Khas buat mak-mak yang nak kurus, cubalah amalkan minum teh hijau ini dengan campuran beberapa bahan lagi.
Kata Puan Zana Mokhtar, petua ini sangat berkesan untuk turunkan berat badan dan buang angin, cuma kena ikut syaratnya.
Siapa peminat teh kan boleh korang buat cara yang ini. Tapi kena konsisten setiap hari la ya.
In shaa Allah dengan cara ni korang akan mudah turun berat badan, buang angin, toksin dan kempiskan perut macam jalan yang rata tu. Lagi satu bagus juga untuk hilangkan bau badan tau.
Mari Kekna kongsikan. Bahan-bahan dia tak ada la susah mana nak sediakan. Janji cukup bahan.
1 uncang teh hijau ye bukan teh biasa tu tau.
1 inci halia di slice nipis nipis.
Madu ( ikut suka)
1. Panaskan air dalam periuk kecik dan masukkan uncang dalam periuk tu ye.
2. Biarkan seketika dalam 1 minit lepas tu baru masuk kan halia dalam teh tadi tu ye.
3. Tutup api dan biarkan selama 2 minit. Kacau. Sedia untuk diminum.
4. Boleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit kan.
4. Amalkan minum setiap pagi ya. Jangan simpan air teh tu buat stok pulak. Jadi bila buat tu cukup cukup la satu mug sudah.
Senang kan nak kurus cara sihat ni. Rajin tak rajin sahaja. Nak cantik, nak sihat kena lah buat sekarang dan konsisten.
In shaa Allah korang akan dapat result nanti senyum sampai ke telinga tau.