TEH TARIK ‘Kaw’ Macam Jual Tepi Jalan, Letak Sikit Esen Vanila!

Share

Air Teh Tarik memang ramai yang suka. Namun tak ramai yang pandai buat dan tahu ramuannya bagi menikmati rasa teh manis, pekat, kelat, lemak dan berbuih memang secukup rasa. Rupanya kena letak sedikit esen vanila, barulah Teh Tarik ni rasanya ‘Kaw’ dan lebih sedap macam dijual di tepi jalan.

Boleh cuba cara buat Teh Tarik Kaw seperti yang dikongsikan oleh Puan Rozana Mamat
ini sebagai panduan.

Hari ini Mak Jemah bukan nak share masak makanan tapi masak air teh tarik kaw-kaw. Rasa macam yang orang buat jual tepi jalan tu. Lupa dah amik resepi kat mane. Cuma guna 5 bahan je yang dah sedia ada kat umah. Lets check it out!

Bahan-Bahan:

Air 500ml
Teh 4/5 uncang (lagi banyak lagi kaw)
Susu Pekat (ikut tekak masing-masing nak manis mane)
Susu cair setengah tin (nak lagi lemak, bubuh je lebih)
1sudu kecil esen vanila

Cara Membuat:

1. Didihkan teh uncang.
2. Selepas tu bubuh susu pekat,susu cair dan esen vanila.
3. Biarkan mendidih seketika,siap!

*Kalau nak minum ais, tunggu sejuk dulu then tambah je ais ketul.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Letak Secubit Garam Dan Sesudu Nescafe Rahsia ‘Teh Tarik Banjir’ Rasa Lemak, Manis, Kelat & Wangi

Tiramisu Teh Tarik Sedap, Buat Pun Senang 10 Minit Siap!

Buat Teh Masala, Campur 3 Jenis Susu Rasanya Lebih SEDAP!

Mingguan Wanita : Menarik juga resipi Teh Tarik yang dikongsikan ini. Boleh cuba letak esen vanila sedikit, barulah rasanya lebih sedap dan ‘kaw’

Sumber: Rozana Mamat

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab