“Tekanan Akan Sebabkan Kulit Nampak Lebih Tua” Dr Azura

Share

Mingguan Wanita Talkshow bersiaran lagi hari ini dengan topik Berusia, Kekal Jelita. Sebagai seorang wanita sememangnya sangat suka untuk mengekalkan kecantikan kulit. Apatah lagi apabila sudah mencecah usia 40 tahun.

Tengahari tadi Mingguan Wanita Talkshow membincangkan isu ini bersama Pakar Dermatologi, Dr. Azura Mohd Affandi.

“Kulit merupakan organ terbesar yang paling penting melitupi tubuh badan. Kulit wajah paling utama dan perlu dijaga dengan baik. Banyak faktor yang boleh menampakkan kulit wajah nampak lebih tua. Antaranya faktor tekanan. Tidak dinafikan seseorang yang menghadapi tekanan akan menyebabkan kulit nampak lebih tua,” ujar Dr. Azura.

Pentingnya menjaga kulit wajah.

Jaga Pemakanan

Dr. Azura juga menerangkan bagi anda yang mahu mendapatkan kulit wajah yang cantik, anda perlu menjaga pemakanan.

“Apa yang kita makan akan memberi kesan pada kulit terutamanya di wajah. Jadi jaga pemakanan, minum air putih secukupnya ini kerana jika kulit kering akan sebabkan pigmentasi berlaku di wajah.

“Bila pilih satu-satu produk kecantikan tolonglah pilih yang bersesuaian kerana jika anda pakai produk yang tidak sesuai akan tumbuh jerawat dan masalah lain pada kulit wajah,” sambung Dr. Azura.

Dr. Azura juga menasihati gunalah pelembap muka dan pelindung suria sebelum keluar rumah.

“Terimalah apa yang Allah dah kurniakan pada kita. Apa yang ada pada kita adalah kurniaan dari Allah yag terbaik buat kita,” ungkapnya. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah ini bolehlah saksikan ulangan Mingguan Wanita Talkshow di saluran Astro Prima & Astro Prima HD.

Tip:

  1. Makanan yang berkhasiat boleh mencantikkan wajah.
  2. Banyakkan memakan dari sumber protien seperti ikan, vitamin dan mineral. Kulit akan mendapat manfaat yang besar dengan makanan yang berkhasiat, termasuk lemak yang menyihatkan, protein yang cukup, sayur sayuran serta buah-buahan.
  3. Elakan daripada merokok atau terkena asap rokok. Kerana ia boleh menyebabkan kulit cepat berkedut.
  4. Minum air dua liter atau sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk mempastikan tubuh anda berfungsi dengan baik.
  5. Kulit wajah yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada yang sepatutnya.
  6. Jagalah kebersihan diri dan amalkan gaya hidup sihat. Kulit yang cantik mencermin keperibadian diri.

Published by
Norhayati Suboh