangga masing-masing. Kami pernah bincangkan. Kami juga sayangkan pasangan kami tapi kami juga selesa dan sayangkan persahabatan ini. Sampai bila? Entahlah…

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

Published by
Team MW