Teknik Nutripot, Cara Jimat Tanam Sawi Dalam PASU, Hasilnya Pun Lumayan!

Share

Nak bercucuk tanam tak perlu ada tanah yang luas. Jenuh juga kalau mak-mak yang tinggal di tengha-tengah bandar. Sebenarnya tanam sayur dalam pasu pun boleh. Jimat masa, tempat hasilnya pun hebat.

Bagi mak-mak yang suka makan sawi, inilah cara yang sesuai, tanam dalam pasu saja. Ada cara yang boleh ikuti dari perkongsian Azuan Abdullah ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Betul Tanam Pokok JAMBU AIR Buah Elok Cantik, Padat Merimbun!

Baja KULIT BAWANG Suburkan Tanaman, Rendam Semalaman Pun Dah Cukup!

Info Lebih Menarik DI SINI

Tanam Sayur Dalam Pasu Guna Teknik Nutripot

Dalam banyak teknik tanam sawi di rumah, teknik ini yang paling mudah dan berkesan. Ia dipanggil teknik nutripot buatan sendiri.

Apa yang istimewanya diy nutripot ni?

Mealui teknik ini, kita bagi baja bersama air semasa siraman. Paling best, siraman dibuat seminggu sekali bagi pokok yang masih kecil.

Bila pokok usia 3 minggu, baru kita siram 2 kali seminggu. Jimat masa, baja dan jimat tenaga. Bestkan!

Walaupun siraman hanya 2 kali seminggu, pokok tak akan mati kelayuan. Hasilnya pun boleh tahan ohsem, lebih kurang 500 gram untuk 1 pasu.

Ini bahan-bahan yang diperlukan.
1. Pasu
2. Tong/baldi yang dapat muat 1/3 – ½ pasu.
3. Span
4. Cocopeat
5. Air baja AB

1. Pilih kombinasi pasu dan tong/baldi yang sesuai. Pastikan 1/3 – ½ daripada pasu boleh masuk ke dalam tong/baldi.

2. Pilih pasu yang ada lubang ya. Jika tak ada lubang, wajib buat lubang pada dasar pasu tersebut.

3. Masukkan pasu ke dalam tong. Ukur paras kedalaman bahagian pasu yang boleh masuk dalam tong/baldi. Saya tanda dengan marker pen paras tersebut.

4. Keluarkan pasu dari tong dan ukur paras bertanda tersebut. Dalam contoh ini, paras yang ditanda dengan marker dengan hujung pasu adalah 10 cm.

5. Ukur pula tong/baldi tersebut. Tandakan point dengan ukuran 2 cm lebih daripada paras pasu. Ini bermaksud point itu berada 12 cm.

6. Tebuk lubang pada point yang kita tanda tu. Minimun 2 lubang. Maksimun 4 lubang. Tujuannya adalah sebagai lubang over flow jika air terlebih nanti.

Ia juga boleh meningkatkan kadar pengudaran akar nanti. Lubang itu jangan besar sangat. Jika lubang besar, si aedes boleh masuk bertelur nanti.

7. Potong span ikut kesesuaian lubang dan ketinggian pasu. Ini saya guna span akuarium

8. Masukkan span ke dalam lubang pasu. Pastikan hujung span mencecah pada bahagia dasar tong/baldi.

9. Masukkan cocopeat yang telah dibilas ke dalam pasu. Tak perlu penuh. Memadai tenggelam span atau ¾ daripada tinggi pasu.

10. Tanam anak benih sawi yang telah disemai. Pilih anak yang sihat dan bebas penyakit. Usianya lebih kurang 14 hari lepas semai dan ada 4-5 helai daun. Jarak lebih kurang 6 inci.

Siap tanam, siram pasu tersebut dengan air baja AB hingga lelehan air keluar melalui lubang over flow yang kita tebuk tadi. EC baja 1.5 mS

11. Jadual siraman dan kepekatan air baja adalah seperti berikut.

Minggu 1 : 1 kali seminggu, EC 1.5

Minggu 2 : 1 kali seminggu, EC 1.8

Minggu 3 : 1-2 kali seminggu, EC 2.0

Minggu 4 & 5 : 1-2 kali seminggu, EC 1.5

** Siraman dibuat hingga air sampai ke paras lubang “over flow”

12. Ini keadaan pokok sawi yang berusia 35 hari lepas tanam. Dia punya daun berkilat-kilat kan. Yang pasti, ia bebas racun kimia.

13. Kita tuai dulu. 1 pasu ni dapat hampir 500 gram. Jika tak nak potong pokok pun boleh. Memadai kita ambil 2-3 helai setiap pokok. Cara macam ni, pokok boleh tahan lama.

Alhamdulillah rasanya tak pahit dan sangat rapuh. Anak-anak suka sangat bila letak dalam nasi air.

Mingguan Wanita : Cara mudah, berkesan dan bebas baja kimia.

Sumber: Azuan Abdullah

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora