Selalunya urusan melipat baju memang renyah berbanding membasuh dan menyidainya. Kena tunggu ada ‘mood’ dan ada masa yang sesuai, barulah nak ‘menghadapnya’ lipat satu persatu.Namun sebenarnya ada tip menarik dan membahagiakan untuk ‘tarik’ mood mak-mak untuk melipat baju iaitu asingkan baju ikut tuan. Barulah kita rasa ‘enjoy’ dalam proses melipat baju ni, masa melipat lebih efisien dan tak cepat letih!
Untuk faham lebih lanjut bagaimana caranya boleh baca perkongsian daripada Puan Nurul Dahlya Aliasini.
Saya terpanggil nak share satu tips yang membahagiakan bagi saya, iaitu berkenaan dengan melipat baju.
Sebelum ni, saya lipat baju macam biasa saja. Ambil baju dari bakul dan teruskan melipat. Mulanya, memang saya rasa okay, tapi lama kelamaan saya kurang enjoy proses melipat baju tu.
Asingkan Baju Ikut Tuan
Saya belajar dengan hamba Allah di FB tentang asingkan baju ikut tuan. Beliau pakai bakul dan letak nama tuan baju. Saya fikir, wah cutenya kaedah ni.Kebetulan pula anak dia ramai macam saya juga, empat orang.Maka saya pun asingkan ikut tuan baju. Dulu gigih, pakai bakul. Sekarang, saya asingkan buat tompok tompok je depan saya.
Kemudian, saya lipat ikut tompok. Banyak bagusnya guna kaedah asingkan baju ikut tuan ni. Masa melipat kita jadi lagi efisien, agaknya sebab saiz baju dah konsisten sepanjang kita melipat.
Kalau baju baby, semua saiz baby.
Kalau baju mommy, semua saiz mommy.
Kalau tak asingkan, tak ke kejap saiz kecik, lepas tu saiz ayahnya pula, lepas tu saiz anak yang tadika pula. Perbezaan pergerakan kecil besar tu yang buat ibu jadi cepat letih.
Beri Kebahagiaan
Jadi, kepada yang belum cuba teknik asing ikut tuan baju ni, cubalah. Saya yakin memang akan banyak buat ibu happy nanti.
Ads
Oh ya! Saya perhatikan juga, kaedah buat ikut step ni kan, banyak bagi kebahagiaan juga untuk kerja kerja lain. Dalam kaedah lipat baju ni,
1. Asingkan baju ikut tuan
2. Lipat baju ikut tuan demi tuan
3. Selesai dengan gembira, tak sempat pun lenguh tangan (kat sini bermaksud buat satu kerja yang sama serentak, dengan cara ini kita boleh kurangkan risiko letih)
Harap perkongsian saya ni ada manfaatnya untuk ibu yang memerlukan.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak boleh cuba teknik asingkan baju ikut tuan ni, barulah masa melipat lebih efisien dan tak cepat letih!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Jangan tak percaya, benih jagung manis dari kedai Eco pun boleh jadi rasa sedap macam beli jagung dari Cameron Highlands. Yang penting ada usaha nak tanam jagung.
Berkongsi cerita dengan Mingguan Wanita, Siti Rohaiza Ibrahim Sitinik cuma menanam benih jagung di ruang tepi lot banglo kediamannya saja.
“Hobi saya, mini garden tanam jagung. Di ruang tepi lot banglo, bebas racun cuma bermodal RM10. Saya nak sharekan.” Ceritanya yang menetap di bandar Kota Bharu, Kelantan.
“Anak-anak 2 orang suka sangat makan jagung.”
Macam Ini Cara Tanam Jagung Manis Tepi Rumah
Beli benih dari kedai Eco RM2. Saya beli RM10 semua.
2. Mula-mula saya gali tanah sikit saja. Letakkan benih dalam 4 ke 5 biji. Kemudian, tutup dengan tanah dan jirus.
3. Jirus pokok tiap petang. Dalam 4 ke 5 hari akan ada banyak anak pokok tumbuh.
4. Masa ini tabur baja asli, baja bekas kita bakar, yang hitam-hitam tu.
5. Dalam sebulan lebih dah mula berbuah. Tak sampai 2 bulan dah boleh makan hasilnya.
Punya Sedap Rasa Jagung Ni, Macam Dari ‘Cameron Highlands’
“Rasa jagung fresh dan sangat manis. Sedap macam jagung ‘Cameron’. Boleh hidang untuk anak-anak tanpa bimbang dan ragu.”
Ketika ditanya, bagaimana dengan kawalan serangga perosak. Akuinya, “Setakat ini tiada serangga. Subur je pokok.”
“Saya tak guna racun. Baja saja organik. Memang sihat je daun-daunnya.” Kalau tengok pada gambar pokok jagung dan hasil jagungnya memang subur dan padat isinya.
Tanam sendiri itu lebih puas hati kan.. benihnya pun murah saja.
Tak sangka mudah je nak buat kuih tradisional Cek Mek Molek ni. Rasanya lemak manis sesuai sangat mak-mak boleh sediakan untuk hidangan minum petang waktu anak-anak cuti sekolah nanti. Hanya perlukan 4 bahan utama, makan panas-panas memang sedap!
“Cek mek kelate in the house. Simple tapi sedap.Perut bunyi sokmo time hujan, tak tahu nok make gapo buat jerrr kuih hok paling sene ngan mudoh.Sedap make panas-panas dengan gula meleleh tubik”.
Bahan-Bahan:
4 biji Ubi stelo/keledek kuning oren sederhana besar
Secawan tepung gandum
gula pasir
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1.Rebus ubi keledek sampai empuk letak sedikit garam. Saya guna ubi kuning sebab manis.
2.Lenyek dengan batu lesung sambal mudah kan.
3.Bubuh tepung gandum + 1 sudu kecik baking powder.Tepung agak-agak jer jangan lebih nanti keras waktu sejuk.
4.Uli sampai tak melekit dekat tangan.
5.Minyak untuk mudahkan time nak menggentel dan sedikit gula bubuh dalam kuih cek mek.
8.Goreng laaa dulu cek mek sampai keperangan dan baru boleh makan.
Siap! Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Masa nak leperkan doh (kuih) jangan nipis sangat dan agak-agak muat dengan kuantiti gula yang diletak. Gentel perlahan-lahan dan goreng dalam minyak panas macam biasa. Dah kuning agak-agak perang dah boleh angkat.
MW: Mak-mak kena cuba buat sendiri kuih cek mek molek ni di rumah.Sesuai sangat buat musim cuti sekolah nanti, anak-anak ada di rumah perut pun selalu lapar. Nak buat pun mudah je, hanya guna 4 bahan.
Negeri-negeri sebelah utara seperti Penang, Kedah, Perlis memang terkenal dengan masakan kuah kari yang pekat, lemak dan mempunyai rasa yang tersendiri.Sampaikan bila makan, baunya karinya masih melekat di tangan!
Nak buat kuah kari yang sedap cara negeri belah utara ada caranya. Mak-mak boleh tambah ilmu masakan dan cuba masak sendiri tips yang dikongsikan oleh Puan Ieda Zairiyang juga merupakan salah seorang moderator di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
“Tips masak KARI.. Selalunya negeri belah utara masak kari memang sedap.. (negeri lain saya tak pasti sebab tak pernah rasa) jangan marah ye..”
1.Santan saya tak letak.
✔ Gantikan dengan beras yang disangai & ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
Kari yang sedap, minyak mesti berlinang kat atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
Tips untuk menyediakan Kari Yang sedap.
▶Rempah Kari Kering
▶Rempah ditumis kering dan dikacau dengan dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api.
▶Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
▶Kuantiti Minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
▶Hirisan Bawang
Bawang merah & bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
▶Halba Campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari.. kari anda akan lebih beraroma..
▶Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
▶Asam Jawa
Lepas pecah minyak baru masuk asam jawa & boleh jugak kalau nak masukkan asam keping.Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba tips masak kari ni. Walaupun kita memang dah pakar masak kari, tapi jika sesekali ingin tukar selera, boleh masak dengan cara yang berbeza seperti tips diatas ini.
Semoga bermanfaat.
Di sebuah bilik, seorang anak bersama emak sedang mengemas kotak lama yang mengandungi baju dan tudung lama.Anak:- Mak… semua ni tudung dan kain batik...