TEKNIK 2 Kali Goreng, Kuih Bom Bijan Cantik ‘Confirm’ Tak Meletup!

Share

Kuih Onde-Onde Bijan atau lebih dikenali Kuih Bom memang ramai yang suka. Rasanya sedap lembut kenyal dan inti manis lemak kacang hijau mahupun kelapa durian. Nak buat kuih ni memang mudah, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Namun yang selalu jadi masalah bila waktu nak menggoreng kuih ni. Salah caranya, kuih ni mudah meletup-letup dalam minyak panas di dalam kuali. Rupanya kena guna teknik 2 kali goreng kalau nak buat kuih ni, barulah tak meletup.

Puan Seri Ramlan ada kongsikan resipi dan tip untuk membuat kuih bom ini agar tak meletop dalam kuali.

Hari tu saya ada pos pasal kuih bom ni, tapi saya tak letak resepi sebab tak sempat nak tulis. Hari ni saya buat lagi dan saya sertakan resepi dan tip-tip nak bagi cantik & tak meletup masa goreng.

Bahan-Bahan:

300gram tepung pulut
50 gram tepung beras
1sudu makan tepung gandum
2 biji kentang rebus dan lenyek halus
Secubit garam
Esen vanilla sikit
Air panas untuk uli doh, tak perlu panas mendidih.
Inti terpulang nak guna inti apa, saya guna inti kelapa durian.

*Saya guna sudu metrik untuk sukat doh biar sama besar, saya guna sudu yang paling besar.
*Kat mangku besar tu bijan, mangkuk kecik air.
Inti tu saya sukat guna sudu metrik yang no 2,sedang elok untuk saiz isi.

Cara Membuat:

1.Gaul semua bahan dengan air panas tadi, uli sampai jadi doh,jangan lembek sangat,nanti susah nak gentel.
2.Siap dan tutup doh, letak kat peti ais kejap. Saya letak satu jam je.
3.Tepek doh kat tapak tangan, masuk kan inti, kemas kan bagi bulat.
4.Celup kan ke dalam air tu,golek kan kat bijan, kemas kan lagi kat tangan bagi bijan melekat kuat dan banyak.
5.Ketepikan,buat sampai habis. Ni hasil nya yg dah gentel,sama saiz n elok bulat nya.

6. Panaskan minyak, biar banyak minyak tu bagi tenggelam kuih, baru dia masak sekata,api jangan kuat sangat nanti meletup-letup.
7.Goreng kejap bagi camni, pastu angkat. Biar agak sejuk dulu, kalau nak Frozen kan pun boleh yang ni. Dah habis gorengan yang lain, baru masukkan lagi yang ni. Teknik 2x goreng, haaa kompom tak meletup, tapi minyak jangan panas sangatt,bila dah kekuningan angkat. Selalunya tak perlu lama goreng, sebab tepung dah masak pada gorengan awal, cuma nak bagi garing je.

8.Yang ni saya nak Frozen kan, saya letak paper cup, biar tetap cantik dan bulat.

9.Yang dah siap goreng.

Yang siap dan yang belum goreng.

Info Ekstra!

  • Kalau tangan dah banyak tepung, basuh dan bersihkan, baru gentel lagi.
  • Kalau nak simpan lama boleh bekukan. Kalau nak makan dalam seminggu boleh letak kat chiller je.

Selamat mencuba!
Semoga bermanfaat.

Baca Lagi Di Sini:
Doh BUAH ROTAN Jangan Biarkan Kena Kipas, Nanti Keras Bijan Tak Melekat!
SENGKUANG CALIT Sedap, Masak Petis Jangan Sampai Berketul Kacau Sehingga Pekat!

Mingguan Wanita : Begini rupanya tip tak nak bagi kuih bom ni tak meletop-letop sewaktu kita goreng. Boleh cuba teknik 2 kali goreng ni nanti, elok kejadiannnya.

Sumber: Seri Ramlan

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab