Rupanya ada cara dan tip untuk buat kuih ‘Cek Mek Molek’ yang jelita, cantik kulitnya dan tak pecah keluar air gula. Bukan apa jika salah teknik dan caranya, kuih ni mudah pecah dalam kuali dan air gulanya terkeluar.
Kuih Cek Mek Molek ini sangat popular di negeri-negeri pantai timur. Diperbuat daripada keledek, tepung dan gula. Memang sedap makan panas-panas lepas digoreng, lagi-lagi bila buat sendiri.
Tips rahsia kejelitaan Cek Mek.
Tip 1 : Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum.
(*bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).
Tip 2 : Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi KULIT. Lepas tu, baru perlahankan api.
*Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.
*Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali.
**Gula terpulang nak letak banyak mana. Yang ni saya letak gula banyak, masa nak makan saya buang sikit air gula sabab manis sangat.
Selamat mencuba!
Mesti Baca:Hanya 4 Bahan Buat Cek Mek Molek Kelate, Sedap Make Panas-Panas Gula Tubik Meleleh!
Baca Lagi Di Sini:Kulit CUCUR BADAK Gebu Lembut, Guna Ubi Keledek Oren & Kena KUKUS!
Artikel Menarik:Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut!
Mingguan Wanita: Macam ni rupanya nak buat Kuih ‘Cek Mek Molek’ yang jelita, cantik tak pecah keluar air gula.Boleh lah cuba buat sendiri ‘Cek Mek Molek’ nanti di rumah.
Sumber: Ju Mohamad