Kenapa masih ada suami atau sesetengah orang yang suka membanding-bandingkan realiti suri rumah dengan wanita bekerjaya? Benarkah boleh wujudkan tekanan emosi apabila wanita memegang title suri rumah?
Topik Tekanan Suri Rumah menjadi pilihan untuk diketengah dan dikupas di dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi jam 11 pagi hingga 12 tengah hari, di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
Topik hangat ini telah dibincangkan oleh para tetamu yang hadir ialah Puan Nurul Huda, Pengerusi Suri Rumah Rahmah (SRR), puan Nuzuin, seorang suri rumah yang bekerja dari rumah, dan penyanyi cantik Nourul Depp.
Seorang wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah selepas berkahwin dan bekerja dari rumah. Menurut Nuzuin, tak dinafikan timbul stres bila bergelar suri rumah yang sepanjang masa akan dihabiskan di rumah. Jadi, cari dan buat sesuatu yang disukai dan dapat income. Namun, bila bekerja dari rumah, beberapa perkara sangat penting iaitu pengurusan masa, disiplin diri dan sokongan daripada orang sekeliling. Tidaklah boleh rakan-rakan sesuka hati hendak datang ke rumah dengan alasan mereka tidak bekerja sedangkan mereka bekerja dari rumah dan ada jadual kerja sendiri.
Merupakan Pengerusi Suri Rumah Rahmah (SRR) yang semakin mendapat perhatian ramai suri rumah. Pada asalnya SRR merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada suri rumah yang tidak betah duduk di sepanjang masa tanpa aktiviti. Menurut Puan Huda, zaman sekarang wanita ada pilihan untuk menjadi suri rumah atau bekerja. Ramai wanita yang berkelulusan tinggi memilih untuk bergelar suri rumah.
SRR telah mengadakan pelbagai aktiviti dijalankan untuk ahli dan mereka ada modul tersendiri yang memberikan penekanan kepada tiga perkara; Suri & Diri, Suri & Keluarga dan Suri & Masyrakat. Antara cabaran emosi suri rumah adalah imej mereka di mata masyarakat dan tiada sokongan daripada masyarakat sekeliling termasuk suami, keluarga, jiran dan rakan-rakan.
Tak dinafikan, ada tekanan apabila bergelar suri rumah namun sepatutnya suri rumah kena bangga dengan apa yang mereka buat dan pilihan mereka itu. Suri rumah ada 24 jam sehari untuk melakukan semua kerja, jadi pengurusan masa perlu. Nourul bertuah kerana suami turut berkongsi tanggungjawab menguruskan anak-anak dan sebab itu juga mereka memilih untuk sama-sama bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah akan timbul stres bila orang ‘judge’ diri tak bekerja. Jadi kena ada motivasi diri yang kuat, disiplin, kena tahu jadual harian, tahu matlamat dan apa yang ingin dilakukan.
Menjadi suri rumah tak mudah dan silap hari bulan boleh mendatangkan depresi. Dalam hal ini, suami kena main peranan utama. Suami ibarat ‘ubat’ yang mampu menghilangkan segala tekanan yang dirasai isteri. Jadi, hulurkan bantuan, tunjukkan perhatian dan kasih sayang pada isteri. Itu pun dah cukup memadai buat isteri.
Ikuti kupasan lanjut Tekanan Suri Rumah dalam episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow musim baharu di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 5 petang ini. Siti Elizad dan Sherry Al Hadad akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu istimewa yang akan memeriah perbincangan di studio MW, selain artis-artis jemputan.
#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimahd121