Teman Bercakap Pun Kadang Lebih Besar & Bernilai Maknanya – Ella

Share

Percayalah teman bercakap itu penting. Lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 ini bermacam masalah kesihatan boleh berlaku. Salah satunya, boleh berlaku perasaan cemas dalam diri seseorang.

Dan gangguan kecemasan dalam diri atau anxiety ini jika tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan tekanan. Sehingga mengundang s4rangan panik.

Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin turut berkongsi kebimbangan itu di instagram miliknya. Ella juga menyampaikan pesan agar jangan menganggap anxiety ini bukan hal yang tidak serius.

Ini Yang Ella Rasa..

Baru baru ini , Ella terbaca satu laporan berbentuk artikel yang agak menakutkan

Sebanyak 266 kematian berpunca dari bunuh diri direkodkan sepanjang tempoh Mac hingga Oktober tahun lepas (satu hari sorang)!

60% penyumbang statistik adalah dari komuniti melayu islam.

Anxiety and depression is real guys, likea silent killerr.

Tekanan perasaan bukan mainan , jangan perkecil keperluan anda atau sesiapapun untuk mendapat sokongan dan bantuan.

Teman Bercakap Pun Lebih Besar Maknanya

Cuba cubalah ambil berat keluarga/kawan terdekat, mungkin saja ada yang perlukan teman bersembang dan mungkin juga perlukan rawatan kaunseling atau psikologi. Tiada apa yang perlu dimalukan.

Ella cuma harap kita semua tahu bila masa yang tepat untuk mendapat/memberi sokongan. Di saat pandemik ini , tanya-tanya khabarlah mereka yang berdekatan samaada kerabat , saudara mara, teman ataupun jiran .

Tak semestinya bantuan kewangan ya , teman bercakap pun kadang kadang lebih besar dan bernilai maknanya

Jangan pula kita berduka lara nanti setelah kehilangan seseorang yang tak terkembalikan.

Mingguan Wanita : Jadi, jika anda merasai alami tanda-tanda cemas, jangan diam-diam. Segeralah dapatkan rawatan. Jangan tunggu sesak nafas hingga sukar baru nak dapatkan rawatan.

Sayangilah nyawa anda. Kerana, tuhan cuma beri kita hidup sekali saja di dunia ini.

Baca sini : Suami romantik bukan bagi hadiah bunga, tolong buat kerja rumah pun isteri bahagia.

Sumber/Foto : Ella

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer