Bagi peminat telur masin, tentu anda paling suka bila bahagian kuning telur berwarna oren bukan? Nampak cantik dan menyelerakan. Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri telur masin dengan menggunakan telur ayam.
Dengan bajet kurang daripada RM10 boleh dapat 30 biji! Sangatlah menjimatkan dan berbaloi-baloi. Boleh cuba buat telur masin
seperti yang dikongsikan oleh Are Peace via MAHN ini.Bahan-Bahan:
30 biji telur ayam
1kg garam kasar
Air secukupnya (agak-agak telur tenggelam)
Cara membuat:
2. Masak atas api sehingga garam larut.
3. Sejukkan dulu baru masukkan telur.
4. Rendam di tempat yang gelap selama 14 hari.
5. Cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dengan air biasa. Boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila terasa hendak makan baru rebus.
Tip Ekstra!
Petua hendak bagi telur kuning menjadi warna oren, masa peram pastikan simpan di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Boleh dalam kabinet dapur.
Sumber: Are Peace via MAHN
Baca artikel berkaitan: Buat Sendiri TELUR MASIN Guna Cuka & Garam, Bersih! Tiada ‘Bedak Hitam’
Buat Sendiri TELUR MASIN Guna Cuka & Garam, Bersih! Tiada ‘Bedak Hitam’
Telur Masin Home Made Guna Telur Ayam. Rasa Pun Lebih Sedap!