Telur Hancur Masak Tomato, Resipi Tanpa Guna Bawang, Simple & Sedap!

Disebabkan harga bawang semakin mahal, apa kata kita buat resipi tanpa guna bawang. Bolehlah cuba buat menu telur hancur masak tomato ini.

Telur hancur masak bersama tomato ini sedap dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi. Boleh juga makan menu ini begitu sahaja.

Menurut penulis resipi yang berkongsi resipi ini di Grup Masak Apa Hari Ni (MAHN), telur hancur masak tomato ini adalah masakan Cina. Disebabkan ada yang bertanya mengenai masakan tanpa bawang, terus dia berkongsi resipi simple tapi sedap ini.

Hendak buat menu ini tidaklah berapa susah. Bahan utamanya adalah telur dan tomato. Bahan-bahan lain adalah sebagai penyedap dan penambah rasa.

Telur Hancur Masak Tomato, Resipi Tanpa Guna Bawang, Simple & Sedap!

Boleh Cuba Resipi Telur Hancur Masak Tomato Perkongsian Zurina Zulkefli Ini.

“Semalam saya perasan ada soalan sis berkaitan masakan tanpa bawang. Nah, ini adalah salah satu menu tanpa guna bawang – masakan Cina yang simple dan sedap – telur hancur dimasak bersama tomato. Kebanyakan masakan Cina tak menggunakan bawang. Berbeza dengan masakan Melayu dan India yang sinonim dengan bawang dan rempah ratus.

“Saya dan anak-anak cukup gemar makan lauk ini. Tak perlu lauk lain pun takpe (tapi kena sediakan jugak lauk lain kalau kes lauk telur ni cepat habis. Hehehe). Saya serta resipi di setiap gambar ya.”

Resipi Telur Hancur Masak Tomato

Telur Hancur Masak Tomato, Resipi Tanpa Guna Bawang, Simple & Sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan

2 biji telur ayam (kocak)

2 biji tomato (potong)

2 batang daun bawang (hiris)

2 sudu sos pencicah Thai atau boleh juga guna sos cili/sos tomato. Guna salah satu antara tiga sos tersebut.

IKLAN

Sedikit serbuk lada sulah (sekiranya ada)

Sedikit air

Sedikit garam

Sedikit minyak masak

Baca Ini Juga:

Ayam Goreng Serai Thai, Rangup & Garing, Tak Jemu Makan!

Tauhu Berlauk Ayam Tambah Udang, Sedap Makan Panas, Boleh Frozen Kalau Nak

IKLAN

Cara Buat

Telur Hancur Masak Tomato, Resipi Tanpa Guna Bawang, Simple & Sedap!

Kocakkan telur sehingga hancur kekuningan dan tambahkan sedikit serbuk lada sulah. Panaskan minyak masak dan tumis hirisan daun bawang.

Telur Hancur Masak Tomato, Resipi Tanpa Guna Bawang, Simple & Sedap!

Masukkan potongan tomato dan sedikit air. Masak hingga tomato menjadi lembik. Kemudian masukkan 2 sudu sos pencicah Thai dan taburkan sedikit garam.

Telur Hancur Masak Tomato, Resipi Tanpa Guna Bawang, Simple & Sedap!

Gaul sebati. Tomato menjadi semakin lembik. Ketepikan tomato di sisi kuali. Di bahagian ruang kosong tu, tuangkan sedikit minyak masak. Kemudian masukkan telur, biarkan seketika sehingga telur masak.

Telur Hancur Masak Tomato, Resipi Tanpa Guna Bawang, Simple & Sedap!

IKLAN

Kacau perlahan telur. Jangan terlalu hancur. Agak-agak telur dan masak, boleh la gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Akhir sekali taburkan hirisan daun bawang.

Telur Hancur Masak Tomato, Resipi Tanpa Guna Bawang, Simple & Sedap!

Memang sedap dimakan. Nasi, telur hancur tomato dan daging lada hitam. Yang cepat habis cuma nasi dan telur je. Tertinggal la daging lada hitam. Huhuhu

Sumber: Zurina Zulkefli

MW: Menu ini sesuai sangat dibuat jika kalian mahu berjimat dalam menggunakan bawang. Bolehlah cuba.

Follow Mingguan Wanita

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI