Teknik 54321 Bantu Mak Ayah Alih Perhatian Anak Dalam Kereta Bila Berjalan Jauh

Share

Bila nak sampai ayah? Itulah pertanyaan anak bila masuk kereta. Padahal baru sahaja bergerak. Sama ada anak tak sabar nak sampai ke destinasi atau mungkin tak suka duduk lama-lama dalam kereta terutamanya bila berjalan jauh.

Kalau dah terlalu lama dalam kereta, mulalah anak buat hal. Gaduh, menangis dan macam-macam ragam. Kalau mak ayah yang tak sabar, ugutan berhenti kereta dan tinggalkan tepi jalan la jawabnya. Barulah diorag diam sekejap.

Ada masa anak-anak diam, bila dia dah letih dan tidur. Barulah tenang sikit mak ayah nak bawa kereta. keadaan ini biasanya berlaku bila nak balik kampung yang berada di negeri lain dan mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke kampung.

Perkongsian daripada Dr Redza Zainol mungkin boleh membantu mak ayah dalam menarik perhatian anak terutamanya balik kampung dan perjalanan jauh.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Bagi Anak Dengar Cakap, Mak-Mak Amalkan ‘Budaya Khidmat’ Bukan BERLETER

Tak Perlu Marah Anak Sepahkan Barang Sebab Dia Sedang Berkreatif Jadi Hebat

Info Lebih Menarik DI SINI

Anak Tantrum

Dalam perjalanan, ada anak yang jenis gelisah dan tak boleh lama-lama duduk terperap dalam kereta. Mulalah tantrum dan buat perangai sampai mak ayah pun boleh jadi geram. Naik angin!

Ada sampai terjerit-jerit nak balik rumah. Ada yang gelisah sampai mengusik adik-adik yang lain pula. Anak kecil boleh jadi gelisah bila tak bergerak untuk satu jangka masa yang lama.

Saya nak kongsikan Teknik 5-4-3-2-1 yang mak ayah boleh guna untuk alih perhatian anak supaya kuranglah rasa gelisah atau anxious masa dalam kereta tu.

1. Minta anak fokus pada 5 benda yang berada di dalam kereta. Mak ayah boleh pilih benda yang senang untuk dicari.

“Cuba cari 5 benda warna merah dalam kereta.” Kemudian kita minta anak sebut atau tunjuk benda tu.

2. Minta anak fokus pada 4 benda yang dia boleh sentuh dalam kereta.
Boleh jadi sentuh anggota badan sendiri, car seat, botol air dan mainan berdekatan.

3. Minta anak fokus pada 3 bunyi yang dia boleh dengar. Boleh juga buat masa singgah di hentian R&R.
Contoh : Bunyi adik tengah tidur, bunyi aircond dan lain-lain.

4. Minta anak fokus pada 2 bau yang dia boleh hidu.

5. Minta anak ingat balik 1 rasa yang dia dah minum atau makan pada hari tu.

Percuma dan spontan saja kalau kita guna teknik ni. Sambil tu boleh ajar anak tentang warna, nama benda dan 5 deria asas manusia. Best kan?

Kalau ayah buat game ni dengan anak-anak, lagilah mak seronok. Sebab mak boleh sambung tidur.

MW: Kalau anak ramai dan masing-masing punya ragam, boleh naik angin mak ayah. Bertenang dan hati-hati memandu ye.

Sumber: Dr Redza Zainol

Published by
Nora