Rupanya ada cara mudah untuk mak-mak boleh tanam sayur bayam sendiri di rumah, tak perlu ada kawasan tanah pun. Iaitu dengan dengan teknik tanam bayam hidroponik menggunakan tapis. Hasilnya sangat puas hati dan memuaskan. Tak perlu lagi beli sayur-sayuran di pasar. Tanam di rumah boleh makan banyak-banyak, bebas racun seragga, jimat dan berkhasiat. Malah sayur bayam pun nutrisinya kaya dengan zat besi untuk menambah darah.

Teknik Mudah Mak-Mak Boleh Tanam Bayam Sendiri Dalam Penapis

Cara tanam sangat mudah. Boleh ikut dalam gambar dibawah.Selamat bercucuk tanam.

Bahan-Bahan:

Tapis
Penapis Akuarium
Cocopeat (Serbuk Sabut Kelapa)
Benih Bayam
Baldi

Cara-Caranya:

1.Potong tapis membentuk lubang macam ni.

Teknik Mudah Mak-Mak Boleh Tanam Bayam Sendiri Dalam Penapis2.Pastikan penapis aquarium ni memanjang turun untuk menyerap air dari baldi.

IKLAN

Teknik Mudah Mak-Mak Boleh Tanam Bayam Sendiri Dalam Penapis

3.Gunakan penapis aquarium (ada jual kat kedai barang memancing dan kedai jual ikan) jumlah yang nak dipakai tengok besar mana size tapis.

Teknik Mudah Mak-Mak Boleh Tanam Bayam Sendiri Dalam Penapis4.Potong lebihan penapis aquarium mengikut bentuk bekas tapis.

IKLAN

Teknik Mudah Mak-Mak Boleh Tanam Bayam Sendiri Dalam Penapis5.Masukkan cocopeat atau serbuk sabut kelapaTeknik Mudah Mak-Mak Boleh Tanam Bayam Sendiri Dalam Penapis6.Siram cocopeat cukup-cukup lembab tak payah basah sangat.

Teknik Mudah Mak-Mak Boleh Tanam Bayam Sendiri Dalam Penapis7.Tabur benih bayam.

Teknik Mudah Mak-Mak Boleh Tanam Bayam Sendiri Dalam Penapis8.Benih bayam mula bercambah.

IKLAN

Teknik Mudah Mak-Mak Boleh Tanam Bayam Sendiri Dalam Penapis9.Hasilnya.

Teknik Mudah Mak-Mak Boleh Tanam Bayam Sendiri Dalam Penapis

Info Ekstra!

Selain daun bayam, kangkung juga boleh boleh ditanam menggunakan teknik ini.

MW: Wah seronoknya tanam sayur-sayuran sendiri di rumah. Tak rugi berbudi pada tanah, hasilnya nanti lebih puas hati, jimat dan lebih organik tanpa ada campuran racun mahupun baja kimia.Selamat Mencuba!

Sumber: Ku Niezam Shutter Tharde

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI